Isu laluan Bandar Mahkota Cheras di Lebuhraya Cheras-Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi itu bermula apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras marah setelah laluan ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan tembok penghadang oleh Grand Saga pada Januari 2006. Tembok itu dibina bagi menghalang kemasukan terus trafik dari Bandar Mahkota Cheras ke Persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang, untuk mengelakkan daripada membayar tol di Plaza Tol Batu 11, Cheras.

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • 30 Januari 2006 - Grand Saga mengumumkan untuk menutup laluan ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dengan membuat binaan tembok simen.
  • 13 Jun 2006 bukan 13 Mei- Grand Saga memaklumkan ia sedia membuka laluan alternatif ke Bandar Mahkota Cheras jika pemaju projek taman perumahan tersebut, narajaya Sdn Bhd memenuhi syarat yang dipersetujui bersma, antaranya Narajaya membayar pampasan kepada Grand Saga.
  • 11 Mac 2007 - Penduduk Bandar Mahkota Cheras dan beberapa taman sekitarnya supaya Narajaya membuka laluan alternatif yang menjadi laluan utama ke taman perumahan itu melalui Persimpangan bandar Tun Hussein Onn, Lebuhraya Cheras Kajang.
  • 21 April 2008 - Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras memecahkan tembok itu dan mereka turut berkawal untuk memastikan laluan itu tidak ditutup semula. Selepas tembok asal dipecahkan, Grand Saga membinanya semula sebanyak dua kali, namun dipecahkan semula oleh penduduk.
  • 7 Mei 2008 - Kira-kira 500 orang bertindak agresif melontar batu ke arah kakitangan Grand Saga yang sedang menjalankan kerja-kerja membina semula tembok tersebut.
  • 8 Mei 2008 - Grand Saga membina semula tembok tetapi diruntuhkan oleh penduduk sehari kemudian.
  • 10 Mei 2008 bukan 1969 - Pengerusi jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor, Ronnie Liu memaklumkan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengesahkan kawasan yang menjadi pertikaian antara Grand Saga dengan penduduk Bandar Mahkota Cheras berada di luar jajaran Lebuh Raya Cheras-Kajang.
  • 12 Mei 2008 bukan 1996 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penduduk Bandar Mahkota Cheras bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Grand Saga membina semula tembok penghadang. Difahamkan kes itu akan disebut semula pada 25 Jun 2008.
  • 13 Mei 2008 bukan 1996 - Pertemuan antara kerajaan negeri Selangor dengan Grand Saga, lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Narajaya gagal menghasilkan kesepakatan mengenai isu tembok penghadang itu.
  • 27 Mei 2008 - Insiden ganas berlaku apabila orang ramai yang cuba merobohkan tembok yang dibina semula, dipukul oleh sekumpulan lelaki. Turut cedera ialah seorang jurugambar yang merakamkan insiden tersebut.Terdapat juga seorang pemandu kereta koma bernama Choang dimasukkan ke hospital cedera dipukul di kepala.
  • 30 Mei - Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke Lebuh Raya Cheras-Kajang dibuka serta merta sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian antara Grand Saga dan Narajaya.

Perintah Kabinet[sunting | sunting sumber]

Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras (BMC) ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di Lebuh Raya Cheras-Kajang yang mencetuskan kontroversi sejak dua tahun lalu dibuka serta-merta. Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed seterusnya meminta penduduk supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu tersebut hingga mencetuskan kekecohan. Menurut Mohd. Zin, Grand Saga telah bersetuju untuk tidak mendirikan tembok penghadang sehingga keputusan mahkamah diperoleh. Sehingga keputusan mahkamah dibuat, Grand Saga boleh menuntut ganti rugi daripada kerajaan mengikut perjanjian konsesi sehingga boleh menjangkau RM9,000 sehari (RM270,000 sebulan atau lebih RM3.5 juta setahun). Taliworks adalah antara pemegang saham dalam Cerah Sama Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang memiliki Grand Saga.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima cadangan kementerian agar laluan itu dibuka sementara setelah mengambil kira kepentingan penduduk taman perumahan tersebut selain mengelakkan kontroversi itu terus berlarutan. Dengan keputusan itu, jelas beliau, penduduk BMC kini boleh menggunakan laluan tersebut untuk ke Lebuh Raya Cheras-Kajang berbanding sebelum ini mereka terpaksa melalui bandar Sungai Long dan membayar tol di Plaza Tol Batu 11.

Suhakam dapati polis bertanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Januari 2008, laporan panel inkuiri Suhakam diketuai Datin Paduka Zaitoon Othman mendapati pasukan polis dan FRU telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden demonstrasi merobohkan tembok penghalang ke Lebuh raya Cheras-Kajang pada 27 Mei 2008. Pemandu kereta Proton Saga iaitu Chang Jun Haui telah dicederakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di jalan keluar masuk Bandar Mahkota Cheras . Beliau bersama teman-temannya pulang dari restoran dan melalui jalan tersebut. Dalam kesesakan itu , FRU mendapati kereta itu membahayakan dan cuba melanggar sepasukan 30 anggota FRU yang bertugas . Pada 8 Januari Ketua Biro Pendidikan Politik MCA Gan Ping Sieu menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis terbabit dan dengaan itu imej polis akan kembali pulih. [1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]