Pergi ke kandungan

Kerajaan beraja Hanover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan beraja Hanover
Königreich Hannover
1814–1866
Bendera Hanover
Bendera
Jata Hanover
Jata
Cogan kata: Suscipere et Finire
"Support and Finish"
Lagu kebangsaan: Heil dir, Hannover
Kerajaan beraja Hanover pada tahun 1815
Kerajaan beraja Hanover pada tahun 1815
StatusNegeri di dalam Konfederasi Jerman, dalam kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland (1814–1837)
Ibu negaraHanover
Bahasa umumJerman,
Jerman Hilir Barat
Agama
Protestantisme (terutamanya Lutheranisme, tetapi juga Calvinisme), Katolik Rom
PemerintahRaja berperlembagaan
Raja 
 1814–1820
George III
 1820–1830
George IV
 1830–1837
William IV
 1837–1851
Ernest Augustus
 1851–1866
George V
Badan perundanganDewan Kerajaan beraja Hanover
Sejarah 
12 Oktober 1814
13 Mac 1848
14 Jun 1866
23 Ogos 1866
 Diilhak oleh Prusia
20 September 1866
Mata wangThaler Hanover,
(1814–1857)
Vereinsthaler Hanover
(1857–1866)
Didahului oleh
Diganti oleh
Elektorat Brunswick-Lüneburg
Wilayah Hanover
Kini sebahagian dariJerman
Belanda
Matawang 100 thaler pada tahun 1857

Kerajaan beraja Hanover (Jerman: Königreich Hannover) telah diasaskan pada bulan Oktober 1814 melalui Kongres Vienna, dengan pemulihan semula George III ke atas wilayah Hanover selepas era Napoleonik. Ia mengantikan bekas Elektorat Hanover (sebelumnya secara rasmi dikenali sebagai Elektorat Brunswick-Lüneburg), dan menyertai 38 buah negeri-negeri berdaulat di dalam Konfederasi Jerman pada bulan Jun 1815. Kerajaan beraja ini diperintah oleh Kerabat Hanover, sebuah cabang kadet daripada Kerabat Welf, di dalam sebuah kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland sejak tahun 1714. Oleh kerana monarkinya tinggal di London, seorang wizurai, biasanya anggota lebih muda daripada keluarga diraja Britain, menguruskan pentadbiran kerajaan beraja Hanover.

Kesatuan peribadi dengan United Kingdom berakhir pada tahun 1837 selepas Ratu Victoria menaiki takhta di sebabkan undang-undang separa Salic yang mana menghalang operempuan daripada mewarisi takhta Hanover pada ketika pewaris lelaki dalam dinasti masih hidup. Oleh yang demikian ayah saudara baginda, Ernest Augustus menjadi pemerintah Hanover. Satu-satunya anak lelaki beliau mengantikan beliau dan menaiki takhta sebagai George V. Bagaimanapun, di sebabkan pihak yang disokong beliau telah kalah Perang Austria-Prusia, kerajaan beliau telah ditakluk oleh Prusia pada tahun 1866 dan dihapuskan sebagai sebuah kerajaan beraja yang berdaulat, menjadi sebuah wilayah Prusia. Bersama-sama dengan wilayah lain Prusia, Hanover menjadi sebahagian daripada empayar Jerman selepas penyatuan Jerman pada bulan Januari 1871. Pada tahun 1946, aa muncul buat sementara sebagai negeri Hanover, sebelum digabungkan dengan negeri-negeri yang lebih kecil untuk menjadi Saxony Hilir, kemudian Jerman Barat.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 Colton, J. H. "National Flags". J. H. Colton. Dicapai pada 18 May 2014.
  2. 1 2 Johnson, Alvin Jewett. "Johnson's New Chart of National Emblems". Alvin Jewett Johnson. Dicapai pada 18 May 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:States of the German Confederation Templat:Former Monarchies