Kalazion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalazion
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
  • Sista meibom[1]
PengkhususanOftalmologi, optometri
GejalaKemerahan, sista yang tidak sakit di bahagian tengah kelopak mata[2]
Permulaan biasa
Secara beransur-ansur selama beberapa minggu[2]
Ketumbit, selulitis[2]
RawatanTitisan antibiotik, kaedah tuaman suam, suntikan steroid, pembedahan[2]
KekerapanTiada diketahui[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kalazion (daripada bahasa Inggeris: chalazion) atau sista meibom (bahasa Inggeris: meibomian cyst),[4] ialah sista yang terjadi pada bahagian kelopak mata yang disebabkan oleh kelenjar meibom yang tersumbat.[5] Kalazion biasanya terjadi di bahagian tengah kelopak mata dengan warna kemerah-merahan dan tidak menyakitkan.[2] Kalazion cenderung muncul secara beransur-ansur selama beberapa minggu.[2] Rawatan pesakit untuk kalazion termasuk kaedah tuaman suam dan titisan mata atau salap antibiotik dan kortikosteroid. Sekiranya tidak efektif, kortikosteroid akan disuntikkan ke dalam bahagian luka.[2]

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Tanda dan gejala bagi penyakit kalazion termasuk keadaan bengkak pada bahagian kelopak mata tetapi tidak menyakitkan, kelopak mata berasa lembut biasanya tidak ringan, air mata yang dirembeskan semakin bertambah atau banyak, kelopak mata berasa berat serta kemerahan pada konjunktiva.[2]

Kerumitan[sunting | sunting sumber]

Penyakit kalazion yang tidak rawat dengan sebaiknya mampu menyebabkan penyakit terdedah kepada selulitis periorbital lalu cenderung menyebabkan kelopak mata menjadi cacat.[6] Kalazion yang besar boleh menyebabkan gangguan penglihatan akibat kesan sentuhan langsung dengan kornea mata.[6] Kalazion yang besar juga mampu menyebabkan masalah astigmatisme oleh kerana tekanan yang terhasil pada kornea.[6][7] Pengingkatan masalah aberasi pada kornea terutama pada bahagian kornea periferi juga merupakan kerumitan bagi penyakit kalazion.[6] Pembedahan mata menggunakan laser iaitu dengan melaser pada bahagian kornea yang dapat melemahkan strukturnya. Selepas pembedahan mata, pesakit akan terdedah kepada kecacatan bentuk kornea dengan sisa kalazion yang kecil.[8] Kerumitan mengenai suntikan kortikosteroid termasuk hipopigmentasi dan atrofi lemak yang kurang berlaku dalam pendekatan suntikan pada konjungtiva.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Duderstadt, Karen (2013). Pediatric Physical Examination: An Illustrated Handbook (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Elsevier Health Sciences. m/s. 155. ISBN 9780323187206. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08.
  2. ^ a b c d e f g h Carlisle, RT; Digiovanni, J (15 July 2015). "Differential Diagnosis of the Swollen Red Eyelid". American Family Physician. 92 (2): 106–12. PMID 26176369.
  3. ^ Rutter, Paul Professor; Newby, David (2013). Community Pharmacy ANZ: Symptoms, Diagnosis and Treatment (ed. 3). Elsevier Health Sciences. m/s. 57. ISBN 9780729583459. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-18.
  4. ^ a b John F, Salmon. "Eyelids". Kanski's Clinical ophthalmology (ed. 9). Elsevier. m/s. 39–41.
  5. ^ "Eyelid Disorders Chalazion & Stye". National Eye Institute. 4 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2016. Dicapai pada 14 October 2016.
  6. ^ a b c d Gary A. Jordan; Kevin Beier (2022). Chalazion (dalam bahasa Inggeris). StatPearls. Dicapai pada 17 Julai 2023 – melalui National Library of Medicine.
  7. ^ Jin, Ki Won; Shin, Young Joo; Hyon, Joon Young (2017-03-31). "Effects of chalazia on corneal astigmatism". BMC Ophthalmology. 17 (1): 36. doi:10.1186/s12886-017-0426-2. ISSN 1471-2415. PMC 5374600. PMID 28359272.
  8. ^ Shiel WC. "Medical Definition of Laser surgery". MedicineNet. Dicapai pada 7 July 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]