Thaler Hanover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Thaler Hanover ialah mata wang Kawasan Pemilih Hanover (bakal Kerajaan Hanover) sehingga 1857. Sehingga 1834, nilainya sama sahaja dengan tiga suku Conventionsthaler dan dibahagikan kepada 36 Mariengroschen, dengan setiap Mariengroschen bernilai 8 Pfennig.

Antara 1807 hingga 1813, Thaler Westphalia (yang sama nilainya dengan Thaler Hannover) serta Frank Westphalia diedarkan bersama-sama di Hanover. Pada 1834, kandungan perak di dalam duit syiling Thaler Hanover dikurangkan sedikit untuk menyamakan nilainya dengan Thaler Prusia. Pada 1857, Thaler Hanover kemudian digantikan dengan Vereinsthaler Hanover pada tara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]