Pergi ke kandungan

Keperluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keperluan (juga di Ind.: kebutuhan, lihat etimologi) adalah segala sesuatu yang diturut manusia untuk mempertahankan kelangsungan hidupnya melalui pencapaian kesejahteraan yang semula jadi.[1] Keperluan juga merupakan suatu keadaan perasaan kekurangan terhadap pemuas dasar tertentu. Keperluan ini tidak diciptakan oleh masyarakat atau pemasar tetapi sudah sebati lam jaringan biologi dan keadaan diri manusia.[2]

Keperluan dapat dibezakan berdasarkan tingkat kepentingan, waktu, sifat, dan subjeknya.[3] Pemenuhan keperluan dapat berupa sebarang benda yang wujud ketara mahupun tidak termasuk barang atau jasa khidmat.[4] Setiap manusia memiliki keperluan yang berbeda-beda dan dipengaruhi oleh keadaan alam, agama, adat, dan peradaban.[5] Sifat keperluan tidak terbatas malah selalu berubah mengikut keadaan.[6]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Kata dasar perlu ڤرلو‎ serapan Arab: فَرْضُ, rumi: fardhu yang pada asalnya membawa maksud "takuk" yang kemudiannya diluaskan ertinya kepada "perkara yang diikat [yakni diwajibkan] Tuhan kepada seseorang yang dihukum jika meninggalkannya" secara mengias kepada sifat kekal atau sebati sesuatu yang terikat kepada seseorang seperti takuk yang dibubuh pada busur untuk menahan anak panah yang hendak ditarik lepas.[7] Suku kata kedua kata ini yang menunjukkan bunyi konsonan malaran tak geser sisian gusi (/l/) berbanding bunyi letupan gusi bersuara (/d/) kerana perkataan tersebut difahamkan terpinjam dari lahjah Arab dituturkan para peniaga Hadramaut yang berlayar ke Nusantara pada abad ke-14 yang pada ketika itu menyebut huruf ضdhad mendekati geseran sisian gusi bersuara (/ɮ/); corak ini juga boleh diperhatikan pada kata-kata حافلhafal (pinjaman حفظḥafaẓa ) serta لارتlarat dan ملارتmelarat (pinjaman مَضَرَّةmadharrah).[8]

Istilah perlu dapat dijumpai dalam seberapa dialek Melayu Indonesia,[9] cuma bahasa baku Indonesia sebaliknya menggunakan kebutuhan dipengaruhi kata Jawa ꦧꦸꦠꦸꦃ butuh;[10] perkara ini bergeser dengan makna butuh بوتوه‎ dalam bahasa Melayu yang membawa maksud "zakar" sehingga boleh kedengaran menyebalkan oleh penduduk luar pulau tersebut; pemerhatian ini paling terkenal digambarkan Hamka dari sudut pandangnya sebagai seorang asal Sumatera Barat mendengarkan kata tersebut dalam kalangan warga pulau Jawa dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957).[11]

Prinsip dasar

[sunting | sunting sumber]

Keperluan didasarkan prinsip bahawa manusia merupakan makhluk yang memiliki keinginan.[12] Dalam prosesnya, keperluan manusia tampak tersusun menjadi bertingkat-tingkat.[13] Sesebuah keperluan yang telah dipenuhi telah hilang keutamaannya lalu akan terganti dengan satu keperluan lain yang akan muncul.[14][15]

Berdasarkan tahap keutamaan

[sunting | sunting sumber]

Keperluan menurut tahap kepentingannya dapat dibezakan menjadi:[16]

  • keperluan primer - keperluan yang langsung berpengaruh terhadap kelangsungan hidup manusia sehingga sangat penting dan wajib untuk terpenuhi.[17]
  • keperluan sekunder - keperluan yang tidak mengganggu kelangsungan hidup tetapi sangat penting.
  • keperluan tertier - keperluan terhadap barang mewah yang ditujukan untuk menunjukkan status sosial seseorang dalam suatu masyarakat.[18]

Berdasarkan sifat

[sunting | sunting sumber]

Keperluan dapat dipenuhi melalui sifat jasmani - yakni yang berhubungan dengan kondisi tubuh (seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal[14][15]) dan rohani yang memenuhi kepuasan batin bagi jiwa manusia.[19][20]

Berdasarkan waktu pemenuhan

[sunting | sunting sumber]

Keperluan dapat dibezakan berdasarkan waktu sama ada ia dapat dipenuhi sekarang, pada masa depan, yang tidak pasti waktunya, dan sepanjang waktu.[20] Keperluan sekarang harus dipenuhi segera dan tidak dapat ditunda. Keperluan masa depan merupakan keperluan yang bersifat persiapan dan persediaan bagi keperluan yang dapat habis secara tiba-tiba. Sedangkan keperluan yang tidak pasti waktunya merupakan keperluan yang diperlukan pada saat terjadi musibah mahupun bencana alam.[16] Sebaiknya, keperluan sepanjang waktu adalah keperluan yang pemenuhannya memerlukan sepanjang waktu.[21]

Berdasarkan subjeknya

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan subjeknya, keperluan manusia dibezakan menjadi keperluan perorangan dan keperluan kelompok.[5] Keperluan perorangan hanya diperlukan oleh masing-masing individu yang berbeda. Sedangkan keperluan kelompok merupakan keperluan yang digunakan secara bersama-sama dalam suatu masyarakat.[22]

Berdasarkan sosio-budaya

[sunting | sunting sumber]

Lingkungan sosial dan budaya membuat timbulnya keperluan yang berkaitan dengan tradisi dan psikologi masyarakat. Keperluan ini dibezakan menjadi keperluan sosial dan keperluan psikologis.[23] Keperluan sosial berkaitan dengan strata sosial yang membentuk status sosial dalam masyarakat. Sedangkan keperluan psikologi lebih berkaitan dengan psikologi masyarakat yang hanya sedikit dipengaruhi oleh kondisi ekonomi.[19] Keperluan psikologis umumnya berupa keperluan akan rasa aman.[24] Keperluan sosial dan keperluan psikologis saling berkaitan satu sama lain.[24]

  1. ^ Arifin 2009, m/s. 2.
  2. ^ Pujiastuti, Sri Lestari (2014). "EKMA4216 - Manajemen Pemasaran". web-suplemen.ut.ac.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.
  3. ^ Eko 2009, m/s. 3.
  4. ^ Widjajanta dan Widyaningsih 2009, m/s. 2.
  5. ^ a b Arifin 2009, m/s. 3.
  6. ^ Nurcahyaningtyas 2009, m/s. 3.
  7. ^ Lane, Edward William (1863–1893). "فرض". Arabic-English Lexicon. 6. London. m/s. 2373 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
  8. ^ Steiner, Richard C. (1976). The Case for Fricative Laterals in Proto-Semitic. New Haven, CT: American Oriental Society. m/s. 77–9.
  9. ^ Lihat:
    • "perlu". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 301. ISBN 979 459 785 6.
    • "perelu". Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 85.
  10. ^ rujuk:
    • "butuh". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
    • en Roorda, Gericke (1901). "butuh". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 32: Ba-BaTa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 698-9 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. ...aan iets gebrek hebben, iets zeer van noode hebben...
  11. ^ Hamka (1957). Kenangan-Kenanganku di Malaya. m/s. 104–5. ISBN 9671579272.
  12. ^ Rahmat Hidayat, Deden (2011). Zaenudin A. Naufal (penyunting). Teori dan Aplikasi Psikologi Kepribadian dalam Konseling. Ghalia Indonesia. m/s. 165–166. ISBN 978-979-450-654-7.
  13. ^ Plotnik, Rod; Kouyoumdjian, Haig (2014). Introduction to Psychology, 10th Edition. Wadsworth. m/s. 332. ISBN 978-1-133-94349-5.
  14. ^ a b Feist, Jess; Feist, Gregory J. (2010). Teori Kepribadian. Salemba Humanika. m/s. 331. ISBN 978-602-8555-18-0.
  15. ^ a b Maslow, Abraham H. (1943). "A theory of human motivation". Psychological Review. 50 (4). doi:10.1037/h0054346 – melalui psychclassics.yorku.ca.
  16. ^ a b Eko 2009, m/s. 4.
  17. ^ Mulyati, dkk. 2009, m/s. 7.
  18. ^ Mulyati, dkk. 2009, m/s. 8.
  19. ^ a b Sukardi 2009, m/s. 5.
  20. ^ a b Nurcahyaningtyas 2009, m/s. 8.
  21. ^ Widjajanta dan Widyaningsih 2009, m/s. 5.
  22. ^ Sukardi 2009, m/s. 6.
  23. ^ Sukardi 2009, m/s. 4.
  24. ^ a b G. Goble, Frank (1987). A. Supratiknya (penyunting). Mazhab Ketiga, Psikologi Humanistik Abraham Maslow. Kanisius. m/s. 80.
Daftar pustaka
  1. Arifin, Imamul (2009). Membuka Cakrawala Ekonomi 3: Untuk Kelas XII Sekolah Menengah Atas/Mandrasah Aliyah Program Ilmu Pengetahuan Sosial (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional. ISBN 978-979-068-697-7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
  2. Eko, Yuli (2009). Ekonomi 1: Untuk SMA dan MA Kelas X (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional,. ISBN 978-979-068-701-1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
  3. Mulyati, dkk. (2009). Ekonomi 1: Untuk Sekolah Menengah Atas/Madrasah Aliyah Kelas X (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional. ISBN 978-979-068-193-4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-10-07. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  4. Nurcahyaningtyas (2009). Ekonomi: Untuk Kelas X SMA/MA (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional. ISBN 978-979-068-704-2. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-11-06. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
  5. Sukardi (2009). Ekonomi 1 Untuk SMA/MA Kelas X (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional. ISBN 978-979-068-194-1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
  6. Widjajanta, B., dan Widyaningsih, A. (2009). Mengasah Kemampuan Ekonomi 1: Untuk Kelas X Sekolah Menengah Atas/Mandrasah Aliyah Program Ilmu Pengetahuan Sosial (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional. ISBN 978-979-068-693-9. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 2020-10-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]