Johari Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Johari Ibrahim merupakan kontraktor kecil dari Kampung Panchor, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Beliau aktif dalam politik UMNO di Melaka. Beliau merupakan Ketua Umno cawangan Kampung Panchor dan bekas pegawai seranta Perbadanan Ayer Melaka (PAM).

Politik wang[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari 2009, Johari Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka kerana tuduhan memberi rasuah RM200 kepada Nadiah Roslan agar mengundi Datuk Abdul Kadir Daud sebagai ketua Bahagian Alor Gajah, Melaka . Kesalahan itu dilakukan semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November 2008 jam 12 tengah hari di perkarangan dewan Institut Latihan Perindustrian, Selandar, Melaka.

Mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) , Johari boleh dihukum mengikut Seksyen 16, Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari atau tidak lebih 20 tahun serta didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sehingga RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menetapkan perbicaraan pada 18-21 Mei 2009.Ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Peguam bela ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin .Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wong Poi Yoke, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]