Ziela Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Puan Sri Dato’
Ziela Jalil
Kelahiran Norzilah binti Abdul Jalil
(1970-11-14) 14 November 1970 (umur 47)[1]
Parit Buntar, Perak, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model
Tahun aktif
  • 1980-an–1990-an (pelakon, penyanyi, model)
  • 2000-an–kini (penerbit)
Pasangan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (berkahwin 2008)
Anak 2 orang
Seorang anak angkat[2]

Puan Sri Dato' Norzilah binti Abdul Jalil (lahir 14 November 1970) atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau Ziela Jalil merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Puan Sri Dato' Norzilah binti Abdul Jalil mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem humor, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan dan Raja Alauddin (Kayangan).

Puan Sri Dato' Ziela turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.

Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Menjadi isteri kedua kepada Almarhum Tan Sri Megat Junid, gelaran "Puan Sri" secara automatiknya diberi kepada beliau. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang kerana keintimannya dengan YM. Tunku Aishah, kekanda Sultan Pahang. Gelaran "gila gelaran” diberi oleh netizen apabila ruangan Instagram beliau sering menaip gelaran-gelaran penuh orang sekeliling beliau termasuk anakanda beliau, “Dr.” Puteri Julia seakan formaliti dan protokolnya bertaraf akhbar rasmi.

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Eee... takut (Solo - Titra Records 1986)
  2. Samarinda (Kompilasi 1998 - termasuk Liza Abdullah dan Renggo)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Mr Os
  2. Perawan Malam
  3. Ujang
  4. Konstabel Mamat
  5. Rentak Desa
  6. Rozana Cinta 87
  7. Kembar Siam
  8. Tarzan Rimba (Indonesia)
  9. Pancasona (Indonesia)
  10. Jurus Dewa Naga (Indonesia)
  11. Pendekar Mata Satu (Indonesia)
  12. Driving School
  13. Harry Boy
  14. Kayangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khadijah Ibrahim (22/11/2005). "Ziela Jalil dapat pejabat sempena hari lahir ke-35". Utusan Online. Dicapai 10 Mac 2014.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Julai 2013). "Ziela Jalil Akui Sukar Bergelar Ibu Tunggal". mStar Online. Dicapai 10 Mac 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]