Kejohanan Dunia BWF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kejohanan Dunia BWF
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Kejohanan Dunia BWF 2023
SukanBadminton
Ditubuhkan1977; 47 tahun yang lalu (1977)
NegaraNegara ahli BWF
Logo rasmi sehingga 2006

Kejohanan Dunia BWF (pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia IBF, juga dikenali sebagai Kejohanan Badminton Dunia bahasa Inggeris: BWF World Championships) merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan takhta pemain badminton terbaik di dunia.

Kejohanan bermula pada 1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Walau bagaimanapun, IBF menghadapi kesukaran untuk menganjurkan disebabkan dua acara pertama yang mana Persekutuan Badminton Dunia (yang mana kemudian digabungkan dengan IBF untuk membentuk satu persekutuan badminton) menganjurkan kejohanan sama pada satu-satu tahun selepas Kejohanan Dunia IBF yang mana kedua-duanya memiliki matlamat yang sama.

Bermula 1985, kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun sehingga 2005. Bermula 2006, kejohanan ini diubah kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang mana matlamatnya mahu memberikan peluang kepada ramai pemain untuk dikurniakan gelaran "Juara Dunia".

Walaupun demikian, kejohanan ini tidak akan diadakan setiap empat tahun bagi memberi laluan kepada penganjuran temasya Sukan Olimpik.

Lokasi penganjuran Kejohanan Dunia[sunting | sunting sumber]

Senarai di bawah memaparkan semua tuan rumah dan negara yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan Dunia. Ini termasuk New Delhi dan Paris yang bakal menganjurkan kejohanan ini.

Nombor yang diletakkan berkaitan berapa kali bandar raya/negara pernah menganjurkan kejohanan ini. Dari 1989 hingga 2001, kejohanan dunia ini diadakan sejurus selepas Piala Sudirman di lokasi yang sama.

Tahun No. Tuan rumah Negara
1977 I Malmö (1)  Sweden (1)
1980 II Jakarta (1)  Indonesia (1)
1983 III Copenhagen (1)  Denmark (1)
1985 IV Calgary (1)  Kanada (1)
1987 V Beijing (1)  Republik Rakyat China (1)
1989 VI Jakarta (2)  Indonesia (2)
1991 VII Copenhagen (2)  Denmark (2)
1993 VIII Birmingham (1)  England (1)
1995 IX Lausanne (1)   Switzerland (1)
1997 X Glasgow (1)  Scotland (1)
Tahun No. Tuan rumah Negara
1999 XI Copenhagen (3)  Denmark (3)
2001 XII Seville (1)  Sepanyol (1)
2003 XIII Birmingham (2)  England (2)
2005 XIV Anaheim (1)  Amerika Syarikat (1)
2006 XV Madrid (1)  Sepanyol (2)
2007 XVI Kuala Lumpur (1)  Malaysia (1)
2009 XVII New Delhi (1)  India (1)
2010 XVIII Paris (1)  Perancis (1)
2011 XIX London (1)  England (3)
2013 XX Guangzhou (1)  Republik Rakyat China (2)
2014 XXI Copenhagen (4)  Denmark (4)
2015 XXII Jakarta (3)  Indonesia (3)
2017 XXIII Glasgow (2)  Scotland (2)
2018 XXIV Nanjing (1)  Republik Rakyat China (3)
2019 XXV Basel (1)   Switzerland (2)
2021 XXVI Huelva (1)  Sepanyol (3)
2022 XXVII Tokyo (1)  Jepun (1)
2023 XXVIII Copenhagen (5)  Denmark (5)
2025 XXIX Paris (2)  Perancis (2)
2026 XXX  India (2)

Kejuaraan yang lalu[sunting | sunting sumber]

Peta menunjukkan negara yang mana ia sekurang-kurangnya merangkul pingat gangsa bagi kejohanan ini

Setakat ini, hanya 21 negara telah mencapai sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam kejohanan itu: Sebelas di Asia, Lapan di Eropah, satu di Amerika Utara dan satu di Oceania. Afrika adalah satu-satunya konfederasi yang tidak memenangi pingat.

Pada usia 18 tahun, Ratchanok Intanon menjadi pemenang termuda gelaran perseorangan di Kejohanan.[1] Ratchanok kurang 3 bulan lebih tua daripada Jang Hye-ock ketika dia memenangi gelaran beregu wanita di Kejohanan 1995.[2]

Pemain dan pasukan nasional yang berjaya[sunting | sunting sumber]

Pemain yang berjaya[sunting | sunting sumber]

Beberapa pemain yang memenangi pingat emas dalam lebih daripada satu kategori bagi penerimaan solo dalam Kejohanan Dunia, ini termasuk

  • Denmark Lene Køppen, 1977, beregu campuran dan perseorangan wanita
  • Indonesia Christian Hadinata, 1980, beregu lelaki dan beregu campuran
  • Korea Selatan Park Joo-bong, 1985, beregu lelaki dan beregu campuran, 1991, perseorangan lelaki dan beregu campuran
  • Republik Rakyat China Han Aiping, 1985, perseorangan wanita dan beregu wanita
  • Republik Rakyat China Ge Fei, 1997, beregu wanita dan beregu campuran
  • Korea Selatan Kim Dong-moon, 1999, beregu lelaki dan beregu campuran
  • Republik Rakyat China Gao Ling, 2001, beregu wanita dan beregu campuran
  • Republik Rakyat China Zhao Yunlei, 2014 & 2015, beregu wanita dan beregu campuran
  • Korea Selatan Seo Seung-jae, 2023, beregu lelaki dan beregu campuran

Dari 1977 hingga 2001, pingat ini biasanya didominasi penuh oleh lima negara seperti China, Korea, Denmark, Indonesia, Malaysia. Walau bagaimanapun, pada 2003, juara termasuk tujuh negara dan pada 2005 papan pungutan pingat mengandungi rekod tertinggi iaitu sepuluh negara.

Tony Gunawan juga memiliki kemenangan pingat emas berganda dalam acara beregu lelaki, mewakili dua negara berbeza, 2001; digandingkan dengan Halim Haryanto dari Indonesia dan pada 2005; digandingkan dengan Howard Bach untuk membolehkan Amerika Syarikat mengumpul pingat pertama bagi kejohanan ini.

Edisi 2005 memperlihatkan muka baru dalam acara beregu campuran yang mana ia sering didominasi oleh China dan Korea sejak 1997. Dengan penarikan diri juara bertahan dan juara dua kali Kim Dong-moon/Ra Kyung-min (Korea), Nova Widianto/Lilyana Natsir memenangi pingat emas pertama dalam acara beregu campuran buat Indonesia sejak 1980 yang mana Christian Hadinata/Imelda Wijuno memenangi acara itu kali terakhir buat Indonesia sebelum itu.

Berikut merupakan senara pemain paling berjaya yang memiliki 3 pingat emas.[3]

Ked. Pemain MS WS MD WD XD Jumlah
1 Republik Rakyat China Lin Dan 5 5
Republik Rakyat China Zhao Yunlei 2 3 5
Korea Selatan Park Joo-bong 2 3 5
4 Republik Rakyat China Cai Yun 4 4
Republik Rakyat China Chen Qingchen 4 4
Republik Rakyat China Fu Haifeng 4 4
Republik Rakyat China Gao Ling 3 1 4
Republik Rakyat China Jia Yifan 4 4
Republik Rakyat China Zhang Nan 1 3 4
Indonesia Liliyana Natsir 4 4
Indonesia Hendra Setiawan 4 4
12 Republik Rakyat China Ge Fei 2 1 3
Republik Rakyat China Guan Weizhen 3 3
Republik Rakyat China Han Aiping 2 1 3
Republik Rakyat China Huang Sui 3 3
Republik Rakyat China Huang Yaqiong 3 3
Republik Rakyat China Li Lingwei 2 1 3
Republik Rakyat China Lin Ying 3 3
Republik Rakyat China Yu Yang 3 3
Republik Rakyat China Zheng Siwei 3 3
Indonesia Mohammad Ahsan 3 3
Korea Selatan Kim Dong-moon 1 2 3
Sepanyol Carolina Marín 3 3

Di bawah ialah senarai pemain yang paling berjaya dalam setiap kategori (disenaraikan mengikut gelaran terakhir mereka):

Kategori Pemain Jumlah Tahun
MS Republik Rakyat China Lin Dan 5 2006, 2007, 2009, 2011, 2013
WS Sepanyol Carolina Marín 3 2014, 2015, 2018
MD Republik Rakyat China Cai Yun 4 2006, 2009, 2010, 2011 (bersama Fu Haifeng)
Republik Rakyat China Fu Haifeng 4 2006, 2009, 2010, 2011 (bersama Cai Yun)
Indonesia Hendra Setiawan 4 2007 (with Markis Kido), 2013, 2015, 2019 (bersama Mohammad Ahsan)
WD Republik Rakyat China Chen Qingchen 4 2017, 2021, 2022, 2023 (bersama Jia Yifan)
Republik Rakyat China Jia Yifan 4 2017, 2021, 2022, 2023 (bersama Chen Qingchen)
XD Indonesia Liliyana Natsir 4 2005, 2007 (with Nova Widianto), 2013, 2017 (bersama Tontowi Ahmad)

MS: Perseorangan lelaki; WS: Perseorangan wanita; MD: Beregu lelaki; WD: Beregu wanita; XD: Beregu campuran

Pasukan nasional yang berjaya[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pemenang pingat yang dipaparkan mengikut kategori dan negara selepas Kejohanan Dunia BWF 2007.

China muncul pasukan nasional paling berjaya dalam Kejohan Dunia sejak diperkenalkan pada 1977. China menjadi satu-satunya negara yang menyapu bersih pingat emas bagi kesemua kategori pada 1987 di Beijing. Mereka diikuti rapat oleh Indonesia dan Korea Selatan dengan Denmark mengetuai negara Eropah dalam senarai kejuaraan.

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  China 2 3 5 4 3 1 1 3 21 3 3 22 4 3 4 5 5 23 3 3 2 24 1 1 2 1 70
2  Indonesia 1 4 1 3 2 1 2 22 2 23 1 1 1 23
3  Korea Selatan 2 1 2 1 21 1 1 3 13
4  Denmark 3 1 0.5 1 1 1 1 1 1 1 11.5
5  Jepun 1 1 24 2 2 1 9
6  Sepanyol 1 1 1 3
 Thailand 1 1 1 3
8  England 1 0.5 1 2.5
9  India 1 1
 Malaysia 1 1
 Singapura 1 1
 Sweden 0.5 0.5 1
 Amerika Syarikat 1 1
↑1  Korea menang di atas dua pingat perak berbanding China satu dan dengan itu Korea menjadi pemenang keseluruhan.
↑2  China menang dengan kelebihan empat pingat perak berbanding Indonesia dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.
↑3  China menang di atas dua pingat perak berbanding Indonesia tiada dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.
↑4  China menang dengan kelebihan empat pingat gangsa berbanding Jepun dua dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.

Juara kejohanan setiap negara[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki[sunting | sunting sumber]

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  China X X X X X X X X X X X X X X 14
2  Indonesia X X X X X X 6
3  Denmark X X X X 4
4  Jepun X X 2
5  Singapura X 1
 Thailand X 1

Perseorangan wanita[sunting | sunting sumber]

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  China X X X X X X X X X X X X X X X 15
2  Jepun X X X 3
 Sepanyol X X X 3
4  Denmark X X 2
 Indonesia X X 2
6  India X 1
 Thailand X 1
 Korea Selatan X 1

Beregu lelaki[sunting | sunting sumber]

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  Indonesia X X X X X X X X X X 10
2  China X X X X X X X X 8
3  Korea Selatan X X X X X 5
4  Denmark X X 2
5  Jepun X 1
 Malaysia X 1
 Amerika Syarikat X 1

Beregu wanita[sunting | sunting sumber]

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  China X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X 23
2  Jepun X X X 3
3  England X 1
 Korea Selatan X 1

Beregu campuran[sunting | sunting sumber]

Ked. Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 09 10 11 13 14 15 17 18 19 21 22 23 Jumlah
1  China X X X X X X X X X X 10
2  Korea Selatan X X X X X X 6
3  Indonesia X X X X X 5
4  Denmark X / X X 3.5
5  England / X 1.5
6  Sweden \ \ 1
 Thailand X 1

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Dikemas kini selepas edisi 2023, tidak termasuk satu pingat perak terlucut dari 2014[4]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China704983202
2 Indonesia23203780
3 Korea Selatan13153361
4 Denmark11.5154167.5
5 Jepun992139
6 Thailand32510
7 Sepanyol3104
8 England2.58.51324
9 Malaysia181423
10 India14914
11 Sweden1258
12 Amerika Syarikat1001
 Singapura1001
14 Taipei Cina0369
15 Hong Kong0134
16 Belanda0112
17 Scotland00.511.5
18 Jerman0055
19 New Zealand0011
 Perancis0011
 Vietnam0011
Jumlah (21 negara)140139280559

Pembahagian pingat[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki[sunting | sunting sumber]

Sehingga edisi 2023 Disebabkan kehilangan kelayakan kerana disyaki melanggar peraturan anti-doping, pemenang pingat perak 2014 Lee Chong Wei telah dilucutkan pingatnya dan dengan itu kiraan pingat tidak bertambah.[4]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China1461434
2 Indonesia671326
3 Denmark451423
4 Jepun2114
5 Thailand1113
6 Singapura1001
7 Malaysia0426
8 India0145
 Korea Selatan0145
10 Taipei Cina0112
11 Vietnam0011
 Sweden0011
Jumlah (12 negara)282756111

Perseorangan wanita[sunting | sunting sumber]

Sehingga edisi 2023

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China15162556
2 Jepun3148
3 Sepanyol3104
4 Indonesia2259
5 Denmark2035
6 India1337
7 Korea Selatan1157
8 Thailand1012
9 Taipei Cina0224
10 England0123
11 Hong Kong0101
12 Jerman0044
13 Belanda0011
 Perancis0011
Jumlah (14 negara)282856112

Beregu lelaki[sunting | sunting sumber]

Sehingga edisi 2023

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Indonesia1061026
2 China841123
3 Korea Selatan56819
4 Denmark24713
5 Malaysia141116
6 Jepun1236
7 Amerika Syarikat1001
8 England0224
9 Sweden0022
10 Taipei Cina0011
 India0011
Jumlah (11 negara)282856112

Beregu wanita[sunting | sunting sumber]

Sehingga edisi 2023

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China23131652
2 Jepun331016
3 Korea Selatan151218
4 England1135
5 Indonesia0347
6 Denmark0178
7 Sweden0112
8 Belanda0101
9 Taipei Cina0011
 Thailand0011
 India0011
Jumlah (11 negara)282856112

Beregu campuran[sunting | sunting sumber]

Sehingga edisi 2023

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China10101737
2 Korea Selatan62412
3 Indonesia52512
4 Denmark3.551018.5
5 England1.54.5612
6 Thailand1124
7 Sweden1113
8 Jepun0235
9 Scotland00.511.5
10 Hong Kong0033
11 Taipei Cina0011
 New Zealand0011
 Jerman0011
 Malaysia0011
Jumlah (14 negara)282856112

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World champion Ratchanok Inthanon also a 'devoted' kid". The Indian Express. 12 Ogos 2013. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  2. ^ Hearn, Don (11 Ogos 2013). "WORLDS Finals – Ratchanok youngest ever singles World Champion". Badzine. Dicapai pada 16 Ogos 2013.
  3. ^ Die Individualweltmeisterschaften im Überblick Diarkibkan 2009-02-12 di Wayback Machine, Badminton.de
  4. ^ a b "Lee Chong Wei: Badminton star given eight-month ban for doping". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 27 April 2015. Dicapai pada 27 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]