Pergi ke kandungan

Kalau Bukan Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalau Bukan Aku
Genre
Ditulis olehRozie Rashid
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Ku Percaya Ada Cinta" oleh Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Ku Percaya Ada Cinta" oleh Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramly
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Penyunting
  • Norsyilawati Idris
  • Eddey Mat Napi
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 April 2013 – 23 Mei 2013
Kronologi
MengikutiDuri Di Hati
Diikuti olehIman Nabila

Kalau Bukan Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Erry Putra dan Syatilla Melvin. Ia mengisahkan kegigihan dan pengorbanan Nurin yang memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Umar yang menghadapi penyakit autisme.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 25 April 2013 hingga 23 Mei 2013 menggantikan Duri Di Hati dan digantikan oleh Iman Nabila.[2][3]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Mengisahkan tentang Umar, seorang pemuda yang mempunyai penyakit autisme dan haknya sebagai anak telah dinafikan oleh kedua-dua ibu bapanya, Tuan Raqim (Zaidi Omar) dan Puan Zalia (Ziela Jalil). Ibu bapa Umar juga telah mengarahkan pembantu rumahnya, Cik Nomi (Mak Wan) mencari calon isteri buat Umar kerana tidak mahu lagi menjaganya.

Kemudian Cik Nomi pulang ke kampung dan bertemu Nurin (Syatilla Melvin), dengan hajat untuk jadikan wanita itu sebagai calon isteri Umar. Cik Nomi mula menceritakan kisah majikannya yang mahukan calon isteri untuk anaknya yang baru kemalangan dan mengalami trauma kepada Nurin. Cik Nomi yakin dengan status Nurin yang kini seorang janda dan sering diganggu oleh Along kerana hutang bekas suaminya Sham (Zalfie), pasti mudah baginya untuk memujuk Nurin berkahwin dengan Umar. Demi tidak diganggu lagi oleh Along serta melangsaikan hutang Sham, Nurin akur menjadi isteri Umar.

Setelah selamat diijab kabulkan, barulah Nurin sedar bahawa suaminya seorang autisme. Nurin terkejut dan merasakan dirinya tertipu. Namun lama kelamaan Nurin mula muhasabah dirinya dan menganggap apa yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis buat dirinya. Nurin meminta maaf daripada Umar dan mula menjaga suaminya. Sesungguhnya ia merupakan satu cabaran buat Nurin. Umar sering menunjukkan sayangnya terhadap Nurin dan itu menguatkan lagi semangat dan kesabaran Nurin untuk menempuh liku-liku kehidupan.

Hari demi hari, Umar dan Nurin mula menikmati kebahagiaan bersama. Akan tetapi, kebahagiaan itu mula dicemburui oleh bakal adik ipar Umar, Eddie (Azuan Mazlan). Eddie yang terpesona dengan kecantikan Nurin sejak kali pertama melihatnya, cuba merapatkan diri dengan Nurin. Namun, Nurin sering menjauhkan dirinya dari Eddie.

Ketika Umar diserang demam panas, hanya Nurin yang menjaganya dan pada saat itu tiada sesiapa di rumah. Eddie yang kebetulan datang ke rumah mereka telah mengambil kesempatan memperkosa Nurin. Sejak peristiwa itu, Nurin trauma dan sering menangis. Umar sedar akan perubahan Nurin dan dia sering menceriakan isterinya. Nurin bersyukur dan gembira kerana Umar begitu sayang akan dirinya.

Suatu pagi, Nurin mengalami sakit kepala dan sering muntah-muntah. Apabila bertemu doktor, Nurin disahkan mengandung dan dia mula panik sama ada kandungannya itu anak Umar atau Eddie. Sementara itu, berita mengenai kehamilan Nurin itu turut diketahui oleh Eddie. Selepas itu, Eddie terus membuat rancangan jahatnya untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di antara dia dan Nurin serta kemungkinan anak yang dikandung itu adalah anaknya. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Anak siapakah yang dikandung oleh Nurin? Mampukah rumahtangga Umar dan Nurin bertahan hingga ke akhirnya?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Zaidi Omar sebagai Tuan Raqim
  • Ziela Jalil sebagai Puan Zalia
  • Mak Wan sebagai Cik Nomi
  • Sura Sojangi sebagai Ayra
  • Rashidah Jaafar sebagai Milah
  • Azuan Mazwan sebagai Eddie
  • Zalfie Roul sebagai Sham
  • Hafiz Bahari sebagai Kamil

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Kilafairy sebagai Sofea
  • Anne Abdullah sebagai Lily
  • Azhan Rani sebagai Danny
  • Zara Zya sebagai Dr. Elly

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Ku Percaya Ada Cinta" - Siti Nurhaliza
  • "Bila Harus Memilih" - Siti Nurhaliza
  • "Bisakah" - Siti Nurhaliza
  • "Hati Berbisik" - Siti Nurhaliza
  • "Cuba Untuk Mengerti" - Siti Nurhaliza
  1. ^ "Kalau Bukan Aku drama baru slot Azalea". Berita Harian. 28 April 2013. Dicapai pada 1 Mei 2013.
  2. ^ Budiey (30 April 2013). "Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2013.
  3. ^ "Drama "Kalau Bukan Aku" mengisi slot Azalea mulai 25 April 2013". Galaksi Media. 1 Mei 2013. Dicapai pada 1 Mei 2013.
  4. ^ Kalau Bukan Aku (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 June 2018.