Kerabat Wettin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kerabat Wettin
COA Wettin.svg
NegaraBelgium, Bulgaria, Jerman, Latvia, Lithuania, Poland, Portugal, United Kingdom
Kerabat indukHunfriding
Gelaran
Diasaskankurun ke-10
PengasasTheodoric I
Ketua terkiniMichael, Putera Saxe-Weimar-Eisenach
EtnikJerman

Kerabat Wettin (Bahasa Jerman: Haus Wettin) adalah sebuah dinasti yang terdiri daripada para count, duke, putera-pemilih dan raja dari Jerman yang pernah memerintah wilayah yang kini terletak di negeri-negeri Saxony, Saxony-Anhalt dan Thuringia di Jerman. Dinasti ini merupakan salah satu dinasti tertua di Eropah, di mana asal-usulnya boleh dijejak sehingga ke bandar Wettin, Saxony-Anhalt. Wettin secara beransur-ansur mendapat kuasa dalam Empayar Suci Rom. Para anggota dalam kerabat ini menjadi pemerintah di beberapa negeri-negeri pada Zaman Pertengahan, bermula dengan March Saxon Timur pada tahun 1030. Negeri-negeri lain termasuk Meissen pada 1089, Thuringia pada 1263, dan Saxony pada 1423. Kawasan-kawasan ini meliputi sebahagian besar Jerman Tengah sebagai sebuah kawasan kebudayaan Jerman.

Kerabat ini dibahagikan kepada dua cabang memerintah pada tahun 1485 oleh Perjanjian Leipzig: iaitu Ernestine dan Albertine. Cabang Ernestine yang lebih tua memainkan peranan penting semasa Reformsi Protestant. Kebanyakan monarki memerintah di luar Jerman mengaitkan mereka sebagai cabang kadetnya, seperti Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha. Cabang Albertine, meskipun kurang menonjol, memerintah kebanyakan wilayah di Saxony dan memainkan peranan dalam sejarah Poland.

Keturunan daripada Kerabat Wettin, pada kebanyakan masa telah menaiki takhta di United Kingdom, Portugal, Bulgaria, Poland, Saxony, dan Belgium. Hanya keturunan daripada Britain dan Belgian yang masih berjaya mengekalkan takhta merepa pada hari ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]