Jessica Ong Hai Liaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yang Berusaha Profesor Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw CMILT

Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw atau lebih dikenali sebagai Dr. Jessica Ong lahir di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember. Jessica berbangsa Cina dan merupakan ikon perpaduan, personaliti televisyen dan pensyarah dari Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat, Jaringan Industri dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan dikenali sebagai pembaca berita RTM (Berita Dunia) serta pernah mengacarakan program seperti RTM Dunia, Bicarawara Global@1, Sarapan Malaysia dan Selamat Pagi Malaysia. Jessica sebagai Pakar Psikologi Bahasa terlibat dalam penyelidikan, penulisan dan penerbitan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan di akhbar-akhbar utama dan majalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Jessica memperoleh Sijil Perguruan (Pengajian Bahasa Inggeris) dari Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah pada tahun 1999 sebelum melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah, Antropologi dan Sosiologi) di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2001. Pada tahun 2007, beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut menjadi pelajar terbaik Sarjana Bahasa Melayu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajar di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu (Psikologi Bahasa (Psikolinguistik), Komunikasi, Integrasi Sosial dan Linguistik Terapan) di UPM pada tahun 2010. Pada tahun 2018, Jessica berjaya memperoleh Professional Certificate in Logistics and Supply Chain Management. Jessica ditauliahkan sebagai Chartered Member (CMILT) oleh The Chartered of Logistics and Transport (CILT) dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Pengerusi Korporat Komunikasi dan Naib Pengerusi Women in Logistics ans Tranport (WiLAT) oleh CILT Malaysia. Pada tahun 2020, Jessica dianugerahkan gelaran Technologist (Ts) dalam Bidang Art Design and Creative Multi Media (AM). Tahun 2021, Jessica dilantik sebagai Felo Kluster Wanita dan Masyarakat di Majlis Profesor Negara (MPN) dan tahun 2022 sebagai Ketua Kluster Media dan Komunikasi di The Centre of Women Advancement and Leadership (CWAL) UNiKL. Beliau turut dianugerahkan Excellence in Leadership (Media Relations and Corporate Communication) pada tahun 2019 dan turut menerima Special Award for Leadership in Marketing Communication pada tahun 2018 oleh The Malaysian Property Press Award. Jessica aktif bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Academy Medicine Malaysia (Media dan Komunikasi) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mula bertugas sebagai penyampai berita (Berita Dunia) dan pengacara di RTM dari tahun 2004 hingga 2020. Beliau pernah menjadi juruhebah sambilan di Radio Tiga Alor Setar, Kedah pada tahun 1997 dan kini di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Penulisan dan Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Antara karya-karya beliau adalah

1.Jessica Ong Hai Liaw, Haliza Mohd Zahari & Carol Wong 2020: CILT Centenary Convention Coffee Table Book: Publisher The Chartered Institute of Logistics and Transport: ISBN 978-967-12715-1-3.

2.Jessica Ong Hai Liaw &Abdul Hamid Moiden: Chapter in the Book, UPNM & Peking 2018: The Relationship Between Malay, Chinese and Arab: ISBN 978-967-5985-62-1 2018. Publisher: NDUM Press @Peking University.

3.Jessica Ong Hai Liaw: Book: Minda Jessica: Lekat di Hati, “Sehati Sejiwa” 2017. Publisher: NDUM Press 2017 : ISBN: 9789675985539.

4.Wan Hashim Wan Teh & Jessica Ong Hai Liaw: Book: Biography of General Tan Sri Dato’ (Dr.) Mohd Ghazali b. Hj. Che Mat 2017 : Memori Seorang Jeneral Publisher: NDUM Press 2017: ISBN: 9789675985515.

5.Jessica Ong Hai Liaw, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Mohd Yahya Mohamed Ariffin & Sharil Nizam Sha’ri , 2015: Terapi Seni dan Muzik di Sekolah dalam Hospital in Chapter in the Book: Buku Inovasi Sosial ke Arah Kelestarian Insan, terbitan Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

6. Khairul Anuar Shamsuddin, Jessica Ong Hai Liaw & Ahmad Azan Ridzuan Chapter in the Book: Malaysia: Ethnic Issues and National Security Vol. 5 No. 9 (1). 2015 International Journal of Humanities and Social Sciences ISSN 2220-8488 (Print), 2220-8488) Print Center for Promoting Ideas, USA (136-143). 2015.

7.Jessica Ong Hai Liaw EBook: Rest and Speak Method in Autism Children in sv.libarts.psu. ac. th. 2012 (30 November 2012).Publisher: Prince of Songkla University, Thailand.

8.Jessica Ong Hai Liaw, Wan Norhasniah Wan Husin, Mohd Yahya Mohamed Ariffin & Sharil Nizam Sha’ari. 2012. Chapter in the Book: Memartabat Bahasa Melayu dari Segi Protokol dalam Amalan Perhubungan Awam di Negeri Selangor. Chapter in the Book: Memartabat Bahasa Melayu Pengajian Bahasa. ISBN: 978-967-0480-12-1. Publisher: Universiti Perguruan Sultan Idris, 2012.

9. Jessica Ong Hai Liaw 2012: Language Literature and Technology (A Compilation of Research Articles on Scholarship of Teaching and Learning at the Defence University and on Teaching and Learning) Chapter in the Book: Kaedah Santai Tutur Nyanyian Inovatif untuk Kanak-kanak Autisme: Satu Kajian Kes di NASOM ISBN: 978-967-598522-5: Publisher: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 2012.

10. Jessica Ong Hai Liaw & Ratidevi Thevadas: Translated: Title of the Book: Sahara- Egypt I Conquered. Author: Ahmad Azan Ridzuan, ISBN: 978-967-11765-0-4 2013. Publisher: Suwaibah Sports Sdn Bhd.

11.Jessica Ong Hai Liaw, 2011 Book: Kaedah Santai Tutur untuk Kanak-kanak Autisme, UPNM Press 2011. ISBN: 978-983-5985-19-5.

12.Jessica Ong Hai Liaw dan Rabi'Atulahdawyah.2022. "Era Pandemik Tidak Menghalang negara Melahirkan Generasi Pemimpim" - https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2022/02/08/era-pandemik-tidak-menghalang-negara-melahirkan-generasi-pemimpin/2022

13.Jessica Ong Hai Liaw dan Suri Liu. 2022. "Dari Belantara ke jata Negara" - https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/02/01/dari-belantara-ke-jata-negara

14.Jessica Ong Hai Liaw dan Rabi'Atulahdawyah.2022 https://www.malaysiakini.com/my/author/Jessica%20Ong%20Hai%20Liaw%C2%A0,Rabi%E2%80%99ahtuladawyah%20Md%20Saleh.2022. 15. Artikel-artikel di Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian dan berkaitan (Jessica Ong Hai Liaw)

15. Ahmad Alif Amri Ahmad Kawazi dan Jessica Ong Hai Liaw.2022. “Kreativiti Komunikasi di Media Sosial” https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2022/02/16/kreativiti-komunikasi-di-media-sosial/?_ga=2.36345575.67712838.1644719488-1636075802.1639499719&fbclid=IwAR392ulEFDlYvonieL0IRHpV1_FS3OGvf0QXz9pqQ9YOk2ZeAGZuseGZuLo

Rujukan[sunting | sunting sumber]


https://www.newshubasia.com/post/profile/dr-jessica-ong-hai-liaw/ https://www.researchgate.net/profile/Jessica_Ong_Hai_Liaw http://www.shanlaxjournals.in/profile/management/Jessica_Ong.pdf http://www.malaysiaglobalbusinessforum.com/tag/dr-jessica-ong-hai-liaw/ https://peoplepill.com/people/jessica-ong-hai-liaw/ https://www.klik.com.my/item/story/5479911/lauk-pedas-pilihan-seisi-keluargahttps://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/libatkan-dbp-untuk-santuni-masyarakat-berkaitan-vaksin-prof-madya-jessica-303046

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemimpin-perlu-jadi-ikon-martabatkan-bahasa-melayu-pakar-333765 https://www.utusan.com.my/rencana/2021/08/perkukuh-perpaduan-dalam-kepelbagaian/

https://www.youtube.com/watch?v=hyg0vB2CPz0

https://www.youtube.com/watch?v=XG9Q2ajLxdw

https://www.youtube.com/watch?v=DCDPegWQ9Iw