Jennifer Lawrence

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jennifer Lawrence
Lawrence pada tahun 2015
Kelahiran
Jennifer Shrader Lawrence

(1990-08-15) 15 Ogos 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–sekarang

Jennifer Shrader Lawrence (lahir 15 Ogos 1990) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Lawrence memulakan kerjaya lakonan beliau dalam siri televisyen. Beliau melakonkan watak utama pertamanya dalam sitkom TBS, The Bill Engvall Show (2007–09). Selepas beralih ke filem, beliau memberikan persembahan lakonan terbaiknya dalam Winter's Bone (2010) dan menerima pencalonan Anugerah Akademi buat kali pertama. Beliau melakonkan watak Mystique dalam filem kelima X-Men, X-Men: First Class (2011) dan menyambung watak beliau dalam beberapa filem X-Men seterusnya.

Lawrence mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas melakonkan watak Katniss Everdeen dalam siri filem Hunger Games (2012–15).[1] Sebagai seorang pelakon drama, beliau telah bekerjasama dengan pengarah, David O. Russell dalam beberapa filem. Peranan utama beliau dalam filem romantik komedi arahan Russell, Silver Linings Playbook (2012) membolehkan beliau memenangi Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oskar kedua termuda dalam sejarah. Lawrence meraih dua lagi kemenangan Anugerah Golden Globe dan pencalonan Anugerah Akademi untuk lakonan beliau dalam filem komedi-drama arahan Russell, American Hustle (2013) dan Joy (2015).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lawrence dilahir dan dibesarkan di Indian Hills, Kentucky. Beliau merupakan anak perempuan kepada Karen (née Koch; lahir 1956), seorang pengurus kem kanak-kanak dan Gary Lawrence, seorang pekerja pembinaan. Beliau mempunyai dua orang abang, Ben dan Blaine.[2] Ketika berusia 14 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mengejar kerjaya lakonan dan memujuk ibu-bapa beliau untuk membawanya ke Bandar Raya New York untuk mencari ejen bakat. Lawrence menghadiri Sekolah Menengah Kammerer di Louisville. Beliau menamatkan pembelajaran dari sekolah tinggi dua talah lebih awal dengan purata gred 3.9/4.0 dan mahu mengejar kerjaya dalam lakonan.[3][4] Semasa membesar, Lawrence bertugas sebagai pembantu jururawat di kem hari musim panas kanak-kanak yang dijalankan oleh ibu-bapanya.[5][6][7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2006–2011[sunting | sunting sumber]

Lawrence memulakan kerjaya lakonan beliau di dalam siri komedi TBS, The Bill Engvall Show dengan melakonkan watak Lauren Pearson.[8] Siri itu mula ditayangkan pada bulan September 2007 dan berkekalan selama tiga musim.[9] Pelakon dalam siri itu termasuk Lawrence, memenangi Anugerah Artis Muda untuk Pelakon Muda Cemerlang dalam Siri TV dan menerima pencalonan untuk Lakonan Terbaik dalam Siri TV (Komedi atau Drama).[10][11] Pada tahun 2008, Lawrence membuat penampilan filem pertamanya sebagai peranan kecil dalam Garden Party,[12] disusuli dengan watak utama dalam filem arahan Lori Petty, The Poker House.[13] Beliau dianugerahkan Lakonan Cemerlang Anugerah Festival Filem Los Angeles untuk lakonannya dalam The Poker House.[14] Beliau kemudiannya muncul dalam filem arahan sulung Guillermo Arriaga, The Burning Plain (2008) bersama-sama Charlize Theron dan Kim Basinger. Peranan beliau dalam filem ini membolehkan beliau memenangi Anugerah Marcello Mastroianni untuk Pelakon Wanita Baru Terbaik di Festival Filem Venice.[15] Beliau juga muncul dalam video muzik Parachute untuk lagu The Mess I Made.[8]

Peranan utama Lawrence dalam filem arahan Debra Granik, Winter's Bone (2010) yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Sundance kerap digambarkan sebagai lakonan cemerlang pertamanya.[16] Lakonan beliau dalam filem ini dipuji secara meluas oleh pengkritik filem. Lawrence dianugerahkan Anugerah National Board of Review untuk Lakonan Cemerlang dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.[17][18]

Lawrence membintangi Like Crazy yang ditayangkan di Festival Filem Sundance 2011 dan muncul dalam The Beaver, sebuah filem komedi gelap dibintangi Jodie Foster dan Mel Gibson. Beliau juga membintangi bersama-sama James McAvoy dan Michael Fassbender dalam X-Men: First Class (2011), sebuah prekuel kepada siri filem X-Men.[19] Beliau melakonkan watak penjahat, Mystique, dilakonkan oleh Rebecca Romijn dalam filem X-Men sebelumnya.[20] First Class mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $353.6 juta di box office antarabangsa.[21] Lawrence menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada tahun itu.[22]

2012–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Lawrence membintangi sebagai Katniss Everdeen di dalam The Hunger Games, adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh Suzanne Collins. Walaupun merupakan peminat novel ini, Lawrence mengambil masa tiga hari untuk menerima watak itu kerana beliau pada awalnya takut dengan saiz filem ini dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada kerjayanya.[23][24] Beliau menjalani latihan yang meluas untuk watak itu termasuk memanah, memanjat batu dan pokok serta pertempuran.[25][26] Dengan kutipan antarabangsa sebanyak $691.2 juta,[21] The Hunger Games menjadi filem box office pertama untuk mengutip ($350 juta dan ke atas) dibintangi pelakon aksi wanita,[27] menjadikan Lawrence sebagai heroin aksi dengan kutipan tertinggi.[1] Filem ini menerima ulasan positif dan lakonan Lawrence sebagai Katniss menerima pujian.

Lawrence melakonkan watak seorang janda muda dalam Silver Linings Playbook (2012), adaptasi novel dengan tajuk yang sama oleh Matthew Quick. Filem ini juga dibintangi Bradley Cooper dan Robert De Niro.[28] Beliau menerima pujian kritis untuk lakonannya.[29] Untuk lakonan beliau dalam filem ini, beliau memenangi Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik,[30][31] menjadikan beliau pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oskar kedua termuda pada umur 22 tahun.[32] Lawrence juga membintangi bersama Max Thieriot dan Elisabeth Shue dalam House at the End of the Street (2012).[33] Beliau menjadi wajah rumah fesyen, Dior pada bulan Oktober 2012.[34]

Pada tahun 2013, Lawrence menyambung watak beliau sebagai Katniss Everdeen dalam The Hunger Games: Catching Fire, filem kedua siri The Hunger Games.[35] Ia merupakan kejayaan komersial dengan kutipan $864.9 juta.[21] Beliau kemudiannya melakonkan watak pembantu dalam American Hustle (2013) juga dibintangi Bradley Cooper, Amy Adams dan Jeremy Renner.[36] Lawrence menerima pujian kritis untuk lakonannya,[37] dan menerima Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu dan pencalonan ketiga Anugerah Akademi, yang pertamanya untuk watak pembantu,[38][39][40] menjadikannya pelakon wanita termuda untuk mendapat tiga pencalonan.[41]

Lawrence menggantikan Angelina Jolie dalam drama Serena, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Ron Rash.[42][43] Pada tahun 2014, Lawrence sekali lagi melakonkan watak Mystique dalam X-Men: Days of Future Past, yang mengutip $748.1 juta di seluruh dunia dan menyambung watak Katniss Everdeen dalam The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[44] Filem ini mencapai kejayaan box office dengan kutipan $751.9 juta di seluruh dunia.[21]

Pada bulan Mei 2015, beliau dinamakan sebagai wajah kempen kecantikan Dior Addict.[45] Kemudiannya pada tahun itu, Lawrence membintangi filem terakhir Hunger Games, The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015). Kerjasama ketiga Lawrence dengan David O. Russell, Joy ditayangkan pada bulan Disember 2015 dimana Lawrence melakonkan watak Joy Mangano.[46] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times' memanggil ia sebagai lakonan terbaik beliau sejak Winter Bone.[47] Untuk lakonannya, beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi,[48] dan dicalonkan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadikan beliau individu termuda yang mendapat empat pencalonan Oskar.[49]

Lawrence sekali lagi melakonkan watak Mystique dalam filem adiwira, X-Men: Apocalypse (2016). Beliau menerima liputan media kerana dibayar $20 juta untuk filem sains fiksyen, Passengers dijadual ditayangkan pada 21 Disember 2016.[50] Pada bulan Ogos 2015, Lawrence mengumumkan bahawa beliau dan Amy Schumer sedang menulis sebuah lakon layar komedi untuk filem akan datang.[51]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Lawrence di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013

Lakonan Lawrence pada tahun 2012 mendorong Rolling Stone unuk memanggil beliau sebagai "pelakon muda wanita paling berbakat di Amerika."[52] Donald Sutherland membandingkan beliau dengan Laurence Olivier dan menggambarkan beliau sebagai seorang pelakon cemerlang.[53] Pengarah, David O. Russell memuji lakonan bersahaja beliau yang membuatkan persembahan lakonannya kelihatan mudah.[54] Lawrence tidak pernah terlibat dalam teater dan tidak pernah mengambil kelas lakonan.[55]

Lawrence dilihat sebagai berada dalam kedudukan pengaruh dan kuasa dalam industri filem. Pada tahun 2013, beliau berada dalam senarai tahun Time 100 orang paling berpengaruh di dunia yang diterbitkan oleh Time,[56] dinamakan sebagai wanita paling berkuasa dalam industri hiburan oleh Elle[57] dan dinamakan sebagai pelakon wanita kedua paling berkuasa oleh Forbes selepas menerima bayaran $26 juta pada tahun sebelumnya.[58] Pada tahun 2014, Forbes menamakan beliau sebagai pelakon wanita dengan bayaran kedua tertinggi di Hollywood di belakang Sandra Bullock,[59] dan menyebut beliau sebagai pelakon wanita paling berkuasa, menduduki tempat ke-12 keseluruhan dalam senarai Celebrity 100.[60] Pada bulan Ogos 2015, Forbes mengiktiraf beliau sebagai pelakon wanita dengan bayar tertinggi pada tahun 2015 dengan pendapatan $52 juta.[61][62]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Membesar di Kentucky, Lawrence gemar menunggang kuda dan kerap melawat ladang kuda tempatan.[63] Semasa menjalani penggambaran filem X-Men: First Class pada tahun 2010, Lawrence memulakan hubungan bersama Nicholas Hoult. Pasangan tersebut berpisah pada tahun 2014. Dari bulan September 2016 sehingga Oktober 2017, beliau berada dalam hubungan bersama pengarah filem mother!, Darren Aronofsky.

Lawrence aktif dalam badan-badan amal seperti Program Makanan Sedunia, Feeding America dan The Thirst Project. Beliau menganjurkan tayangan awal The Hunger Games: Catching Fire untuk memberi manfaat kepada Pusat Saint Mary, sebuah organisasi kurang upaya yang tertetak di tempat asal beliau Louisville, Kentucky dan mengutip lebih daripada $40,000.[64][65] Lawrence adalah duta rasmi Olimpik Istimewa, organisasi sukan terbesar di dunia untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya.[64][66] Lawrence telah menubuhkan Yayasan Jennifer Lawrence,[67] yang menyokong badan amal seperti Yayasan Screen Actors Guild, Olimpik Istimewa dan Do Something.[64][65] Beliau juga mengadakan kutipan dana untuk Sukan Olimpik Istimewa Musim Panas 2015 di Los Angeles sebagai sebahagian daripada tayangan perdana LA untuk The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[68]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Garden Party Tiff
2008 The Poker House Agnes
2008 The Burning Plain Mariana
2010 Winter's Bone Ree Dolly
2011 Like Crazy Sam
2011 The Beaver Norah
2011 X-Men: First Class Raven Darkhölme / Mystique
2012 The Hunger Games Katniss Everdeen
2012 House at the End of the Street Elissa Cassidy
2012 Silver Linings Playbook Tiffany Maxwell
2013 The Devil You Know Zoe Hughes muda
2013 The Hunger Games: Catching Fire Katniss Everdeen
2013 American Hustle Rosalyn Rosenfeld
2014 X-Men: Days of Future Past Raven Darkhölme / Mystique
2014 Serena Serena Pemberton
2014 The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Katniss Everdeen
2015 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Katniss Everdeen
2015 Joy Joy Mangano
2016 A Beautiful Planet Pencerita
2016 X-Men: Apocalypse Raven Darkhölme / Mystique
2016 Passengers Aurora Lane
2017 Mother! mother
2018 Red Sparrow Dominika Egorova
2018 X-Men: Dark Phoenix Raven Darkhölme / Mystique
2021 Don't Look Up Kate Dibiasky
2022 Causeway Lynsey Juga sebagai penerbit
2023 Bread and Roses Sebagai penerbit
2023 No Hard Feelings Maddie Barker Juga sebagai penerbit

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 Company Town Caitlin Filem televisyen
2006 Monk Maskot Episod: "Mr. Monk and the Big Game"
2007 Cold Case Abby Bradford Episod: "A Dollar, a Dream"
2007–08 Medium Claire Chase / Allison muda 2 episod
2007–09 The Bill Engvall Show Lauren Pearson 31 episod
2013 Saturday Night Live Hos Episod: "Jennifer Lawrence/The Lumineers"
2014 Saturday Night Live Dirinya sendiri Episod: "Woody Harrelson/Kendrick Lamar"
2017 Jimmy Kimmel Live! Diri sendiri (hos) 2 November 2017

Anugerah utama[sunting | sunting sumber]

Pencalonan dan anugerah

Lawrence pada tahun 2013

Anugerah
Menang
Pencalonan
Akademi 1 4
AACTA 2 2
BAFTA 1 2
Critics' Choice 4 13
Golden Globe 3 4
Independent Spirit 1 2
Screen Actors Guild 2 5
Tahun Filem Kategori Keputusan
Anugerah Akademi
2010 Winter's Bone Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2012 Silver Linings Playbook Pelakon Wanita Terbaik Menang
2013 American Hustle Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2015 Joy Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Filem Akademi British
2012 Silver Linings Playbook Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Tercalon
2013 American Hustle Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu Menang
Anugerah Golden Globe
2011 Winter's Bone Pelakon Wanita Terbaik – Filem Drama Tercalon
2013 Silver Linings Playbook Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi Menang
2014 American Hustle Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Menang
2016 Joy Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi Menang
Anugerah Screen Actors Guild
2010 Winter's Bone Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Tercalon
2012 Silver Linings Playbook Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Menang
2013 American Hustle Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Menang
Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Action Heroine Movies at the Box Office". Box Office Mojo. Dicapai pada April 3, 2012.
  2. ^ Detail on Jennifer Lawrence's Family:
  3. ^ Schneller, Johanna (June 11, 2010). "Interview with Winter's Bone star Jennifer Lawrence". The Globe and Mail. Canada. m/s. 1–2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada June 4, 2011.
  4. ^ "Jennifer Lawrence". AskMen. August 15, 1990. Dicapai pada September 9, 2012.
  5. ^ Reed, Johnson (November 11, 2010). "Jennifer Lawrence, playing to strength – Los Angeles Times". Los Angeles Times. Dicapai pada May 22, 2012.
  6. ^ "Jennifer Lawrence Family Group – Karen M. Koch – Ahnentafel No: 3". famouskin.com.
  7. ^ "'Hunger Games' star Lawrence just 'Jennifer' to her south Fort Myers family". news-press.com.
  8. ^ a b Reynolds, Simon (March 5, 2012). "Jennifer Lawrence: 'The Hunger Games' star's career in pictures". Digital Spy. m/s. 2, 5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-31. Dicapai pada March 29, 2014.
  9. ^ Sassone, Bob (September 25, 2009). "Will you miss The Bill Engvall Show?". AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada March 29, 2014.
  10. ^ "2009 Nominations & Recipients". Young Artist Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada December 5, 2013.
  11. ^ Nemetz, Dave (January 14, 2013). "Jennifer Lawrence's TV past: See her on 'The Bill Engvall Show'". Yahoo!. Dicapai pada March 29, 2014.
  12. ^ Higgins 2013, m/s. 29.
  13. ^ Roberts, Sheila (July 17, 2009). "Interview: Jennifer Lawrence and Director Lori Petty on The Poker House". Collider. Dicapai pada March 23, 2012.
  14. ^ "Los Angeles Film Festival Timeline: 2000-2009". Los Angeles Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-14. Dicapai pada March 29, 2014.
  15. ^ "Lawrence holds Marcello Mastroianni Award at Venice". Sina Corp. Dicapai pada April 24, 2012.
  16. ^ Medina, Jeremy (June 28, 2010). "Jennifer Lawrence dishes on 'Winter's Bone' and stripping for 'Esquire'". BlackBook. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-16. Dicapai pada June 4, 2011.
  17. ^ "Winter's Bone awards". The New York Times. Dicapai pada March 29, 2014.
  18. ^ "Oscar Nominations List 2011". MTV. January 25, 2010. Dicapai pada June 4, 2011.
  19. ^ Wells, Jeffrey (October 24, 2010). "Lawrence on the Line". Hollywood Elsewhere. Dicapai pada November 22, 2010.
  20. ^ O'Brien, Steve (November 13, 2013). "Jennifer Lawrence talks shape-shifting character Mystique in X-Men: Days of Future Past". Cineworld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-30. Dicapai pada March 29, 2014.
  21. ^ a b c d "Jennifer Lawrence Movie Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada March 8, 2015.
  22. ^ Kilday, Gregg (June 17, 2011). "Academy Invites 178 Artists and Execs as New Members". Dicapai pada December 11, 2013.
  23. ^ Galloway, Steven (February 1, 2012). "Jennifer Lawrence: A Brand-New Superstar". The Hollywood Reporter. Dicapai pada February 7, 2012.
  24. ^ Radish, Christina (February 5, 2013). "Jennifer Lawrence Talks Silver Linings Playbook, The Hunger Games, Catching Fire, Her Early Work, Wanting to Direct, Oscar Nominations, and More". Collider.com. Dicapai pada March 29, 2014.
  25. ^ "Hunger Games Training Fun". Digital Spy. Dicapai pada April 28, 2012.
  26. ^ Emily Listfield (March 14, 2012). "Jennifer Lawrence on How the Kardashians Are Like 'The Hunger Games'". Parade.com. Dicapai pada May 22, 2012.
  27. ^ "Hungering for a female hero: 'Hunger Games' may break new ground", World News Network, dicapai pada March 30, 2014
  28. ^ Nester, Daniel (March 1, 2014). "The Sound of Philadelphia Fades Out". The New York Times. Dicapai pada March 29, 2014.
  29. ^ Corliss, Richard (September 11, 2012). "Silver Linings Playbook Review". Time. Dicapai pada November 21, 2012.
  30. ^ "Nominees for the 85th Academy Awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada March 31, 2014.
  31. ^ "2013 Golden Globe Awards". Hollywood Foreign Press Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-16. Dicapai pada March 31, 2014.
  32. ^ "Jennifer Lawrence, Quvenzhané Wallis make Oscar history as nominations are announced". Up and Comers. January 10, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-10. Dicapai pada January 22, 2013.
  33. ^ Creepy, Uncle (June 4, 2010). "Max Thieriot and Jennifer Lawrence Move into the House at the End of the Street". Dreadcentral.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-25. Dicapai pada January 22, 2013.
  34. ^ Cowles, Charlotte. "Jennifer Lawrence Lands Dior Campaign". New York. Dicapai pada October 11, 2012.
  35. ^ "First Look at The Hunger Games: Catching Fire Starring Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, and Sam Claflin". collider.com. Dicapai pada September 14, 2012.
  36. ^ Pond, Steve (November 25, 2013). "Jennifer Lawrence Steals the Show in 'American Hustle' First Screening". TheWrap. Dicapai pada March 29, 2014.
  37. ^ Geoffrey Macnab (December 19, 2013). "American Hustle, review: 'Jennifer Lawrence is brilliant as the neurotic housewife' – Reviews – Films". The Independent. London. Dicapai pada December 24, 2013.
  38. ^ McCormack, Kirsty (January 16, 2014). "She's only 23! Oscar winner Jennifer Lawrence is nominated for another Academy Award for American Hustle". Daily Express. Dicapai pada January 16, 2014.
  39. ^ Lombardi, Ken (January 12, 2014). "Jennifer Lawrence shakes as she accepts Golden Globe for best supporting actress". CBS News. Dicapai pada January 14, 2014.
  40. ^ Tartaglione, Nancy (February 16, 2014). "BAFTA Awards: '12 Years A Slave' Wins Best Film But 'Gravity' Carries Most Weight With Six Total Nods; Chiwetel Ejiofor & Cate Blanchett Take Actor Wins; 'American Hustle' Scores 3 Including For Jennifer Lawrence". deadline.com. Dicapai pada March 3, 2014.
  41. ^ Busis, Hillary (January 16, 2014). "The sweariest movie in Academy history, who's up for an EGOT, and more 2014 Oscars talking points". Entertainment Weekly. Dicapai pada January 17, 2014.
  42. ^ "Toby Jones talks working with Jennifer Lawrence again in 'The Falling' – IFC". Ifc.com. April 18, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-05. Dicapai pada May 22, 2012.
  43. ^ Ford, Rebecca (November 17, 2011). "Jennifer Lawrence and Bradley Cooper Featured in First Image for 'Serena' (Photo)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 22, 2012.
  44. ^ Alexander, Bryan (March 7, 2014). "'Mockingjay' director on Philip Seymour Hoffman's death". USA Today. Gannett Company. Dicapai pada March 29, 2014.
  45. ^ "Jennifer Lawrence is the new face of Dior Addict". NY Daily News.
  46. ^ Child, Ben (June 9, 2014). "David O Russell and Jennifer Lawrence aim to clean up at 2016 Oscars with mop biopic". The Guardian. London. Dicapai pada June 15, 2014.
  47. ^ Roeper, Richard (December 20, 2015). "'Joy': Playing a mop inventor wrings great work from Jennifer Lawrence - Chicago Entertainment - Chicago Sun-Times". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-26. Dicapai pada January 27, 2016.
  48. ^ Bahr, Lindsey (January 10, 2016). "Jennifer Lawrence Wins Golden Globe for Best Comedy Actress". ABC News. Dicapai pada January 14, 2016.
  49. ^ "Oscar Nominations: Surprising Factoids About 2016's Contenders". Variety.com. Dicapai pada January 14, 2016.
  50. ^ Stephanie Marcus (April 7, 2015). "Passengers 2016". The Huffington Post. Dicapai pada June 21, 2015.
  51. ^ Barnes, Brooks (August 26, 2015). "Jennifer Lawrence and Amy Schumer Writing Screenplay Together". The New York Times. Dicapai pada August 16, 2015.
  52. ^ Eells, Josh (April 12, 2012). "Jennifer Lawrence: America's Kick-Ass Sweetheart". Rolling Stone. Dicapai pada November 13, 2013.
  53. ^ "Jennifer Lawrence compared to Laurence Olivier by 'Hunger Games' Donald Sutherland (Video)". On the Red Carpet. March 22, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada August 22, 2013.
  54. ^ "Jennifer Lawrence, David O. Russell teaming up again for 'The Ends of the Earth'". Daily News. February 19, 2013. Dicapai pada August 22, 2013.
  55. ^ Pond, Steve. "'Silver Linings Playbook' Oscar Nominee Jennifer Lawrence Shares Her Acting Secret: Never Sweat". Yahoo!.
  56. ^ "Jennifer Lawrence" Time. April 20, 2013. Retrieved April 20, 2013
  57. ^ Vineyard, Jennifer. "Hollywood Power List 2013". Elle. Dicapai pada October 17, 2013.
  58. ^ "The World's Most Powerful Celebrities List". Forbes. June 2013. Dicapai pada April 2, 2014.
  59. ^ "Sandra Bullock Tops Forbes' List Of Highest Earning Actresses With $51M".
  60. ^ Pomerantz, Dorothy (June 30, 2014). "Jennifer Lawrence Tops Our List Of The Most Powerful Actresses". Forbes. Dicapai pada June 30, 2014.
  61. ^ Robehmed, Natalie (August 20, 2015). "The World's Highest-Paid Actresses 2015: Jennifer Lawrence Leads With $52 Million". Dicapai pada August 22, 2015.
  62. ^ Dockterman, Eliana (August 20, 2015). "The Highest-Paid Actress in 2015 Will Not Surprise You". Time. Dicapai pada August 22, 2015.
  63. ^ "Jennifer Lawrence Seventeen Magazine Poses with Horses : People.com". PEOPLE.com.
  64. ^ a b c Cornet, Roth (November 11, 2013). "10 Reasons Jennifer Lawrence is Awesome". IGN. m/s. 2. Dicapai pada March 29, 2014.
  65. ^ a b "On Fire with Jennifer Lawrence Foundation". Community Foundation of Louisville. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-30. Dicapai pada March 29, 2014.
  66. ^ Sims, Andrew (October 21, 2013). "Jennifer Lawrence organizes early 'Catching Fire' screening in hometown to benefit special needs center". Hypable. Dicapai pada March 29, 2014.
  67. ^ "Home". Dicapai pada February 15, 2015.
  68. ^ "Meet Jennifer Lawrence at the Premiere of Mockingjay – Omaze". Omaze. Dicapai pada February 15, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]