Lata Bayu
Penampilan
Lata Bayu merupakan sebuah tempat peranginan yang terkenal di Baling, Kedah. Kawasan ini mempunyai air terjun semula jadi yang mempesonakan. Lata Bayu mula menjadi popular sejak awal tahun 1980-an. Kini, pelbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]JKR telah membina jalan raya untuk ke Lata Bayu iaitu Laluan K715 atau juga Jalan Asam Jawa-Lata Bayu . Lata Bayu dapat dicapai dengan mengambil simpang laluan K715 di Laluan K15 (Jalan Batu Lima-Pulai).[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.