Durian Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Durian Tunggal

Durian Tunggal merupakan sebuah mukim yang terletak di Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia.

Terdapat kolam takungan air utama yang terletak 3 kilometer dari pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Kolam ini pernah kering pada tahun 80-an. Terdapat taman burung yang terletak di Kampung Padang Keladi.

Terdapat bekas landasan kereta api di sini yang menghubungkan Pulau Sebang dan Melaka sebelum pendudukan Jepun. Namun demikian, landasan kereta api sudah tiada lagi tetapi beberapa jambatan kereta api yang melintasi sungai masih jelas kelihatan sehingga hari ini. Ada rancangan oleh KTMB untuk memulihkan semula laluan ini yang dijangka akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 jika diluluskan kerajaan.

Auyen Hill ialah pusat pelancongan yang kerap dikunjungi terutama oleh orang Cina kerana terdapat tembok Cina yang dibina hasil ilusi tembok besar Cina.

Pada abad ke-21 pekan Durian Tunggal telah berubah wajah daripada pekan cowboy kepada pekan moden.

Pekan berhampiran[sunting | sunting sumber]

  1. Parit Melana
  2. Belimbing Dalam
  3. Batu Berendam
  4. Kesang Pajak
  5. Melaka Pindah