Bandar Mahkota Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahkota Cheras terletak berhampiran Batu 9, Cheras. Mula dibina oleh Kumpulan Lion sekitar tahun 2000 di Cheras Selatan, Selangor, Malaysia. Penempatan ini berkeluasan lebih 365 hektar. Perbandaran kini mempunyai sebanyak 7,500 unit kediaman dan komersil yang diduduki. Apabila siap sepenuhnya, perbandaran ini akan menempatkan 11,251 unit dengan jumlah penduduk kira-kira 56.000. Mahkota Walk, adalah fokus utama pembangunan komersil, terletak di tengah-tengah bandar.

Antara lokasi berhampiran ialah bangunan Plaza Phoenix,Taman Megah, Seri Cheras Jaya, Bukit Dukung, Bandar Tun Hussein Onn, Damai Perdana , Taman Connought, Cheras Perdana, Sungai Long, Balakong dan Taman Koperasi Cuepac. Bandar ini berhampiran dengan Lebuhraya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh Grand Saga Sdn Bhd.

Kontroversi sekatan laluan ke lebuh raya Grand Saga[sunting | sunting sumber]

Penduduk Mahkota Cheras enggan membayar tol di Plaza Tol Batu 11, Cheras lalu merobohkan tembok penghadang di Lebuh raya Cheras-Kajang yang dibina oleh pihak Grand Saga pada 2006. Penduduk sekitar lebuh raya ini terpaksa / dipaksa menggunakan lebuh raya berbayar kerana jalan raya lama telah dinaiktaraf menjadi lebuh raya. Tanpa tembok penghadang tersebut laluan ke Kuala Lumpur hanya 1.5 km sahaja. Tapi jika hendak mengelakkan tol, penduduk terpaksa menambah perjalanan 6.7 km . Ekoran kontroversi ini, majoriti pengundi Cheras beralih parti dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.