Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Moto To Strive, To Seek, To Find and Not to Yield
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tn. Hj. Hasni b Hasshim
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tn. Hj. Abdul Razak b. Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Raihanulazmi b. Muhamad
Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohd Firdaus b. Ahmad Ramli
Kod sekolah AEB2043
Lokasi  Malaysia Jalan Hospital30450, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Nama singkatan SMK Anderson
Telefon +6052494900
Faks +6052423924


Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau nama ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson memiliki 1209 pelajar lelaki dan 41 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1250 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson terletak di Jalan Hospital, bandar raya Ipoh , Perak. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1909.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Anderson telah dibuka dengan rasminya pada 6hb. Februari 1909. Nama "Anderson" diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, (juga Gabenor Negeri-Negeri Selat), Sir John Anderson. Sekolah Anderson diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar Melayu yang tidak berpeluang memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar. Atas sebab-sebab fahaman agama pula, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada seperti Sekolah Inggeris-Cina.

Lt. Col. J. H, Tyte, Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dilantik menjadi Guru Besar pertama. Belaiu dibantu oleh Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan. Guru perintis terdiri dari seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua SMK Victoria. Bangunan sekolah pertama telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. La Brooy dan terletak di Jalan Douglas. Bangunan ini kini digunakan sebagai Pejabat Agama Perak.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Antara bekas pelajar terkenal sekolah ini ialah :

  1. Datuk Megat Junid Megat Ayob
  2. Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
  3. Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan
  4. Ahmad Boestamam - aktivis politik anti-penjajahan Tanah Melayu oleh pihak British, mengasaskan Kesatuan Melayu Muda
  5. DYAM Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak
  6. Loke Hoi Kwong - pengarah teater di London [1]
  7. Chan Sek Keong - Ketua Hakim Singapura (Chief Justice of the Republic of Singapore) [2]
  8. Dr. Haji Ahmad Adlan bin Nuruddin (A.M.P) - Perunding Obstetrician and Gynaecologist di Ipoh Specialist Hospital
  9. Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat) - Kartunis Malaysia
  10. Datuk Seri S. Samy Vellu - Presiden MIC, Bekas Menteri Kerja Raya
  11. Dr. Wong Jeh Shyan - Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dana perintis antarabangsa CommerceNet Singapura (CEO of CommerceNet Singapore)
  12. Dr. Wong Jun Shyan - Pakar Mata dan Pengarah Perubatan di ISEC - Pusat Pakar Mata Antarabangsa, Kuala Lumpur [3]
  13. Datuk Loo Yeng Peng

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

In Striving Shall our glory be,

We seek until we find


Stand loyal in each trying time,

nor ever lag behind

Each palm tree waves us on,

the golden sands rejoice


We move with single aim,

and strong united voice

We will not yield whatever task,

may lie within our path


But revel in the work itself

nor fear the aftermath


The sea strives with the land

the river with the fields


We strive and seek and find

and finding will not yield

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Penggambaran filem 'Talentime" arahan Yasmin Ahmad diadakan di sekolah ini pada bulan Ogos 2008.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Jalan Hospital
30450, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052494900
Fax = 6052423924

Pautan luar[sunting | sunting sumber]