Kat Dennings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kat Dennings
Kat Dennings Thor 2 cropped.png
Dennings ketika pembukaan Thor: The Dark World, Oktober 2013
Kelahiran Katherine Litwack
13 Jun 1986 (29 tahun)
Bryn Mawr, Pennsylvania, A.S.
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2000–sekarang
Laman web
katdennings.com

Katherine Litwack[1] (lahir Jun 13, 1986),[2] dikenali sebagai Kat Dennings ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Bermula dengan watak dalam sebuah episod siri komedi HBO, Sex and the City, Dennings sejak itu telah muncul dalam filem The 40-Year-Old Virgin, Big Momma's House 2, Charlie Bartlett, Raise Your Voice, The House Bunny, Defendor, Nick and Norah's Infinite Playlist, Thor dan Thor: The Dark World. Sejak tahun 2011, beliau membintangi bersama Beth Behrs dalam sitkom CBS, 2 Broke Girls.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dennings dilahirkan dan dibesarkan di Bryn Mawr, Pennsylvania.[1][3] Ibu beliau, Ellen Judith Litwack ialah seorang penyair dan ahli terapi pertuturan,[4][5] dan bapa beliau, Gerald J. Litwack ialah seorang ahli farmakologi molekul, profesor dan pengerusi kolej. Dennings ialah anak bongsu daripada lima adik beradik termasuk seorang abang, Geoffrey S. Litwack.[1][6] Keluarga beliau berketurunan Yahudi.[6][7]

Dennings bersekolah di rumah; satu-satunya sekolah yang hadir di sekolah tradisional adalah di Friends' Central School.[1] Beliau menamatkan pengajian daripada sekolah tinggi ketika berumur 14 tahun.[8] Beliau berpindah bersama keluargannya ke Los Angeles, California supaya beliau boleh berlakon sepenuh masa. Beliau menggunakan nama "Dennings" sebagai nama profesionalnya ketika beliau masih muda.[2]

Karier[sunting | sunting sumber]

Dennings memulakan kariernya dalam iklan komersial ketika berumur 10 tahun.[1] Kerja pertama lakonannya adalah untuk iklan kerepek kentang.[8] Dennings membuat penampilan profesional pertamanya dalam siri HBO, Sex and the City pada tahun 2000 dalam episod "Hot Child in the City".[2][9] Beliau kemudiannya membintangi sitkom WB, Raising Dad dari tahun 2001 sehingga 2002 sebagai Sarah. Pada tahun 2002, Dennings muncul dalam filem Disney Channel, The Scream Team.

Dennings terus bekerja dalam televisyen, membintangi sebagai tetamu dalam Without a Trace dan dalam Less than Perfect pada tahun 2003. Dennings mempunyai peranan berulang dalam ER dari tahun 2005 sehingga 2006 sebagai Zoe Butler dan membintangi sebagai tetamu dalam CSI: NY sebagai Sarah Endecott dalam episod 2005, "Manhattan Manhunt".

Dennings membuat penampilan filem pertamanya dalam Raise Your Voice pada tahun 2004 sebagai Sloane.[10] Pada tahun 2005, beliau mendapat watak sokongan dalam The 40-Year-Old Virgin dan dalam Down in the Valley.[8] Beliau melakonkan watak remaja dalam filem 2006, Big Momma's House 2, dibintangi Martin Lawrence.[11]

Dennings di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008

Dennings membintangi filem Charlie Bartlett pada tahun 2008. Beliau melakonkan watak Susan Gardner. Dennings muncul dalam The House Bunny tahun itu sebagai Mona.[12] Beliau juga membintangi filem romatik remaja, Nick and Norah's Infinite Playlist, bersama Michael Cera. Dennings melakonkan watak Norah Silverberg dan dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik International Press Academy Satellite Award.[13]

Pada tahun 2009, Dennings muncul dalam The Answer Man. Beliau juga membintangi filem Shorts tahun itu.[14] Beliau melakonkan watak Stacey Thompson.[15] Dennings dan bintang meningkat naik telah dipaparkan dalam Vanity Fair Ogos 2009.[16]

Dennings muncul dalam filem superhero, Defendor pada tahun 2009 dibintangi Woody Harrelson dan Sandra Oh, melakonkan watak pelacur.[17][18] Pada tahun berikutnya, beliau membintangi filem bebas, Daydream Nation.[19] Pada bulan Mei 2010, Dennings muncul dalam video muzik untuk "40 Dogs (Like Romeo and Juliet)", sebuah lagu oleh Bob Schneider.

Dennings merupakan sebahagian daripada barisan pelakon filem Marvel Studios, Thor, ditayangkan pada bulan Mei 2011 dan diarahkan oleh Kenneth Branagh. Beliau melakonkan watak Darcy Lewis.[20]

Dennings mula membintangi 2 Broke Girls pada tahun 2011, sebuah sitkom CBS ditulis dan dihasilkan oleh Michael Patrick King dan Whitney Cummings. Pada Mac 12, 2015, CBS menyambung siri itu untuk musim kelima.[21]

Dennings membintangi Day One (pada asalnya bertajuk Renee) pada tahun 2012 bersama Chad Michael Murray dan Rupert Friend. Beliau melakonkan watak Renee Yohe. Pada pertengahan tahun 2012, Dennings menjalani pengambaran filem bebas, Suburban Gothic, melakonkan watak seorang pelayan bar di pekan kecil.[22]

Dennings memperkenalkan The Black Keys di Anugerah Grammy ke-55 pada Februari 10, 2013.[23] Beliau muncul dalam video muzik Hanson untuk lagu "Get the Girl Back", bersama-sama Nikki Reed. Pada tahun 2013, Dennings menyambung watak Darcy Lewis dalam Thor: The Dark World.[24] Beliau menjalani pengambaran filem itu dan 2 Broke Girls pada masa yang sama, terbang ke London untuk menjalani pengambaran selama enam bulan diantara masa rehat sitkom CBSnya.[25]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dari bulan Disember 2011 sehingga Jun 2014, Dennings mempunyai hubungan dengan pelakon, Nick Zano.[26][27]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Dennings at the showing of Daydream Nation at the Ryerson Theatre in 2010
Filem
Tahun Tajuk Watak Nota
2002 Scream Team, TheThe Scream Team Claire Carlyle Filem televisyen
2004 Raise Your Voice Sloane
2005 Down in the Valley April
2005 40-Year-Old Virgin, TheThe 40-Year-Old Virgin Marla Piedmont
2005 London Lilly
2006 Big Momma's House 2 Molly Fuller
2007 Charlie Bartlett Susan Gardner
2008 House Bunny, TheThe House Bunny Mona
2008 Nick and Norah's Infinite Playlist Norah Silverberg
2009 Answer Man, TheThe Answer Man Dahlia
2009 Shorts Stacey Thompson
2009 Defendor Katerina "Kat" Debrofkowitz/Angel
2010 Daydream Nation Caroline Wexler
2011 Thor Darcy Lewis
2013 Thor: The Dark World Darcy Lewis
2014 Suburban Gothic Becca
2015 To Write Love on Her Arms Renee Yohe
Dennings bersama Beth Behrs di 38th People's Choice Awards pada bulan Januari 2012
Televisyen
Tahun Tajuk Watak Nota
2000 Sex and the City Jenny Brier Episod: "Hot Child in the City"
2001–02 Raising Dad Sarah Stewart Watak utama; 22 episod
2003 Without a Trace Jennifer Norton Episod: "Sons and Daughters"
2003 Less than Perfect Kaitlin Episod: "The Girl Next Door"
2004 CSI: Crime Scene Investigation Missy Wilson Episod: "Early Rollout"
2005 Clubhouse Angela Episod: "Stealing Home"
2005–06 ER Zoe Butler 5 episod
2005 CSI: NY Sarah Endecott Episod: "Manhattan Manhunt"
2009 American Dad! Tanqueray (suara) Episod: "G-String Circus"
2010 American Dad! Female juror (suara) Episod: "The People vs. Martin Sugar"
2011–sekarang 2 Broke Girls Max Black Watak utama
2012 Robot Chicken Pelbagai suara Episod: "Executed by the State"
2014 40th People's Choice Awards Dirinya sendiri Hos
2014 Newsroom, TheThe Newsroom Blair Lansing Episod: "Run"
2015 RuPaul's Drag Race Dirinya sendiri Guest judge; episod: "ShakesQueer"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Result
2008 Satellite Award Best Actress – Motion Picture Drama Nick and Norah's Infinite Playlist Dicalonkan
2009 MTV Movie Award Breakthrough Performance – Female Nick and Norah's Infinite Playlist Dicalonkan
2009 Teen Choice Award Choice Movie Actress: Music/Dance Nick and Norah's Infinite Playlist Dicalonkan
2014 People's Choice Award Favorite TV Gal Pals (with Beth Behrs) 2 Broke Girls Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Rys, Richard (September 24, 2008). "Exit Interview: Kat Dennings". Philadelphia. Metrocorp. Diperoleh pada November 17, 2014. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Gross, Dan (February 18, 2008). "Dan Gross: 'Charlie Bartlett' co-star Kat Dennings fond of Philly roots". Philadelphia Daily News. Diarkibkan daripada asal pada March 8, 2008. Diperoleh pada August 12, 2008. 
  3. Leiren-Young, Mark (April 8, 2011). "Daydream Nation director Michael Goldbach emerges from Don McKellar's shadow". The Georgia Straight. Diperoleh pada November 17, 2014. 
  4. Abcairn, Robin (August 26, 2006). "Swag!". Los Angeles Times. Tribune Media. Diperoleh pada August 12, 2008. 
  5. "Charlie Bartlett – Kat Dennings interview". IndieLondon. Diperoleh pada October 4, 2008. 
  6. 6.0 6.1 Klein, Amy (October 29, 2008). "‘Nick and Norah’ star Kat Dennings is infinitely Jewish, in her own way". The Jewish Journal of Greater Los Angeles. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  7. Elkin, Michael (July 19, 2001). "Kid Kat: A local suburban teen plans on 'Raising Dad'". The Jewish Exponent. 
  8. 8.0 8.1 8.2 Maher, Kevin (January 29, 2009). "Kat Dennings offers directors a touch of va-va-voom". The Times. Diarkibkan daripada asal pada June 15, 2011. Diperoleh pada January 29, 2009. 
  9. "It's Evening in America". Vanity Fair: 153. May 2012. 
  10. Gates, Anita (October 8, 2004). "Lost Your Voice? Head West Young Woman". The New York Times. Diperoleh pada December 22, 2014. 
  11. Lemire, Christy (January 25, 2006). "'Big Momma's House 2' is a one-joke movie". Today. NBCNews.com. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  12. "No 'Bunny' knows funny". Sun News. cleveland.com. August 21, 2008. Diperoleh pada June 18, 2010. 
  13. "Satellite nod for Ricky Gervais". Metro. DMG Media. December 1, 2008. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  14. Miller, Jenni (2008). "Exclusive Interview: 'Nick and Norah' Star Kat Dennings". Premiere. Hachette Filipacchi Media U.S. Diarkibkan daripada asal pada September 18, 2008. Diperoleh pada June 23, 2011. 
  15. Gire, Dann (August 20, 2009). "Subversive comedy 'Shorts' long on imagination". Daily Herald. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  16. "Ain't We Got Style?". Vanity Fair. Condé Nast. August 2009. Diperoleh pada June 18, 2010. 
  17. Kilday, Gregg (October 3, 2008). "Kat Dennings negotiating to play 'Defendor'". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  18. Debruge, Peter (October 24, 2008). "Kat Dennings – 10 Actors to Watch". Variety. Penske Media Corporation. Diperoleh pada October 28, 2008. 
  19. Gallagher, Brian (April 7, 2010). "EXCLUSIVE: Kat Dennings Speaks Out on 'Thor', 'Daydream Nation' and Her Possible Directorial Debut". MovieWeb. Diperoleh pada December 22, 2014. 
  20. McNary, Dave (November 24, 2009). "Kat Dennings joins 'Thor' cast". Variety. Penske Media Corporation. Diperoleh pada November 25, 2009. 
  21. Rawden, Jessica (March 13, 2015). "2 Broke Girls Is Renewed By CBS". Cinema Blend. 
  22. Kaufman, Amy (November 5, 2013). "With 'Thor: The Dark World,' Kat Dennings hammers out a new phase". Los Angeles Times. Tribune Media. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  23. Braiker, Brian; Keller, Emma G (February 10, 2013). "The Grammys 2013 – as it happened". The Guardian. Diperoleh pada December 21, 2014. 
  24. Patten, Dominic (August 21, 2012). "'2 Broke Girls' Kat Dennings Back In 'Thor 2'". Deadline.com. Penske Media Corporation. Diperoleh pada December 22, 2012. 
  25. Sacks, Ethan (November 6, 2013). "'Thor: The Dark World' star Kat Dennings endured own hero's journey to make film". New York Daily News. Diperoleh pada November 8, 2013. 
  26. Jessica Radloff (September 24, 2012). "2 Broke Girls' Kat Dennings Opens Up About Cupcakes, the Co-Star She's Dating, and Her Trademark Red Lipstick!". Glamour. Diperoleh pada March 30, 2015. 
  27. Zach Johnson (October 13, 2014). "Kat Dennings and Josh Groban Are Dating!". E!. Diperoleh pada March 30, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]