Kerajaan León

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan León
Reinu de Llïón (Leon)
Reino de León (Sepanyol)
Reino de León (Gallec)
Reino de Leão (Portugis)
Regnum Legionense (Latin)
910–1230
Bendera León
Perisai León
Bendera Perisai
Kerajaan León (Hijau) pada tahun 1095.
Kerajaan León (Hijau) pada tahun 1095.
Ibu negaraLeón
Bahasa yang umum digunakanAstur-Leon,[1] Latin, Castile, bahasa Mozarab, Galicia-Portuguis
Agama
Roman Katolik
KerajaanPemerintahan beraja feudal
Raja 
• 910–914
García I (pertama)
• 1188–1230
Alfonso IX (terakhir)
Badan perundanganCortes León
Era SejarahZaman Pertengahan
• Didirikan
10 Disember 910
• Digabungkan ke dalam Mahkota Castile
23 September 1230
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Asturias
Kerajaan Galicia
Mahkota Castile
Kaunti Portugal
Sekarang sebahagian dari Sepanyol
 Portugal
Alfonso Agung (848-910), raja León, Galicia dan Asturias

Kerajaan León (UK: /lˈɒn/; Sebutan Sepanyol: [leˈon]; Astur-Leon: Reinu de Llïón; Sepanyol: Reino de León; Galicia: Reino de León; Portugis: Reino de Leão; Latin: Regnum Legionense) merupakan kerajaan merdeka terletak di kawasan barat laut Semenanjung Iberia. Ia diasaskan pada tahun 910M apabila para putera Kristian dari Asturias sepanjang pantai utara semenanjung memindahkan ibu kota mereka dari Oviedo ke kota León. Kaunti Castile dipisahkan pada tahun 931, Kaunti Portugal dipisahkan menjadi Kerajaan Beraja Portugal yang merdeka pada tahun 1139 dan bahagian timur dan pedalaman León memasuki Kerajaan Castile pada tahun 1230.

Dari tahun 1296 hingga tahun 1301, Kerajaan León sekali lagi merdeka dan selepas penyatuan semula dengan Castile kekal menjadi Tanah Mahkota sehingga tahun 1833, tetapi sebahagian daripada Sepanyol yang bersatu dari tahun 1479. Dalam Titah Perintah Diraja pada 30 November 1833, Kerajaan León dianggap salah satu daripada kawasan Sepanyol dan dibahagikan kepada wilayah León, Zamora dan Salamanca. Pada tahun 1978, tiga wilayah kawasan León ini dimasukkan bersama dengan enam wilayah kawasan bersejarah Castile Lama untuk mencipta komuniti berautonomi Castile dan León. Walau bagaiamanapun, bahagian-bahagian penting bekas kerajaan kini menyepadukan tiga wilayah dan komuniti berautonomi ini Extremadura, Galicia dan Asturias.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menéndez Pidal, Ramón. "El Dialecto Leonés" pages 33–37.1906

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 40°58′40″N 5°40′19″W / 40.97782°N 5.67186°W / 40.97782; -5.67186

Templat:Leonese monarchs Templat:Spanish Kingdoms