Jean Henry Dunant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Henry Dunant
Henri Dunant, sekitar 1860.
Lukisan tentang lima ahli jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
Memorial Henry Dunant di Heiden, Switzerland.

Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) lahir pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.

Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.

Buku Kenangan Di Solferino[sunting | sunting sumber]

Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.

Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:

  1. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
  2. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu.

Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa hehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini.

Pada 1901 Henry Dunant dan Frederic Passy telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel selepas beberapa kontroversi.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Henry Dunant dilahirkan Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.

Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland.

Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.

Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut.

Pada 1952 Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter.

Algeria[sunting | sunting sumber]

Pada 1853 Henry Dunant melawat negara Algeria, Tunisia, dan Sicily di Afrika Utara dan terbitlah buku "An Account of the Regency in Tunis" pada 1858.

Pada 1856 dia menubuhkan syarikat di Algeria setelah mendapat tanah ladang percuma daripada penjajah Perancis. Ladang jagung dan syarikatnya dinamakan "Financial and Industrial Company of Mons-Djémila Mills". Tapi dia tidak mendapat kerjasama dari segi hak tanah dan air berikutan peperangan yang sedang berlangsung.

Bagi menyelesaiakan masalah itu, Henry Dunant ingin menemui Maharaja [[[Napoleon III]] di Perancis. Sedangkan Perancis terlibat dengan peperangan di Lombardy. Perancis menyokong Piedmont-Sardinia menentang Austria (Itali kini). Pejabat induk Napoleon III terletak di Solferino, Switzerland.

Pertempuran Solferino[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 1859 Henry Dunant tiba di Solferino dalam perjalanan ingin menemui Napoleon III di Solferino. Ketika itu Solferino menjadi medan perang terbuka, kedua-dua pasukan tentera mati dan cedera, begitu juga dengan orang awam yang tidak terlibat telah menjadi mangsaa peperangan.

Inisiatif Henry Dunant ialah :

membantu tentera yang cedera dan sakit.
Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan.
Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.
Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .
Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara) . Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.
Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.

Palang Merah[sunting | sunting sumber]

Pada 1862 Henry Dunant telah menulis dan mencetak buku A Memory of Solferino kerana pengalaman berdarah di medan perang Solferino perlu dirakam dan diedarkan ke serata Eropah. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah.

Cadangan utama : Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.

Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-undang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'.

Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier.

Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.

Tempoh sengsara[sunting | sunting sumber]

Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bangkrap seperti firma kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.

Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.

Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.

Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan.

Henry Dunant masih hidup bangkrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri.

Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.

Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997.

Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr.

Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada 1935 Rene iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger

Kembali dikenang[sunting | sunting sumber]

Pada Sptember 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya.

Hadiah Keamanan Nobel[sunting | sunting sumber]

Pada 1901 Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman. Dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.

Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai.

Dia dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.

Hari lahirnya 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dana pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]