Ketumbit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketumbit
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Tembel, hordeolum
Ketumbit di bahagian atas kelopak mata
PengkhususanOftalmologi, optometri
GejalaBenjolan merah yang lembut di tepi kelopak mata[1]
Permulaan biasa
Tidak mengira umur apapun[2]
TempohBeberapa hari dan minggu[3]
PuncaJangkitan bakteria[3]
Kalazion[4]
RawatanSalap antibiotik dan kaedah tuaman suam[5][6]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketumbit, tembel atau hordeolum ialah penyakit jangkitan yang diakibatkan oleh bakteria spesies Staphylococcus aureus yang terjadi pada kelenjar minyak di bahagian kelopak mata.[4][3][6] Ketumbit mampu mengakibatkan benjolan yang berwarna merah dan lembut di tepi kelopak mata.[1][5] Bahagian luar atau dalam kelopak mata boleh terjejas dengan jangkitan bakteria.[3] Ketumbit dikenali sebagai stye dan sty dalam bahasa Inggeris.[7][8]

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Tanda pertama mangsa yang menerima penyakit ketumbit ialah terdapat kehadiran bintik kecil yang berwarna kuning di tengah-tengah benjolan yang sedang berkembang sebagai nanah dan terus mengembang di kawasan yang telah dijangkiti. Gejalan bagi ketumbit yang lain juga mernagkumi mangsa dapat mengesam ada ketulan pada bahagaian kelopak mata sama ada atas atau bawah, keadaan bengkak pada kelopak mata, dan rasa yang sakit setempat. Kawasan yang telah dijangkiti bakteria juga akan kemerahan, dan berasa lembut. Terdapat juga kerak di pinggir kelopak mata. Mangsa juga akan merasakan matanya terbakar, lengtok, iritasi, dan rasa kegatalan pada bebola mata. Magsa juga akan mengalami penglihatan kabur, di samping kepekaan tehadap cahaya, ketidakselesaan semasa kelip mata dan merasakan ada benda asing di mata.[9][10][11]

Punca-punca[sunting | sunting sumber]

Ketumbit atau tumbel disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bakteria spesies Staphylococcus aureus merupakan penyumbang besar dalam penyakit ketumbit dengan 95 peratus dalam kes perubatan.[12] Jangkitan ini boleh membawa kepada penyekatan kelenjar minyak di pangkal bulu mata. Ketumbit boleh dijangkiti oleh semua peringkat umur. Ketumbit boleh dicetuskan oleh pemakanan yang tidak sihat, kekurangan tidur, tidak menjaga kesihatan, kekurangan air, dan tabiat menggosok mata. Ketumbit boleh menjadi sekunder kepada blefaritis atau kekurangan imunoglobulin.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hordeolum (Stye)". PubMed Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017. Dicapai pada 14 October 2016.
  2. ^ Ferri, Fred F. (2016). Ferri's Clinical Advisor 2017: 5 Books in 1 (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 1219. ISBN 9780323448383. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-18.
  3. ^ a b c d Lindsley K, Nichols JJ, Dickersin K (2017). "Non-surgical interventions for acute internal hordeolum". Cochrane Database Syst Rev. 1 (1): CD007742. doi:10.1002/14651858.CD007742.pub4. PMC 5370090. PMID 28068454.
  4. ^ a b "Eyelid Disorders Chalazion & Stye". NEI. 4 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2016. Dicapai pada 14 October 2016.
  5. ^ a b Carlisle, RT; Digiovanni, J (15 July 2015). "Differential Diagnosis of the Swollen Red Eyelid". American Family Physician. 92 (2): 106–12. PMID 26176369.
  6. ^ a b Deibel, JP; Cowling, K (May 2013). "Ocular inflammation and infection". Emergency Medicine Clinics of North America. 31 (2): 387–97. doi:10.1016/j.emc.2013.01.006. PMID 23601478.
  7. ^ "Carian "stye"". Istilah MABBIM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  8. ^ "Carian "sty"". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  9. ^ "What are the signs and symptoms of a sty?". Medicinenet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-07. Dicapai pada 2010-04-06.
  10. ^ "Stye Symptoms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-06. Dicapai pada 2010-04-06.
  11. ^ "Symptoms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-07. Dicapai pada 2010-04-06.
  12. ^ Willmann, D.; Guier, C. P.; Patel, B. C.; Melanson, S. W. (2021). "Stye". NIH - StatPearls - Stye. StatPearls. PMID 29083787.
  13. ^ Tamparo, Carol; Lewis, Marcia (2011). Diseases of the Human Body. Philadelphia, PA: F.A Davis Company. m/s. 504. ISBN 978-0-8036-2505-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]