Kelumpang jari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelumpang jari
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Sterculia
Spesies:
S. foetida
Nama binomial
Sterculia foetida
Sinonim[1]
  • Clompanus foetida (L.) Kuntze
  • Clompanus foetidus (L.) Kuntze
  • Sterculia mexicana var. guianensis Sagot

Kelumpang jari (Sterculia foetida) ialah spesies pokok berkayu lembut dalam keluarga Sterculiaceae dengan 35 meter (115 kaki) tinggi.[2] Ia berasal dari Asia tropika.

Nama genus pokok ini berdasarkan perkataan bahasa Latin, stercus, yang bermaksud "baja asli", dan merujuk kepada bau bunga dan daun sesetengah spesies. Bau kelumpang jari yang tidak menyenangkan ditegaskan lagi dalam nama spesiesnya, foetida, yang bermaksud "busuk".

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Kelumpang jari ini pokok berdaun lebat yang besar. Batangnya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter. Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Licin dan kelabu.
  • Daun: Tumbuh berumpun pada penghujung dahan-dahan kecil, dengan bau yang tidak menyenangkan. Bentuknya seakan-akan jari, dengan 7 hingga 9 daun kecil. Daun kecil itu menirus dan berbentuk elips atau lanseolat elips (iaitu seakan-akan tombak). Panjangnya daun kecil ini antara 10-17 sentimeter. Petiolnya (tangkai daun) pendek antara 12.5-23 sentimeter.
  • Bunga: Agak besar, antara 10-15 sentimeter panjangnya. Bunga ini bercabang-cabang dalam bentuk berumpun, dan tumbuh hampir pada penghujung dahan. Warnanya hijau atau ungu muram. Bunga ini uniseks, dengan bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok-pokok yang berasingan. Kaliksnya berwarna jingga muram, dan dibahagikan kepada lima bahagian yang berpisah hampir sehingga pangkalnya. Panjang lobus kaliks 1-1.3 sentimeter. Folikelnya berwarna merah darah, 7.6-9 x 5 sentimeter, amat kukuh, dan pada dasarnya, berkayu.
  • Biji: Bilangan biji antara 10-15. Warnanya bak sabak, dengan kulit rudimen yang berwarna kuning. Bentuknya bujur, dengan panjangnya antara 1.5-1.8 sentimeter.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sterculia foetida L. — the Plant List".
  2. ^ "Sterculia Foetida" – Meet the Plants – National Tropical Botanical Garden Plant Database. Web. 08 Dis. 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]