João IV dari Portugal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
João I
Anoniem - Koning Johan I van Portugal (1450-1500) - Lissabon Museu Nacional de Arte Antiga 19-10-2010 16-12-61.jpg
Potreit dilukis sekitar c. 1435
Raja Portugal dan Algarve (more...)
Pemerintahan6 April 1385 – 14 Ogos 1433
Pelantikan6 April 1385
Didahului olehFernando I
Diikuti olehDuarte
Keputeraan11 April 1357
Lisbon, Portugal
Kemangkatan14 Ogos 1433 (usia 76 tahun)
Lisbon, Portugal
PemakamanBiara Batalha
PasanganPhilippa dari Lancaster
(k. 1387, m. 1415)
Anakanda
among others...
KerabatWangsa Aviz
AyahandaPedro I dari Portugal
BondaTeresa Lourenço
AgamaGereja Katolik Rom

João IV dari Portugal (19 Mac 1604 – 6 November 1656) ialah Raja Portugal dan Algarve dari tahun 1640 M sehingga kemangkatannya pada tahun 1656. Baginda merupakan cucunda Adipati Catarina[1] yang telah menuntut takhta Portugal dalam tahun 1580 dan mencetuskan krisis pewarisan Portugal. Baginda diberi jolokan "si Pemulih" (João o Restaurador). Pada saat kemangkatannya, Empayar Portugal berada pada puncak kuasanya serta merangkumi kawasan sebanyak hampir 3,000,000,000 ekar (12,000,000 km2).

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

João diputerakan di Vila Viçosa dan menggantikan ayahandanya Teodósio II sebagai Adipati Bragança selepas kematian bakal raja itu pada tahun 1630. Baginda berkahwin dengan Luísa dari Gusmão (1613–1666), puteri sulung Juan Manuel Pérez dari Gusmão, Adipati Kelapan Medina-Sidonia, pada tahun 1633. Baginda naik takhta Portugal (di mana baginda dianggap sebagai keturunan sah) ketika berlangsungnya revolusi pada tanggal 1 Disember 1640, melawan Raja Sepanyol Felipe IV.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Kenaikan takhtanya menyebabkan Perang Pemulihan Portugal dengan Sepanyol yang berlarutan sehingga ia berakhir dengan pengakuan kemerdekaan Portugal dalam pemerintahan berikut (1668). Portugal menandatangani suatu perjanjian persepakatan dengan Perancis (1 Jun 1641) dan Sweden (Ogos 1641) namun dengan keperluan untuk kelangsungan di medan Perang Tiga Puluh Tahun melawan Sepanyol dan melawan pencerobohan pihak Belanda terhadap jajahannya. Di Sepanyol, serangan pasukan Portugis mengalahkan Sepanyol pada Montijo, berdekatan Badajoz pada tahun 1644. Di luar negara pula, Belanda mengambil Melaka (Jan 1641) manakala Sultan Oman merebut Muscat (1650). Meskipun demikian, pihak Portugis dalam masalahnya membahagikan pasukan mereka di antara Eropah, Brazil dan Afrika berhasil merampas kembali Luanda, Angola dari Belanda pada tahun 1648 dan pada tahun 1654, mendapat kembali hampir seluruh kawasan jajahan Brazil, efektif berhenti menjadi koloni Belanda yang layak. Hal ini berlawanan dengan kehilangan pemilikan Ceylon (Ceilão, kini Sri Lanka, kepada Belanda yang mengambil kota Colombo pada tahun 1656.

Kemangkatan dan pewarisan[sunting | sunting sumber]

João mangkat pada tahun 1656 dan takhtanya diambil alih oleh puteranya Afonso VI. Puterinya Catarina, Adipati Wanita Bragança, berkahwin dengan Raja Charles II dari England.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chisholm, Hugh. The encyclopædia britannica: a dictionary of arts, sciences ..., Volume 22. The encyclopedia. m/s. 148. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.