Pergi ke kandungan

Mohd Zin Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Zin Mohamed
Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehDatuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu
Digantikan olehDato' Sri Shaziman Abu Mansor
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P113 Sepang, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehSeripah Noli Syed Hussin
Digantikan olehMohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Shah Alam, Selangor
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehSalamon Selamat
Digantikan olehAbdul Aziz Shamsuddin
Maklumat peribadi
Lahir (1954-03-28) 28 Mac 1954 (umur 72)
Daerah Muar Muar, Johor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Mohd Zin bin Mohamed (lahir 28 Mac 1954), merupakan bekas Menteri Kerja Raya & Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2004. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 1977 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Bradley, Peoria, Illinois, Amerika Syarikat pada 1980 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.

Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Seksyen 8, Shah Alam pada 1986-1993 dan kemudiannya menjadi Ketua Pemuda UMNO Shah Alam pada 1989-1994. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari Pemuda UMNO Selangor serta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Mohd. Zin juga pernah menjadi Setiausaha, Jawatankuasa Petugas MT UMNO Bagi Menangani Fitnah selain ahli Panel Peguam Majlis Tertinggi UMNO. Pada 2001, beliau dipilih semula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua Penaja, UMNO Bahagian Kota Raja dan kemudiannya Ketua Penaja UMNO Bahagian Sepang ekoran peletakan jawatan Datuk Mohd Sharif Jajang.

Pilihan raya Malaysia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Zin Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sepang , negeri Selangor. Mohd Zin Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26381.

Calon lawan ialah Mohamed Makki Ahmad dari PAS mendapat 21,532 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 1,099.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada kabinet tahun 2004 dan sekarang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Pilihan raya Malaysia 2013

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Zin Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sepang , negeri Selangor. Mohd Zin Bin Mohamed telah kalah dengan mendapat undi sebanyak 35,658.

Calon lawan ialah Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 36,800 undi - Menang. Peratus pengundi yang keluar ialah 89.1%. Undi rosak sebanyak 1,219.

Beliau bukan baru dalam bidang politik malah sebelum ini Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dikenali ramai sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BNBBC) sejak 2002 hingga Mac 2004.

Bekas jurutera ini kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2004-2007

Mohd. Zin berkahwin dengan Datin Azlina Ahmad dan dikurniakan lima anak, Irwan Arif, Shahree, Zubir, Shafiq dan Aisyah Ilani. Dan mempunyai 3 zuriat dari isteri kedua

Saman PAS berhubung serbuan JAIS

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 September 2011, Mohd Zin mewakili UMNO Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 19-21 Ogos 2011. Beliau / UMNO Selangor menuntut RM 10 juta daripada lima responden lain iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam . Rencana yang dimaksudkan ialah 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'. [1]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N36 Sungai Renggam Mohd Zin Mohamed (UMNO) 19,825 84.20% Wan Mohamad Halim Wan Ahmad Tajuddin (S46) 3,720 15.80% 23,965 16,105 73.70%
Parlimen Malaysia[2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 P098 Shah Alam Mohd Zin Mohamed (UMNO) 35,851 51.02% Mohamad Ezam Mohd Nor (KeADILan) 34,411 48.98% 71,477 1,440 77.07%
2004 P113 Sepang Mohd Zin Mohamed (UMNO) 30,755 72.07% Mohamed Makki Ahmad (PAS) 11,918 27.93% 43,054 18,837 73.85%
2008 Mohd Zin Mohamed (UMNO) 26,381 55.06% Mohamed Makki Ahmad (PAS) 21,532 44.94% 49,137 4,849 79.20%
2013 Mohd Zin Mohamed (UMNO) 35,658 48.36% Mohamed Hanipa Maidin (PAS) 36,800 49.91% 75,135 1,142 89.06%
Suhaimi Mohd Ghazali (Bebas) 962 1.30%
Hanapiah Mohamad (Bebas) 315 0.43%
  • Pahang
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2008)
  • Selangor
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2001)[3]
    • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (1993)[4]

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS
  2. ↑ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 18 January 2010. Includes results from 2004 election. Results from earlier elections are not available.
  3. ↑ "DPMS 2001". awards.selangor.gov.my.
  4. ↑ "PJK 1993". awards.selangor.gov.my.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Kerja Raya
19 Mac 2008 – 2009
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu
Shaziman Abu Mansor