Hutan Lipur Lata Belatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lata Belatan)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya 40 kilometer dari bandar Besut dan lebih kurang 103 kilometer dari Kuala Terengganu.[1]

Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Hutan Lipur Lata Belatan dibahagikan kepada 50 bahagian dan daripada bahagian tersebut 49 bahagian dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan.

Tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat disini, dan ia merangkumi kawasan seluas 20 hektar. Antara pokok Dipterokarp yang terdapat di sini seperti pokok Meranti dan pokok Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat di sini ialah pokok Nyatoh, Kelat, Mersawa, Mersawa, Kedondong dan lain-lain.

Di kawasan berbukit tinggi yang menghala ke puncak Gunung Tebu, terdapat pokok-pokok yang terdiri daripada jenis pokok Meranti, pokok Balau Laut Merah. Selain itu di kawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah pokok Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti pokok Podo dan pokok Damar Minyak.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985 bagi menawarkan kemudahan bagi pengunjung.

Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan di mana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday". Bersesuaian dengan konsep tersebut, pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf ("pondok rehat"), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).

Bagi pengunjung yang inginkan kegiatan mencabar, satu denai hutan disediakan bagi pendaki menuju ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Lihat juga (Pelancongan di Terengganu)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]