Kejuruteraan elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kejuruteraan elektronik adalah salah satu cabang kejuruteraan dari cabang kejuruteraan elektrik[1]. Komponen-komponen elektrik bukan-linear dan aktif seperti tiub elektron dan peranti semikonduktor terutamanya transistor, diod dan litar bersepadu digunakan dalam merekabentuk litar elektronik, peranti elektronik dan sistem elektronik, seringkali ia melibatkan komponen elektrik pasif dan berdasarkan papan litar bercetak(printed circuit board, PCB).[2] Di bawah cabang kejuruteraan elektronik, terbahagi kepada beberapa lagi cabang-cabang kecil seperti elektronik analog, elektronik digital, elektronik pengguna, sistem terbenam dan elektronik kuasa. Kejuruteraan elektronik banyak melibatkan pengimplementasian terhadap aplikasi, prinsip dan pembangunan algoritma dari pelbagai bidang yang berkaitan seperti fizik keadaan pepejal, kejuruteraan radio, telekomunikasi, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, kejuruteraan sistem, kejuruteraan komputer, kejuruteraan instrumen, kawalan elektrik kuasa dan robotik.[3]

Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Institute of Electrical and Electronics Engineers(IEEE) adalah sebuah badan penting yang menentukan spesifikasi piawai peralatan dan material untuk kegunaan para jurutera elektronik[4].

Hubungkait dengan Kejuruteraan Elektrik[sunting | sunting sumber]

Elektronik adalah sublapangan kepada lapangan kejuruteraan elektrik secara akademik. Istilah jurutera elektrik masih digunapakai di dalam dunia akademik untuk digolongkan bersama dengan jurutera elektronik. Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat istilah jurutera elektrik patut dikhaskan kepada ahli yang mahir dalam kuasa dan arus besar atau kejuruteraan voltan tinggi.

Sejarah Kejuruteraan Elektronik[sunting | sunting sumber]

Pekerjaan di dalam kejuruteraan elektronik bermula pada era kemajuan teknologi telegraf pada lewat kurun ke-19 serta perkembangan industri radio dan telefon pada awal kurun ke-20. Orang ramai tertarik dengan penemuan medium terbaru yang berupaya memberi dan menerima maklumat dengan lebih pantas. Kebanyakan mereka yang terlibat di dalam penyiaran pada tahun 1920-an adalah bertaraf amatur, semasa tempoh beberapa tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama.[5]

Disiplin di dalam kejuruteraan elektronik moden berkembang dari kemajuan perubahan teknologi yang berlaku pada telefon, radio dan televisyen serta pembangunan sistem elektronik yang berskala besar semasa Perang Dunia Kedua untuk digunakan dalam pembangunan radar, sonar, sistem komunikasi dan persenjataan yang canggih. Semasa tempoh perang, ilmu ini dikenali sebagai kejuruteraan radio dan sehinggalah pada lewat dekat 1950-an, baharulah ianya dikenali sebagai kejuruteraan elektronik seperti yang dikenali sekarang.[6]

Makmal-makmal kajian elektronik (seperti Bell Labs di Amerika Syarikat) ditubuhkan dan dibiayai oleh syarikat-syarikat besar dalam industri radio, televisyen dan telefon telah membuatkan banyak kemajuan dalam bidang elektronik telah berjaya dihasilkan. Pada tahun 1948, transistor telah berjaya dicipta manakala pada tahun 1960, penciptaan litar bersepadu telah banyak merevolusikan industri elektronik.[7][8]

Elektronik awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1893, Nikola Tesla telah mempertontonkan kepada khalayak buat julung kalinya akan demonstrasi komunikasi radio. Hadir sama di dalam demonstrasi berkenaan adalah wakil dari Franklin Institute di Philadelphia dan juga Persatuan Kebangsaan Lampu Elektrik.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.ieee.org/education_careers/index.html
  2. http://electricalandelectronics.org/
  3. Brett Wilson/Z. Ghassemloooy/I. Darwazeh Analogue Optical Fibre Communications, p. xvi, Institution of Electrical Engineers, 1995 ISBN 978-0852968321
  4. http://www.ieee.org/index.html
  5. Erik Barnouw A Tower in Babel, p. 28, Oxford University Press US, 1966 ISBN 978-0195004748
  6. Radio Engineering Principles
  7. Daniel Todd The World Electronics Industry, p. 55, Taylor & Francis, 1990 ISBN 978-0415024976
  8. Silicon Destiny
  9. Proceedings of the Institute of Radio Engineers p. 274