Junna Tsukii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Junna Tsukii
Tsukii berjaya mendapat pingat emas pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama asal月井 隼南
Nama penuhJunna Villanueva Tsukii
EtnikJepun/Tagalog
Lahir (1991-09-30) 30 September 1991 (umur 32)
Pasay, Filipina
PengajianUniversiti Takushoku
Pekerjaan
  • Guru
  • Atlet
  • Pempengaruh
Sukan
NegaraFilipina
SukanKarate
Kelas berat50 kg
Acara
Rekod pingat
Karate perempuan
Mewakili  Filipina
Acara 1 2 3
Sukan Dunia 1 0 0
Sukan Asia 0 0 1
Kejohanan Karate Asia 0 1 0
Sukan Asia Tenggara 1 2 3
Jumlah 2 3 4
Sukan Dunia
Pingat emas – tempat pertama Birmingham 2022 Kumite 50 kg
Sukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Jakarta 2018 Kumite 50 kg
Kejohanan Karate Asia
Pingat perak – tempat kedua 2021 Almaty Kumite 50 kg
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama Filipina 2019 Kumite 50 kg
Pingat perak – tempat kedua Kemboja 2023 Kumite 50 kg
Pingat perak – tempat kedua Kemboja 2023 Kumite beregu
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kumite 50 kg
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kumite beregu
Pingat gangsa – tempat ketiga Vietnam 2021 Kumite beregu

Junna Villanueva Tsukii (Jepun: 月井 隼南, Hepburn: Tsukii Junna[1]) (lahir 30 September 1991) ialah karateka Filipina dan guru Jepun. Sebagai seorang petarung karate, beliau berjaya memenangi salah satu pencapaian paling tinggi dalam sukan itu yaitu pingat emas karate kategori kumite perempuan 50 kg dalam Sukan Dunia 2022 yang diasaskan di Birmingham, Amerika Syarikat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Junna mula berlatih karate saat memasuki usia 7 tahun. Beliau menyertai dojo karate datuknya di Tokyo.[2] Pada saat duduk di darjah dua sekolah menengah atas, Junna berjaya memenangi Kejohanan Karate Negara Jepun dan terpilih untuk mewakili karate junior Jepun di peringkat antarabangsa.[3] Dalam satu perlawanan antarabangsa, beliau mendapat cedera seumur hidup setahun selepasnya.[3] Kemalangan itu membuatnya tidak pernah mendapat panggilan sukan kembali dari Kerajaan Jepun dan ia memilih untuk bersara dari karate selama beberapa masa. Junna bekerja sebagai guru di Kansai sebelum mendapat panggilan untuk mewakili karate senior Republik Filipina pada tahun 2017.[4]

Pada tahun 2017, Junna memulakan perlawanan karate seniornya dengan menyertai salah satu kategori karate di Sukan Asia Tenggara 2017 yang berkedudukan di Kuala Lumpur, Malaysia.[5][6] Pada tahun itu, beliau memenangi pingat gangsa dalam kategori kumite beregu.[5] Pada Sukan Asia Tenggara yang selepasnya, Junna berjaya membawakan pingat emas untuk negara pengacara.[7]

Junna memenangi pingat gangsa untuk Filipina pada kategori kumite 50 kg di Sukan Asia 2018, yang berada di Palembang, Indonesia.[8][9] Beliau menewaskan Paweena Raksachart dari Thailand bagi persaingan tempat ketiga.[8]

Pada tahun 2021, Junna berjaya mendapatkan pingat emas dalam Karate 1-Premier League yang berada di Lisbon, Portugal.[10][11] Pada bulan Jun 2021, beliau menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik Dunia, berharap agar boleh layak dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.[12] Pada perlawanan pertama untuk kelayakan, Junna ditewaskan oleh karateka asal Bulgaria yaitu Ivet Goranova .[12] Pada bulan November 2021, Junna menyertai Kejohanan Karate Dunia yang berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dalam kategori kumite 50 kg.[13] Pada pusingan kedua, Junna terpaksa harus mengakui kemampuan penentangnya.[13] Pada bulan Disember 2021, beliau mendapat pingat perak di Kejohanan Karate Asia yang berada di Almaty, Kazakhstan.[14][15]

Junna berjaya mendapat gelar dunia dalam kategori kumite 50 kg di Sukan Dunia 2022 yang berada di Birmingham, Amerika Syarikat.[16][17] Pada perlawanan pentas akhir, Junna menewaskan Yorgelis Salazar salah satu petarung karate perempuan terbaik Amerika Selatan dari Venezuela.[18] Pada tahun 2023, Junna mewakili negaranya untuk menyertai perlawanan karate Sukan Asia 2022 dalam kategori kumite 50 kg yang berada di Hangzhou, China. Pada kejohanan itu, Junna tersingkir dari pusingan pertama. Pada bulan yang sama, Junna menyertai Kejohanan Karate Dunia 2023 yang berada di Budapest, Hungary. Pada kejohanan itu, Junna tersingkir dari pusingan kedua.[19]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Junna Tsukii lahir di Pasay, Filipina[20] pada tarikh 30 September 1991.[8] Beliau lahir dari pasangan Shin Tsukii, seorang jurulatih sukan dari Jepun dan isterinya Lilia Villanueva, yang sehari-hari mengerjakan keperluan dapur sebagai suri rumah daripada etnik Tagalog.[2] Junna ialah anak kedua daripada tiga bersaudara.[1] Beliau bermastautin di Jepun memasuki usianya yang ke-3 tahun.[20]

Junna menyertai sebuah asrama sekolah menengah formatif di Kansai.[3] Beliau mengambil kepujian pendidikan guru di Universiti Takushoku, Tokyo.[20] Junna menamatkan pendidikannya dan mengajar di sekolah lamanya dahulu di Kansai.[4]

Junna tidak boleh berbahasa Tagalog, kerana dari masa kecil bahasa sehari-hari di dalam rumahnya ialah Jepun. Beliau baru boleh bercakap dalam bahasa Inggeris semasa pendidikannya di Universiti Takushoku. Pada waktu mendapat panggilan dari Republik Filipina untuk mewakili negaranya dalam sukan karate, Junna mengaku merasa bimbang untuk menerima panggilan khidmat itu kerana tidak fasih dalam Tagalog.

Pentadbir Filipina meyakinkan beliau bahawa syarat untuk mewakili negara hanya perlu menghafal Lupang Hinirang, anthem wajib bagi setiap atlet yang berkhidmat untuk negara itu.[21][22] Junna mempunyai akaun YouTube yang mengambil tema mengenai karate.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Fuse, Koji. "カワイイだけじゃない異色の空手家。月井隼南はフィリピンから東京五輪へ。(布施鋼治)". Sport Graphic Number Web (dalam bahasa Jepun). Bungeishunju Ltd. m/s. 1. Dicapai pada 9 July 2022.
  2. ^ a b c Clarito, Ariel Ian (5 May 2020). "Southern Falcon: Junna Tsukii is grounded but soaring". Rappler. Dicapai pada 9 July 2022.
  3. ^ a b c Fuse, Koji. "カワイイだけじゃない異色の空手家。月井隼南はフィリピンから東京五輪へ。(布施鋼治)". Sport Graphic Number Web (dalam bahasa Jepun). Bungeishunju Ltd. m/s. 2. Dicapai pada 9 July 2022.
  4. ^ a b Fuse, Koji. "カワイイだけじゃない異色の空手家。月井隼南はフィリピンから東京五輪へ。(布施鋼治)". Sport Graphic Number Web (dalam bahasa Jepun). Bungeishunju Ltd. m/s. 3. Dicapai pada 9 July 2022.
  5. ^ a b Giongco, Mark (24 December 2019). "No shortage of struggle for Olympics chasing Tsukii". Inquirer Sports. Dicapai pada 24 April 2020.
  6. ^ "Karate Medalists". 2017 Southeast Asian Games. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2017. Dicapai pada 23 December 2021.
  7. ^ "Karate Results" (PDF). 2019 Southeast Asian Games. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 April 2020. Dicapai pada 24 April 2020.
  8. ^ a b c "Karate Results" (PDF). 2018 Asian Games. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
  9. ^ Giongco, Mark (24 December 2019). "No shortage of struggle for Olympics chasing Tsukii". Inquirer Sports. Dicapai pada 24 April 2020.
  10. ^ Shefferd, Neil (2 May 2021). "Tokyo 2020 places still up for grabs following Karate 1-Premier League event in Lisbon". InsideTheGames.biz. Dicapai pada 15 May 2021.
  11. ^ "Olympic qualification remains up for grabs after memorable Karate 1 Premier League Lisbon". World Karate Federation. 2 May 2021. Dicapai pada 15 May 2021.
  12. ^ a b "2021 Karate World Olympic Qualification Tournament Results Book" (PDF). World Karate Federation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 June 2021. Dicapai pada 14 June 2021.
  13. ^ a b "Junna Tsukii suffers early exit in Dubai World Championships". Manila Bulletin. 17 November 2021. Dicapai pada 17 November 2021.
  14. ^ Burke, Patrick (22 December 2021). "Japan top medal table at Asian Karate Championships in Almaty". InsideTheGames.biz. Dicapai pada 22 December 2021.
  15. ^ "2021 Asian Karate Championships Results Book" (PDF). Sportdata.org. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 December 2021. Dicapai pada 22 December 2021.
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sanchez_terliuga_lead_way_world_games_2022 tidak disediakan
  17. ^ Valderrama, Aeron Paul (9 July 2022). "World Games: Junna Tsukii takes under-50 kumite gold". Tiebreaker Times. Dicapai pada 9 July 2022.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan karate_results_book_world_games_2022 tidak disediakan
  19. ^ "2023 World Karate Championships Results Book". Sportdata.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2023. Dicapai pada 30 October 2023.
  20. ^ a b c Atencio, Peter (2 April 2020). "Fil-Japanese karate bet stays in shape at home". Manila Standard. Dicapai pada 24 April 2020.
  21. ^ Manabat, Lio (23 December 2019). "Karateka Junna Tsukii proud to have both Pinoy and Japanese blood". Sports Interactive Network Philippines (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 August 2022.
  22. ^ Manabat, Lio (17 August 2022). "'Why didn't she choose Japan?' Junna Tsukii answers". Sports Interactive Network Philippines (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 August 2022.