Ken Griffey Jr.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ken Griffey Jr.
Griffey bersama Seattle Mariners pada 2009
Center fielder
Dilahirkan: (1969-11-21) 21 November 1969 (umur 54)
Donora, Pennsylvania, A.S.
Pukulan: Kiri Balingan: Kiri
MLB debut
3 April, 1989, untuk Seattle Mariners
Penampilan MLB terakhir
31 Mei, 2010, untuk Seattle Mariners
Statistik MLB
Purata pukulan.284
Pukulan2,781
Home run630
RBI1,836
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2016
Undian99.3% (undian pertama)

George Kenneth Griffey Jr. (lahir 21 November 1969), digelar "Junior" dan "the Kid", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai outfielder dan bermain selama 22 tahun di Major League Baseball (MLB). Beliau telah menghabiskan kebanyakan kariernya di Seattle Mariners dan Cincinnati Reds di samping memiliki tempoh seketika bersama pasukan Chicago White Sox. Sebagai anggota Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan dan pemain All-Star sebanyak 13 kali, Griffey merupakan salah seorang pemukul home run prolifik dalam sejarah besbol; 630 pukulan home run beliau telah diletakkan sebagai kedudukan ketujuh pukulan home run terbanyak dalam sejarah MLB. Griffey juga seorang pemain bertahan yang baik dengan meraih sepuluh Anugerah Sarung Tangan Emas di posisi center field. Beliau menyamai rekod pukulan home run dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama pemain Don Mattingly dan Dale Long.[1]

Griffey telah menandatangani perjanjian menguntungkan bersama syarikat terkemuka antarabangsa seperti Nike dan Nintendo. Populariti beliau melonjak baik di MLB dan dikreditkan oleh sesetengah pihak untuk memulihkan imejnya selepas mogok pemain 1994.[2][3] Griffey merupakan antara 31 orang pemain dalam sejarah besbol yang beraksi di perlawanan MLB pada empat dekad kalendar berbeza.[4]

Berikutan kariernya, Griffey kemudian menyertai pentadbiran Mariners dengan berperanan sebagai konsultan khas.[5] Beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Mariners[6] dan Balai Kemahsyuran Reds.[7] Pada tahun 2016, beliau telah diundi ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan dengan menerima 99.32% daripada undian sekali gus memecah rekod pitcher Tom Seaver yang meraih 98.84% undian[8] dan ia sebagai rekod yang bertahan selama 24 tahun.[9]

Griffey merupakan anak kepada bekas pemain MLB, Ken Griffey Sr. dan bapa kepada bekas pemain bola sepak Amerika, Trey Griffey.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Consecutive Home Run Records by Baseball Almanac". Baseball Almanac. Diarkibkan daripada yang asal pada August 23, 2011. Dicapai pada February 16, 2011.
  2. ^ Hayek, Todd (June 3, 2010). "Ken Griffey Jr. vs. Albert Pujols? Jr. Gets the Nod". Bleacher Report (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 3, 2010.
  3. ^ "Ken Griffey Jr. and the Synthesis of Baseball". I Dream of Baseball (dalam bahasa Inggeris). February 13, 2010. Dicapai pada February 13, 2010.
  4. ^ DiComo, Anthony (January 22, 2010). "Four-decade players a rare breed: Griffey, Vizquel, Moyer set to join exclusive company". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 23, 2010. Dicapai pada January 23, 2010.
  5. ^ "Ken Griffey Jr. discusses his retirement". ESPN. March 17, 2011. Dicapai pada May 14, 2012.
  6. ^ Johns, Greg (August 10, 2013). "Emotional Griffey takes his place in Mariners history". Seattle Mariners. MLB.com. Dicapai pada August 11, 2013.
  7. ^ Koch, Bill (August 8, 2014). "Ken Griffey Jr. returns for Hall induction". The Cincinnati Enquirer. Dicapai pada January 7, 2016.
  8. ^ Bloom, Barry M. (January 6, 2016). "Griffey sets Hall vote mark; Piazza gets call". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2016. Dicapai pada January 6, 2016.
  9. ^ Schoenfield, David (January 22, 2019). "Rivera, Martinez, Halladay, Mussina make HOF". ESPN. Dicapai pada January 22, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bbhof Templat:Baseballstats