Izelan Basar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Izelan Basar

D.I.M.P.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Dalam jawatan
1 April 2016 – 3 Julai 2018
Didahului olehChe Wan Alias Che Wan Abdullah
Digantikan olehSaidi Yaacob
Pengurus Saluran Astro Oasis
Dalam jawatan
2007–2013
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehNamanzee Harris

Izelan Basar merupakan seorang eksekutif Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Kandungan Agama Astro dan Pengurus Saluran Astro Oasis serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Izelan memulakan kerjaya awalnya dengan berkhidmat di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant Bank dan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau pernah berkhidmat sebagai penyampai berita ntv7.[1] Di Astro, beliau bertanggungjawab mewujudkan saluran gaya hidup muslim 24/7 Astro Oasis dan juga terlibat pada peringkat awal penubuhan TV AlHijrah.[1] Beliau turut mempunyai pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran dan merupakan perintis kepada program berunsur keagamaan dan ilmiah antaranya Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim dan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias.[1]

Beliau dilantik sebagai CEO TV AlHijrah pada 1 April 2016 menggantikan Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang tamat perkhidmatan pada 31 Mac.[1] Izelan melepaskan jawatannya pada 3 Julai 2018 dan digantikan oleh Saidi Yaacob.[2]

Izelan turut dilantik sebagai penasihat kandungan patuh syariah kepada stesen televisyen negara asing seperti BRTC (Bahrain), Darshana TV (India), iTV (Afrika Selatan), UBonTV (Indonesia) dan KSA2 (Arab Saudi)[perlu rujukan].

Beliau ialah bapa kepada Izza Izelan yang merupakan bekas penyampai berita Astro Awani.[3]

Anugerah dan pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Izelan Basar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah". Astro Awani. 9 Disember 2016. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  2. ^ "CEO TV AlHijrah pun kena letak jawatan". My Newshub. 8 Julai 2018. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  3. ^ Ridzuan Abd Rahman (23 Julai 2015). "Tak kisah korban cuti". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2016.
Didahului oleh
Che Wan Alias Che Wan Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif
TV AlHijrah

2016 – 2018
Diikuti oleh:
Saidi Yaacob