Jeram Pasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan.[1]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]