Kampung Belah Dua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Belah Dua
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°22′51″N 100°25′08″E / 5.3808997°N 100.419027°E / 5.3808997; 100.419027
Negara Malaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Tengah

Kampung Belah Dua ialah sebuah kampung yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Jalan Permatang Pauh menghubungkan Kampung Belah Dua. Majoriti penduduknya adalah berketurunan Melayu. Sejarah asal nama kampung ini di percayai apabila sebuah jalan raya baru yang hendak di bina iaitu Jalan Permatang Pauh. Akibat daripada itu,rumah penduduk perlu di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinanan jalanraya ini ketika era zaman British. Kampung Belah Dua terbentuk menjadi empat buah pulau yang di kelilingi sawah padi di sekitarnya. Dengan demikian geofizikal Kampung ini terbelah dua akibat pembinaan jalan raya & membentuk empat buah pulau,penduduk sepakat untuk menamakan Kampung Belah Dua. Pekerjaan penduduk ketika itu ialah bercucuk tanam mengusahakan sawah padi yang menjadi teras ekonomi sara diri.

Ada juga sumber mengatakan Kampung ini dibuka oleh seorang pahlawan dari Kedah yang bernama Panglima Awang Kedah. Asal usul Panglima Awang adalah berasal dari Langkawi, Kedah. Perang Kedah-Siam ketika abad ke-19 telah tercetus ketika itu. Penghijrahan Panglima Awang dari Langkawi adalah untuk mendapatkan perlindungan di Seberang Prai yang ketika itu di bawah jajahan British. Kerajaan Siam ketika itu menjadi kuat di mana negeri Perlis, Kedah menjadi naungan kerajaan Siam. Perang Kedah Siam berlarutan beberapa tahun menyebabkan berlaku pemberontakkan rakyat Kedah menentang Kerajaan Siam.

Panglima Awang bersama-sama beberapa sahabatnya melarikan diri ke Seberang Prai, dan berlindung di sebuah kampung yang kemudiannya di berikan nama Kampung Belah Dua. Panglima Awang meninggalkan anak serta isterinya di kampung tersebut. Beliau telah kembali ke Kuala Nerang untuk berperang dengan Siam.

Kini Kampung Belah Dua meneraju arus pemodenan dengan wujudnya peluang pekerjaan di sekitarnya.Banyak Taman perumahan yang berdekatan seperti Bandar Perda,Taman Pauh Indah, Taman Pauh Jaya, Taman Pauh Damai, Taman Haji Muhammad Amin,Taman Bunga Raya,Taman Desa Pauh.Kampung -kampung yang berdekatan ialah Kampung Pertamqa,Kampung Besar,Kampung Masjid Timah, Kampung Tok Ebot(Kampung ini telah tiada kerana telah di robohkan untuk membina penempatan baru yang di kenali sebagai Taman Pauh Indah). Kampung Belah Dua berdekatan dengan Pusat Pengajian Tinggi IPTA iaitu Politeknik Seberang Perai , Universiti Teknologi Mara , Institut Kemahiran Belia Mara dan Kolej Komuniti.