Bunga busuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amorphophallus titanum di Kebun Botani dan Zoologi Wilhelma, Stuttgart

Bunga busuk, turut disebut bunga bangkai dan bunga mayat ialah bunga ajuk yang mengeluarkan bauan menyamai bau daging busuk. Selain daripada baunya, bunga busuk kerap memaparkan ciri-ciri tambahan yang menyumbang kepada pengajukan bangkai reput. Ini termasuk pewarnaan khasnya, keberadaan satae dan bentuk bunga yang bak lubang.

Tumbuhan yang disebut bunga bangkai[sunting | sunting sumber]

Amorphophallus[sunting | sunting sumber]

Banyak tumbuhan dalam genus Amorphophallus (keluarga Araceae) dipanggil "bunga bangkai". Salah satunya bunga bangkai gergasi (Amorphophallus titanum), yang mempunyai perbungaan tanpa cabang terbesar di dunia. Berbanding hanya sekuntum bunga, bunga bangkai ini memperlihatkan perbungaan atau bunga majmuk yang terdiri daripada tongkol atau tangkai bunga jantan dan betina yang kecil dan disusutkan anatominya, dilitupi oleh seludang yang melambangkan kelopak tunggal yang besar. Tumbuhan ini mempunyai mekanisma untuk menghangatkan tongkolnya bagi meningkatkan pembebasan bau bangkai reput yang kuat untuk menarik perhatian pendebunganya iaitu kumbang pemakan bangkai dan lalat daging (keluarga Sarcophagidae). Ia sulung kali digambarkan secara saintifik pada 1878 di Sumatera.[1]

Bunga Rafflesia kerrii, di Taman Negara Khao Sok, Selatan Thailand

Rafflesia[sunting | sunting sumber]

Bunga tumbuhan dalam genus Rafflesia (keluarga Rafflesiaceae) menyamai bau daging reput. Bau ini menarik perhatian lalat yang mendebungakan tumbuhan ini. Bunga tunggal terbesar di dunia adalah R. arnoldii. Bunga aneh ini ditemukan di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Ia boleh tumbuh sampai 90 sentimeter (3 ka) lebar dan seberat 7 kilogram (15 lb). R. arnoldii ini tumbuhan parasit bagi pepanjat Tetrastigma, yang tumbuh di hutan dara. Ia tiada daun, akar dan batang tampak. Ia tidak berfotosintesis, tetapi menggunakan tumbuhan perumah untuk mendapatkan air dan nutrien.

Lalat hinggap pada bunga Orbea variegata

Stapelia[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan dalam genus Stapelia turut dipanggil "bunga bangkai". Ia tumbuhan sukulen kecil bak kaktus yang tak berduri. Kebanyakan spesiesnya tempatan dari Afrika selatan, dan malah ditanam sebagai tanaman berpasu. Bunga keseluruhan spesiesnya berbulu pada tingkat berlainan dan menghasilkan bau yang meniru bau daging reput. Ini menarik perhatian lalat penghapus sisa untuk pendebungaan. Bunga pada sesetengah spesiesnya boleh jadi sangat besar, yang ketara Stapelia gigantea boleh mencapai 30 cm (12 in) garis pusat.

Smilax atau Nemexia[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Utara, pepanjat herbaan genus Smilax (akar banar) dikenal sebagai "bunga bangkai". Tumbuhan ini mempunyai sejambak bunga kecil kehijauan. Ahli yang paling dikenal dalam kumpulan ini ialah Smilax herbacea. Tumbuhan ini kadang-kadang diletakkan dalam genus Nemexia.

Bulbophyllum[sunting | sunting sumber]

Anggerik genus Bulbophyllum mengeluarkan bunga yang berbau kuat. Bunganya mengeluarkan aneka bau menyamai getah, kencing, darah, najis, bangkai, dan, pada sesetengah spesies, haruman buah yang wangi. Kebanyakannya didebunga oleh lalat, dan menarik perhatian gerombolan lalatnya. Bulbophyllum beccarii, Bulbophyllum fletcherianum dan Bulbophyllum phalaenopsis kembang menyamai bau macam sekawan gajah mati. Bau bunganya yang melampau dikatakan membuatkannya sukar untuk berjalan di dalam rumah hijau ketika ia sedang kembang.[2]

Bauan[sunting | sunting sumber]

Sumber bau unik bunga ini tidak dikenal pasti sepenuhnya, sebahagiannya dibuatkan oleh kepekatan sebatian yang amat rendah (5 ke 10 bahagian per bilion). Ujian biokimia pada spesies Amorphophallus mendedahkan yang dimetil sulfida yang baunya busuk, semacam dimetil disulfida dan dimetil trisulfida, dan dalam spesies lain, sebilangan kesan amina, semacam putresina dan kadaverina, telah ditemukan.[3] Metil tioasetat (yang ada bau bawang bak keju) dan asid isovalerik (bau peluh) turut menyumbangkan bau kepada bunganya. Trimetilamina pula punca adanya "bau ikan reput" pada hujung hayat bunga.[4]

Tumbuhan lain dengan bunga busuk[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Live Science
  2. ^ Illustrated Encyclopedia of Orchids ISBN 0-88192-267-6
  3. ^ Wilson, Elizabeth K. (2003-06-30). "A Fantastic Stink". Chemical & Engineering News. 81 (26): 27. doi:10.1021/cen-v081n005.p027. ISSN 0009-2347. Dicapai pada 2007-04-29.
  4. ^ "The Smelly Chemistry of the Titan Arum 'Corpse Flower'". Compound Interest (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-27. Dicapai pada 2022-05-03.