Jalan Kempas, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai jalan raya di Singapura. Untuk jalan raya di Malaysia, sila lihat Jalan Kempas, Malaysia.

Jalan Kempas, atau Kempas Road, ialah kawasan timur tengah di Singapura. Jalan Kempas juga dikenali dengan nama Mengkaka oleh orang-orang Cina yang bermaksud 'gigitan nyamuk'. Jaraknya ke Orchard Road hanya 30-45 minit jika berjalan kaki.

Ramai artis veteran pernah tinggal di Estet Jalan Kempas. Mereka ialah, Siput Sarawak, Hashimah Yon, A. Romzi, Rozi (bekas pemain dram Kumpulan Panji di Malaysia) termasuk pemain-pemain muzik kelab malam dan ramai lagi. Ia juga selalu mengadakan jerayawara untuk penduduk-penduduk Jalan Kempas. Ramai artis 1960-an diundang termasuk penyanyi dangdut Singapura Zaleha Hamid.

Jalan Tronoh, Jalan Boon Keng, Jalan Idris, Jalan Petaling juga berada dalam kawasan Jalan Kempas. Jalan Kempas merupakan estet pertama di Singapura yang mempunyai 4 blok bercantum menjadi satu. Jalan Kempas ialah estet rumah sewa pada masa itu dan ia telah dirobohkan pada lewat tahun 2001. Kini, Jalan Kempas telah dibangunkan semula oleh HDB yang dikenali dengan nama 'CITYVIEW', dengan reka bentuk ala-ala kondominium.