Kejuruteraan alam sekitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kejuruteraan alam sekitar merupakan penggunaan ilmu sains dan kejuruteraan untuk membaiki alam sekitar, iaitu untuk menyediakan air, udara dan tanah yang bersih untuk penghabitatan manusia dan organisma lain serta pemulihan kawasan tercemar.

Kejuruteraan alam sekitar melibatkan kawalan pencemaran air dan udara, kitar semula, pelupusan buangan, isu kesihatan awam serta pengetahuan dalam undang-undang kejuruteraan alam sekitar. Bidang ini juga merangkumi kajian kesan projek pembangunan terhadap alam sekitar.

Jurutera alam sekitar mengadakan kajian dalam pengurusan buangan untuk menilai kebahayaannya, menyediakan nasihat tentang perawatan dan pengurungan serta menentukan peraturan untuk mengelakkan kecelakaan. Jurutera alam sekitar juga mereka sistem bekalan air serta perawatan air buangan, dan juga cuba menyelesaikan masalah-masalah pencemaran seperti hujan asid dan susutan lapisan ozon.