Jozy Altidore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jozy Altidore
Austria vs. USA 2013-11-19 (125).jpg
Altidore pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Josmer Volmy Altidore[1]
Tarikh lahir (1989-11-06) 6 November 1989 (umur 28)
Tempat lahir Livingston, New Jersey, Amerika Syarikat
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)[2][3]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Sunderland
Nombor 17
Kerjaya remaja
2004–2006 IMG Soccer Academy
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006–2008 New York Red Bulls 37 (15)
2008–2011 Villarreal 9 (1)
2009 Xerez (pinjam) 0 (0)
2009–2010 Hull City (pinjam) 28 (1)
2011 Bursaspor (pinjam) 12 (1)
2011–2013 AZ 67 (39)
2013–2015 Sunderland 42 (1)
2015– Toronto FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2005 Amerika Syarikat B17 2 (0)
2007 Amerika Syarikat B20 5 (4)
2008 Amerika Syarikat B23 3 (1)
2007– Amerika Syarikat 76 (25)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13:32, 27 Disember 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23:17, 24 November 2014 (UTC)

Josmer Volmy "Jozy" Altidore /ˈæltidɔər/ (lahir November 6, 1989)[4] merupakan pemain bola sepak Amerika Syarikat yang bermain untuk kelab Inggeris, Sunderland dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.

Altidore membuat penampilan sulung profesionalnya pada tahun 2006 ketika berusia 16 tahun bersama New York Red Bulls. Ketika pertengahan musim ketiganya bersama New York, pada tahun 2008, dia berpindah ke Villarreal. Ketika tempohnya di Villarreal, dia keluar secara pinjaman tiga kali – dengan kelab Segunda División Xerez pada bulan Februari–Mei 2009, kelab Liga Perdana Inggeris Hull City untuk keseluruhan musim 2009–10 season, dan kelab Turki Bursaspor dimana dia dipinjamkan selama enam bulan. Ketika musim panas tahun 2011, dia berpindah ke AZ di Belanda. Pada Mac 3, 2013, Altidore melepasi Clint Dempsey dengan gol terbanyak oleh pemain Amerika Syarikat dalam semusim di Eropah dengan gol 24 nya dalam musim 2012–13. Ketika tingkap perpindahan musim panas 2013, Sunderland menandatangani Altidore.

Altidore telah mewakili Amerika Syarikat di pelbagai peringkat dalam pertandingan antarabangsa, antaranya beraksi untuk pasukan Amerika Syarikat bawah-17 ketika Piala Dunia B-17 FIFA 2005, pasukan bawah-20 ketika Piala Dunia B-20 FIFA 2007 dan pasukan bawah-23 ketika Sukan Olimpik 2008. Dia juga mewakili pasukan senior kebangsaan ketika Piala Konfederasi FIFA 2009, Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anak bongsu daripa empat orang anak keluarga Haiti-Amerika Syarikat, Altidore dilahirkan di Livingston, New Jersey dan dibesarkan di Boca Raton, Florida. Dia gemar bermain bola sepak sejak dia masih budak.[5] Altidore bermain untuk beberapa pasukan belia Florida Selatan seperti Kelab Bola Sepak Junior Boca Raton, Akademi Schulz dan Sunrise S.C. Selain itu juga dia berlatih bersama pasukan kebangsaan bawah-17 di Akademi IMG, Bradenton.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Sunderland[sunting | sunting sumber]

Altidore bermain untuk Sunderland pada tahun 2013

Pada Julai 5, 2013, AZ bersetuju menjual Altidore kepada kelab Liga Perdana Inggeris Sunderland.[6] Dia menyertai kelab itu atas kontrak empat tahun dengan yuran yang tidak didedahkan pada Julai 9, 2013.[7] Altidore menjaringkan gol pertamanya bersama Sunderland ketika kemenangan 4–2 ke atas MK Dons dalam Piala Liga.[8] Dalam Derby Tyne-Wear pertamanya, dia meletakkan persembahan pemain terbaik perlawanan ketika kemenangan 2–1. Pada Disember 4, 2013, Altidore menjaringkan gol pertama liga untuk Sunderland untuk memberikan pendahuluan 1–0 ke atas Chelsea, perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3–4. Selepas gagal menjaringkan gol sekali lagi untuk Sunderland, Altidore digugurkan ke pasukan Bawah-21 Sunderland dan tidak bermain menentang Tottenham Hotspur pada April 7, 2014.[9]

Altidore mengakhiri musim 2013–14 dengan dua gol daripada 37 penampilan, dan sehingga bulan Oktober 2014, dia hanya membuat enam penampilan dan menjaringkan satu gol. Altidore berkata kepada pemberita, "Jika ia tidak pulih pada bulan Januari saya akan mencari tempat lain untuk bermain" untuk kekal dalam pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[10]

Altidore meninggalkan Sunderland pada bulan Januari 2015 dan menyertai Toronto FC dari Major League Soccer. Dia mengakhiri tempohnya bersama kelab itu dengan tiga gol dan 52 penampilan dalam pertandingan termasuk satu gol dalam 42 perlawanan liga.[11]

Toronto FC[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2015, Sunderland bersetuju untuk menghantar Altidore dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan ke Toronto FC dari Major League Soccer secara pertukaran dengan Jermain Defoe.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

New York Red Bulls
AZ

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 32. Dicapai pada 25 June 2014. 
  2. ^ "Jozy Altidore player profile". FIFA. Dicapai pada June 9, 2010. 
  3. ^ "Jozy Altidore profile". ESPN Soccernet. Dicapai pada October 28, 2009. 
  4. ^ "Altidore gets his message across this time". Fox Sports. June 24, 2009. Dicapai pada June 24, 2009. 
  5. ^ Dampf, Andrew. "Altidore gets his message across this time", USA Today, June 24, 2009. Accessed February 24, 2011. "Born in Livingston, New Jersey, to Haitian parents, U.S. Soccer is hoping Altidore develops into the consistent scorer the team has lacked for years. So far he's on schedule."
  6. ^ "ALTIDORE HEADING BACK TO EPL, GETS TRANSFER TO SUNDERLAND". Jeremy D. Pond. July 5, 2013. Dicapai pada July 5, 2012. 
  7. ^ "Di Canio gets his man". Sunderland A.F.C. July 9, 2013. Dicapai pada July 9, 2013. 
  8. ^ "Sunderland 4 - 2 MK Dons". BBC. August 27, 2013. Dicapai pada August 27, 2013. 
  9. ^ altidore-on-u21-duty-while-first-team-are-at-white-hart-lane-1-6547497
  10. ^ Prindville, Mike (October 8, 2014). "Jozy On The Move? Altidore open to club switch in January transfer window". Pro Soccer Talk. 
  11. ^ "Altidore joins Toronto FC from Sunderland in swap deal with Defoe". Sky Sports. January 16 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]