Seattle Mariners

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seattle Mariners
Musim 2024 Seattle Mariners
Ditubuhkan pada 1977
Fail:Seattle Mariners logo (low res).svgFail:Seattle Mariners Insignia.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALW-SEA-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru kelasi, perak metalik, hijau, nilakandi, kuning, krim[1][2][3]
                                 
Nama
  • Seattle Mariners (1977–kini)
Gelaran lain
  • The M's
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (0)Tiada
AL Pennant (0)Tiada
West Kejuaraan Divisyen (3)
Kemunculan Wild card (2)
Pejabat pengurusan
PemilikBaseball Club of Seattle, LP, diwakili oleh CEO John Stanton[4][5] (90%)
Nintendo of America (10%)
PengurusScott Servais
Pengurus BesarJustin Hollander[6]
Presiden Operasi BesbalJerry Dipoto

Seattle Mariners merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Seattle, Washington. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Pasukan ini menyertai American League sebagai pasukan tambahan bersama beberapa pasukan pada 1977. Sejak Julai 1999, venue Mariners yang diguna pakai ialah T-Mobile Park, yang terletak di kejiranan SoDo Seattle.

Nama "Mariners" berasal daripada kewujudan budaya kepelautan di kota Seattle. Pasukan ini memiliki nama samaran M's, gelaran yang tertera pada logo utama pasukan dari tahun 1987 hingga 1992. Pasukan ini juga mengguna pakai warna terkini – biru kelasi, teal dan perak – sebelum ke musim 1993, Mariners mengguna pakai nilakandi dan emas semenjak pasukan ini diperkenalkan (warna-warna asal tersebut terus digunakan dalam seragam gantian). Maskot bagi pasukan ini ialah Mariner Moose.

Pasukan ini tidak dibarisi pasukan pemenang sehingga tahun 1991 dan beberapa kejayaan dikecapi sehingga penghujung 1990-an yang mana ia menyaksikan tempoh paling gemilang dalam sejarah pasukan. Mariners yang dibarisi oleh pemain-pemain Dewan Kemahsyuran iaitu Edgar Martinez, Ken Griffey Jr. dan Randy Johnson, Mariners memenangi kejuaraan divisyen pertama dan mereka berjaya menewaskan New York Yankees dalam ALDS. Mariners selanjutnya meraih gelaran divisyen kedua pada tahun 1997.

Selepas ketiga-tiga orang pemain itu meninggalkan pasukan, Mariners diperkuatkan oleh kemasukan Ichiro Suzuki, yang mencatatkan 116 kemenangan pada tahun 2001 sekali gus merekodkan pencapaian baru buat American League bagi rekod kemenangan terbanyak dalam satu musim dan menyamai rekod Chicago Cubs pada 1906 untuk sejarah MLB. Pasukan ini tidak memburu cabaran postseason sehingga tahun 2022 .[7][8]

Sehingga tahun 2022, pasukan ini menamatkan kempen dengan rekod kekalahan dalam 30 daripada 46 musim. Mariners juga merupakan satu-satunya pasukan aktif di MLB yang tidak pernah tampil di Siri Dunia dan kini memegang rekod kemarau kemunculan Siri Dunia bagi mana-mana pasukan aktif di MLB.

Setakat 2022, rekod menang-kalah bagi Mariners ialah 3,402–3,783.[9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seattle sebelum ini menjadi anggota Major League Baseball (MLB) pada 1969 selama satu tahun. Apabila pasukan Pilots (kini dikenali sebagai Milwaukee Brewers berpindah, kerajaan tempatan telah menyaman American League (AL) kerana keralatan. Pada 1976, pihak liga bersetuju untuk menggugurkan saman itu dengan meletakkan semula Mariners bersama Toronto Blue Jays pada tahun berikutnya. Pasukan awal Mariners dibarisi pemain seperti Rookie Terbaik AL 1984, Alvin Davis dan dua kali tersenarai dalam All-Star iaitu Harold Reynolds. Pasukan Mariners pada masa itu bergelut dan sering menamatkan kempen di tangga tercorot divisyen.

Ken Griffey, Jr. beraksi pada tahun 1997.

Pasukan ini perlahan-lahan mencapai titik pusingannya apabila kemunculan bintang Ken Griffey, Jr. pada 1989. Griffey melonjakkan keterujaan peminat untuk menonton di stadium dan menjadikan pasukannya lebih kompetitif. Bukan itu sahaja, beliau juga disertai oleh designated hitter Edgar Martinez, Randy Johnson dan Jay Buhner yang mana mereka membantu Seattle untuk memenangi musim pada 1991 dan 1993 tetapi penampilan di postseason dapat menjadi kenyataan pada 1995. Pada tahun itu, Mariners diancam dengan pemindahan tempat oleh kerana stadium yang substandard serta jumlah tontonan penyokong yang merosot. Dalam pusingan playoff, Mariners meraikan kemenangan dramatik ke atas New York Yankees apabila bangkit dari ketinggalan. Perjalanan postseason pasukan terhenti di Siri Kejuaraan American League (ALCS) apabila tewas kepada Cleveland Indians. Para peminat mula mendesak kerajaan dan ahli politik setempat untuk menguatkuasakan pembinaan stadium baharu, Safeco Field (dibuka pada 1999; dinamakan semula sebagai T-Mobile Park). Pada 1996, pemain shortstop Alex Rodriguez muncul sebagai bintang baru dalam barisan pemain Seattle tetapi pasukan itu hanya mencapai satu penampilan playoff pada empat tahun selanjutnya.

Seattle kembali ke ALCS pada tahun 2000 dan tertewas kepada Yankees dalam enam aksi perlawanan. Pada 2001, Seattle membawa masuk pemain sensasi Jepun, Ichiro Suzuki dalam keadaan pasukan yang ketiadaan Johnson, Griffey dan Rodriguez. Walau bagaimanapun, pasukan ini berjaya merekodkan 116 kemenangan di AL tetapi kempen cemerlang mereka berakhir dengan kekalahan mengecewakan kepada Yankees dalam ALCS. Kemudian, pengurusan Mariners mula menjalankan beberapa siri keputusan hambar yang merencatkan prestasi pasukan dalam divisyen. Pada 2008, Mariners mencapai tahap buruk apabila menjadi pasukan pertama untuk merekodkan 100 kekalahan dalam sesuatu musim dan mereka perlu menggajikan 100 juta dolar Amerika atau lebih. Kemelut ini telah menyaksikan pengurusan melantik wajah baharu di atas padang dan pengurusan am dan Mariners menjalankan fasa pemulihan semula pada 2009.

Usaha Mariners menampakkan sedikit sinar pada 2014 apabila menandatangani Felix Hernandez dan ejen bebas Robinson Cano. Mariners mencatatkan 87 kemenangan dan mereka hanya berbaki satu perlawanan untuk tidak dapat melayakkan diri ke kelayakan playoff. Malangnya, kemarau postseason Mariners dilanjutkan kepada 16 musim pada tahun 2017. Setelah mendapat peluang ke playoff yang tidak dijangka pada 2018 dengan meraih 89 kemenangan, Mariners akhirnya membina semula pasukan dan menjual Cano bersama beberapa pemain veteran lain sekali gus mencatatkan rekod 68–94 pada 2019. Pada dua tahun kemudian, Seattle meraih 90 kemenangan untuk menduduki tangga kedua divisyen tetapi pasukan ini masih lagi gagal untuk layak ke postseason.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Johns, Greg (January 23, 2015). "Mariners unveil new alternate uniforms". Mariners.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada January 7, 2018.
  2. ^ "Seattle Mariners blend past and present in new alternate uniform". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. January 23, 2015. Dicapai pada June 5, 2023. In addition to the new alternate Sunday uniforms, the Mariners also announced minor changes to the lettering of the home and road jerseys. The words "Mariners" (for home whites) and "Seattle" (for road grays) in navy letters will be trimmed in silver outlined in Northwest green.
  3. ^ "Seattle Mariners Logos and Colors Through The Years" (PDF). 2021 Seattle Mariners Information Guide (PDF). MLB Advanced Media. February 25, 2021. Dicapai pada April 27, 2021.
  4. ^ Johns, Greg (April 27, 2016). "Nintendo selling Mariners to minority owners". Mariners.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 16, 2016.
  5. ^ Stone, Larry (April 27, 2016). "New Mariners CEO John Stanton is baseball-loving billionaire with World Series goal". The Seattle Times. Dicapai pada May 28, 2016.
  6. ^ Kramer, Daniel (October 2, 2022). "Mariners promote Hollander to GM under Dipoto". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada October 25, 2022.
  7. ^ Kramer, Daniel (October 1, 2022). "'We're here': Mariners clinch first postseason spot since 2001". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada October 4, 2022.
  8. ^ Divish, Ryan (September 30, 2022). "Mariners clinch first postseason berth since 2001 on walk-off home run". The Seattle Times. Dicapai pada October 1, 2022.
  9. ^ "Seattle Mariners Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com. Dicapai pada 2022-08-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]