John Anderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sir John Anderson merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat yang pergi ke Bangkok bagi menandatangani Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kedah , Perlis , Kelantan dan Terengganu ke pangkuan Tanah Melayu. Tetapi memisahkan kerajaan Pattani , Yala dan Narathiwat kepada kerajaan Siam pada tahun 1909.

Selepas perjanjian ini, Negeri-negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah berjaya disatukan dan akhirnya dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Istilah Malaya mula digunakan selepas itu.

Nama beliau diabadikan kepada sekolah Inggeris pertama di Perak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di Jalan Hospital, Ipoh, Perak.