Syatilla Melvin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syatilla Melvin
SyatillaMelvin.png
Syatilla pada 2014
KelahiranSiti Nur Syatilla binti Amirol Melvin
(1991-02-08) 8 Februari 1991 (umur 29)
Parit Buntar, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainTilla
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2012 - kini
PasanganShaheizy Sam (berkahwin 2016)
Anak2
Ibu bapaAmirol Melvin Abdullah (bapa)
KeluargaSyafiqa Melvin (kakak)
Zainal Abidin Osman (abang ipar)
Syifa Melvin
(adik)
Syida Melvin
(adik)

Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin (lahir 8 Februari 1991) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 [1] bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Beliau aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Beliau merupakan adik kepada Syafiqa Melvin dan kakak kepada Syifa Melvin dan Syida Melvin

Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Syatilla dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Kakak sulungnya ialah Syafiqa merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. [2] Adiknya, Syifa juga bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syatilla Melvin memulakan kerjaya awalnya sebagai model apabila menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi, Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir. Beliau kemudiannya terjun ke bidang lakonan pada 2012[3] dan berlakon dalam beberapa telefilem dan drama Melayu. Drama pertama lakonannya ialah BFF (Best Friends Forever) yang disiarkan di TV3 pada tahun yang sama.

Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Selepas berlakon dalam BFF, beliau berlakon dalam beberapa lagi drama dan telefilem, antaranya ialah Dalam Setiap Sujud, Rindu Bertamu di Abu Dhabi, Kalau Bukan Aku dan Rentas Samudera.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dengan hanya sekali lafaz, Syatilla dan pasangannya, pelakon Shaheizy Sam selamat diijabkabul pada 8 Februari 2016, yang jatuh kepada ulang tahun kelahirannya ke-25. Majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan pada 9 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Villa manakala resepsi pengantin lelaki diadakan pada 14 Februari 2016 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.[4]

Pada 9 Mei 2017, Sam dan Syatilla menyambut kedatangan cahayamata sulung bernama Syeriv Samheizy.[5] Dua tahun kemudian, iaitu pada 16 April 2019, Syatilla dan Sam dikurniakan cahaya maya kedua, iaitu anak sulung perempuan yang diberi nama Sarima Samheizy.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 BFF: Teman Tapi Mesra Karmila TV3
Bonda Slot Azalea
Julia Katrina Slot Akasia
Esah Pajero Nurul
Lara Hati Jasmin TV9
2013 Dalam Setiap Sujud[7] Nita
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Fifi TV3 Slot Akasia
Kalau Bukan Aku Nurin
Rentas Samudera Leftenan Nor RTM
Ramadan Yang Hilang[8] Delisha TV3
2013-2014 Istidraj Cinta Sha
2014 Ariana Rose Sophie Slot Akasia
Kifarah 2: Panjang Tangan Maisara Slot Zehra
Aku Isterinya Muzifa Slot Akasia
2015 Dia Isteri Luar Biasa Razita
2016 Sha & Shah Farisha @ Sha Astro Ria Slot MegaDrama
Imam Mudaku Romantik Laila Khalisa Astro Oasis
Gondola Cinta Di Venice Zulaikha TV2 Selekta Prima
Surah Buat Maisara Maisara TV3 Slot Zehra
2017 Cinta Samar Juliana TV1 Slot Widuri
Kerna Syurga Bukan Percuma Adawiyah Astro Oasis Slot Raihana
2018 Sunsilk #SISCUBA Yasmin TV3 Drama pendek
Selafaz Cinta Zahratul Jannah Astro Prima Slot Tiara

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 PA Cinta Melissa TV9
Korban Haji[9] Zella TV3
2013 Tika Kau Tiada Shima TV1
2014 Ya Habibi Fiona TV2
2015 Chombee Anak Mamu Chombee
Aidil dan Adha[10] Nina TV1
Hijab Seorang Isteri[11] Farisya
Kalung Kak Dara Mimi TV3
Khilaf Seorang Isteri Thalia TV9

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Syatilla Melvin Bekas Finalis Dewi Remaja 2010 , Retrieved on 10 October 2012.
  2. ^ Rezeki Terpijak Syatilla, Retrieved 6 Mei 2012.
  3. ^ "Hiburan: Menyerlah dalam Masa Lapan Bulan". Utusan Malaysia. 6 Februari 2013.
  4. ^ Shaheizy Sam weds Syatilla Melvin, Retrieved on February 08, 2016.
  5. ^ "Syeriv Samheizy Nama Baby Boy Shaheizy Sam & Syatilla Melvin". Astro Gempak. 18 Jun 2017. Dicapai pada 19 April 2018.
  6. ^ "Shaheizy Sam mahu 12 anak? Ini respons Syatilla Melvin". Astro Awani. 27 April 2019. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  7. ^ Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud, http://anizyn.blogspot.com/.
  8. ^ Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku.
  9. ^ Korban Haji Telemovie Aidiladha TV3, 29 October 2012.
  10. ^ Aidil dan Adha (2015), MyTontonTube.com.
  11. ^ Tonton Hijab Seorang Isteri TV1 (2015) | Info Drama Tv Online, InfoDramaOnline.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]