Keluaran bersama
Keluaran bersama ialah pengeluaran setem atau produk filateli oleh dua atau lebih negara yang berkaitan dengan topik, peristiwa atau tokoh yang sama. Keluaran bersama pada kebiasaannya dilancarkan pada tarikh sama dan mempunyai reka bentuk yang serupa, kecuali pada nama negara pengeluar dan nilai.
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Bermula tahun 2002, Pos Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengeluarkan setem keluaran bersama.
Tahun | Pihak pengeluar | Tema | Gambar yang dipamerkan | Tarikh pelancaran |
---|---|---|---|---|
2002 | Republik Rakyat China | Bunga nadir | Bunga peluru meriam dan camellia nitidissima | 5 Februari 2002 |
2002 | Singapura | Burung tropika | Belatok gajah, dendang selayang, kelicap pinang dan dendang gajah | 27 Jun 2002 |
2007 | Brunei | Hidupan laut yang unik | Taenianotus triacanthus, jebung kelar jingga, nautilus pompilius dan ostracion meleagris | 6 Februari 2007 |
2007 | Brunei | Ulang tahun ke-40 ASEAN | Menampilkan 10 bangunan daripada setiap negara ahli:
Bangunan Sekretariat (Brunei), Muzium Negara Kemboja, Muzium Fatahillah (Indonesia), Rumah Tipikal Lao, Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Pejabat Pos Yangon, Istana Malacañang, Muzium Negara Singapura, Rumah Vimanmek (Thailand) dan Istana Presiden (Vietnam) |
8 Ogos 2007 |
2010 | Korea Selatan | Ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Korea | Harimau Siberia dan harimau Malaya | 23 Februari 2010 |
2011 | Indonesia | Keluaran bersama | Tugu Negara, Tugu Proklamasi, matawang pertama Malaysia selepas merdeka, setem pertama Malaysia selepas merdeka, setem tentera Surakarta, matawang Oeang Republik Indonesia, ayam hutan merah dan ayam hutan hijau | 8 Ogos 2011 |
2014 | Hong Kong | Makanan tempatan | Nasi lemak, sate, poon choi dan egg waffle | 9 Oktober 2014 |
2015 | Thailand | Haiwan marin | Ubur-ubur putih (Phyllorhiza punctata), nudibrankia (Hypselodoris bullockii), udang harlekuin ( hymenocera picta) dan ketam batu karang (trapezia areolata)[1] | 8 Jun 2015 |
2015 | Brunei | Komuniti ASEAN | Bendera-bendera negara ASEAN yang disatukan untuk membentuk sekuntum bunga berkelopak lima mengelilingi logo dan moto ASEAN.
Di bawahnya, tangan bersalaman bermaksud keamanan persahabatan dan perpaduan. Sepasang burung merpati di latar belakang sebagai lambang kewujudan bersama yang damai di kawasan serantau. Gumpalan padi yang berwarna keemasan di bawah setem mewakili identiti bersama komuniti tani.[2] |
8 Ogos 2015 |
2024 | Republik Rakyat China | Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China | Pokok pain dan pokok merbau | 31 Mei 2024 |
2024 | Singapura | Ulang Tahun ke-100 Tambak Johor | Pemandangan Tambak Johor pada masa dahulu dan kini dari Malaysia dan Singapura. | 28 Jun 2024 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pos Malaysia, Thailand Post lancar setem bersama". Berita Harian. 2015-06-06. Dicapai pada 2024-04-20.
- ^ "Setem sempena Keluaran Bersama Komuniti ASEAN..." Pelita Brunei. 2015-08-04. Dicapai pada 2024-04-20.