Panji (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Panji)

Kumpulan Panji ialah sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan di Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia ditubuhkan untuk projek etnik muzik hasil perbincangan Azam Dungun bersama Ozzi (Rozzi Panji) ex Drummer Roses dan Norman. Album pertama kumpulan Panji direkodkan di Fantasy Studio Taman Maluri KL dan King Studio, PJ. Azam Dungun selaku produser album ini. Album ini berkonsep Rock Ethnic dan diterbitkan di bawah label Sony Music Malaysia.. Kebanyakan lagu dalam album ini dirakamkan dengan alat2 muzik tradisional seperti seruling bambu, gendang silat, serunai dan lain2 lagi yang kebanyakannya dimainkan sendiri oleh Ozzi (Rozzi Panji).

Popular dengan lagu Semilir dan Kasih Yang Tak Pasti (duet bersama Ameng Spring).

Kumpulan ini tercalon untuk anugerah "Artis Baru Terbaik (Berkumpulan)" dalam Anugerah Industri Muzik Pertama pada 15Disember(rabu), tahun 1993 yang telah berlangsung di Hotel Hilton, K.L.

Calon Artis Berkumpulan AIM 1993: Feminin (pemenang), Panji, Visa, Nico, Samudera.

Pada Tahun 1994, Murad menyertai kumpulan Visa. Anuar bekerja di DoReMi Sound and Light, K.L.

Pada Tahun 1996, Panji kembali dengan album kedua bersama dengan Awang BPR selaku produser untuk album kedua dan diterbitkan di bawah label BMG/SONY BMG . Norman sebagai penyanyi utama menggantikan Opie yang sakit ketika itu, serta kemasukan ahli baru Faizal selaku gitaris.. Popular dengan lagu Sayap Terluka.

Pada akhir Tahun 1997, kumpulan ini berpecah. Opie menubuhkan kumpulan Yess (satu album), Norman dan Deng (Bassist) menubuhkan kumpulan Jed (satu album).. Drummer Ozzi (Rozzi Panji) menyertai kumpulan Spring dan sebagai pemuzik undangan (sessionist), club performer dan terkini bekerja di JaPEN Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Putrajaya.

Kumpulan Panji telah diundang oleh UNISZA untuk membuat persembahan re-union Panji pada tahun 2013. Ahli kumpulan ini iaitu Ozzi (Rozzi Panji), Deng, Opie, Norman dan pemuzik undangan iaitu Lie Lantana (gitaris) dan Awie (keyboard) hadir untuk mempersembahkan beberapa buah lagu untuk konsert Re-Union Panji. Emcee ketika itu adalah Jambu MaharajaLawak.

Vocalist album kedua iaitu Norman di waktu umur 55tahun telah meninggal dunia pada sabtu 9 Dis. 2017 jam 7.40mlm di rumah kakaknya di Sungai Buaya, Dungun, Terengganu.

Deng (Bassist) bekerja sebagai pegawai kebudayaan di UNISZA Terengganu.

Tidak lama selepas itu, Opie di waktu usianya 48 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada selasa 14 Ogos 2018 jam 4.10pagi. Jenazah disimpan di perkuburan Felda Jerangau, Dungun, Terengganu.

Anggota[sunting | sunting sumber]

Anggota:

  • Murad: Guitar
  • Anuar DoReMi: Percussionist
  • Din: Bassist
  • Ozzie @ Rozzi Panji: Drum

Bekas Anggota:

  • Opie: Vocalist (Allahyarham)
  • Norman: Guitar (Allahyarham)

Album[sunting | sunting sumber]

Senang - 1993[sunting | sunting sumber]

  • Maizo
  • Pekli Watakoklang
  • Kasih Yang Tak Pasti Feat. Ameng (Spring)
  • Itu Ini
  • Dugaan
  • Mimpi Dalam Jaga
  • Pergolakan Hidup
  • Bumi Dipijak Langit Dijunjung
  • Senang
  • Semilir

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1993 Senang
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Label : Sony Music
1996 Ada Lagi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG

Ada Lagi - 1996[sunting | sunting sumber]

Anggota:-

  • Norman: Vokal/gitar
  • Faizal: Gitar
  • Ozzi: Drums
  • Din: Bassist

| Lagu2:

  • Pita Sandaran.
  • Dunia Perlu Suci.
  • Terpaku Dilundang Paku.
  • Satu Kesilapan Ku.
  • Tak Mungkin Berbelah Bagi.
  • Balasan Cintamu.
  • Kau Nak Jadi Menteri.
  • Dikaki Langit Kemerahan.
  • Salah Nombor.
  • Sayap Terluka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Facebook Panji (Official)