Kapu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi menggambarkan kaum lelaki dan perempuan Hawaii sedang makan bersama tidak lama setelah kapu dihapuskan.

Kapu adalah adat istiadat diamalkan orang-orang Hawaii kuno yang mengatur gaya hidup, peranan gender, politik dan agama dalam kalangan masyarakat peribumi Hawaii meliputi pantang larang tertentu. Pelanggaran pantang sebegini seringkali berkaitan dengan hal-hal fizikal, tetapi ada pula yang dianggap sebagai ancaman terhadap kekuatan spiritual atau mana. Kapu ditegakkan tanpa memandang bulu, bahkan orang yang melanggar kapu (bahkan yang tidak disengaja) dapat dihukum bunuh (Koʻo kapu).[1]

Konsep ini terkait dengan tapu/tabu dalam budaya-budaya Polinesia lainnya.

Ciri-ciri utama[sunting | sunting sumber]

Kapuhili - pantang larang menghadap orang berkuasa[sunting | sunting sumber]

Pantang larang ini tidak sahaja ditetapkan kepada perjumpaan dengan raja tetapi juga mana-mana orang yang dilihat memunyao kekuasaan rohani yang tinggi atau "mana". Orang kebanyakan dilarang memasuki kawasan persendirian seseorang pembesar (kapu kū mamao), bersentuhan dengan rambut atau kukunya, memandangnya terus mahupun lebih tinggi darinya.

ʻAi kapu - pengasingan mengikut jantina[sunting | sunting sumber]

Pantang larang ini melibatkan jantina[2] di mana kedua-dua lelaki dan perempuan dilarang makan bersama-sama, malah kaum perempuan dilarang sama sekali memakan atau menyentuh jenis makanan tertentu seperti daging babi (dianggap jelmaan dewa Lono), banyak jenis pisang (dianggap jelmaan dewa Kanaloa) dan kelapa (dianggap jelmaan dewa ). Keladi talas (dikatakan jelmaan Kāne) walaupun tidak dilarang pemakanan oleh kaum wanita masih kekang pembuatannya kepada kaum sama. Pelarangan meluas begini memaksa banyak orang bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber utama penduduk Hawaii.[3]

Banyak pembesar aliʻi mempergunakan pantang ini untuk memperoleh kekuasaan mereka dalam kalangan orang ramai.

Pemansuhan[sunting | sunting sumber]

Sistem ini berlaku di Hawaii hingga tahun 1819 saat Raja Kamehameha II bersama dengan ibundanya Keopuolani dan ibunda tirinya Ka'ahumanu menghapuskan sistem ini dengan secara simbolis memakan bersama makanan-makanan terlarang dengan perempuan-perempuan istana. Penghapusan sistem ini memastikan kekuasaan politik Dinasti Kamehameha karena membatasi kekuasaan para penguasa di bawahnya (pada awalnya, penguasa-penguasa pulau dapat memperoleh peringkat, kekuasaan dan martabat lewat sistem politik ini).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.islands.com/article.jsp?ID=47759&typeID=122&categoryID=0[pautan mati kekal]
  2. ^ Realms: Wao Lani – Ku Hawai'i Alive website[pautan mati kekal] Retrieved on 09 November 2012.
  3. ^ "Oral History Project – Dr. Isabella Abbott". An Oral History Project – Dr. Isabella Abbott. Dicapai pada 1 December 2011.
  4. ^ Kāwika Tengan, Ty P. Native Men Remade: Gender and Nation in Contemporary Hawai'i (North Carolina: Duke University Press, 2008), 36