Keruntuhan Zaman Gangsa Lewat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencerobohan, kemusnahan dan penghijrahan populasi semasa keruntuhan Zaman Gangsa, bermula s. 1200 SM

Keruntuhan Zaman Gangsa Lewat merupakan satu zaman dalam sejarah yang mana pelbagai masyarakat runtuh pada abad ke-12 SM yang dikaitkan berlaku kerana perubahan persekitaran, penghijrahan besar-besaran, dan kemusnahan bandar-bandar. Keruntuhan ini telah menjejaskan begitu banyak tempat di Mediterranean Timur (Afrika Utara dan Eropah Tenggara) dan Timur Dekat, khususnya Mesir, timur Libya, Balkan, Aegia, Anatolia, dan, pada tahap yang lebih kecil, Kaukasus. Ia terjadi dengan tiba-tiba, amat ganas, dan telah mengganggu budaya kebanyakan tamadun Zaman Gangsa, serta menyebabkan kemerosotan ekonomi di kuasa-kuasa besar Mediterranean, menandakan permulaan Zaman Kegelapan Yunani.

Bandar-bandar dan ekonomi besar Yunani Mikenai, rantau Aegia dan Anatolia runtuh pada Zaman Gangsa Lewat, menjadi kampung-kampung terpencil kecil semasa Zaman Kegelapan Yunani (s. 1100 – 750 SM). Empayar Het di Anatolia dan Masyrik runtuh, manakala negeri-negeri seperti Empayar Assyria Tengah di Mesopotamia dan Kerajaan Baru Mesir terselamat walaupun telah menjadi lemah. Budaya-budaya lain seperti Fenisia kemudiannya menjadi lebih berautonomi dan berkuasa dengan tentera Mesir dan Assyria semakin berkurangan di Asia Barat.

Pelbagai teori telah dicadangkan sejak abad ke-19 bagi kenapa Zaman Gangsa Lewat runtuh. Kebanyakannya berpendapat ia kerana bandar-bandar mereka musnah. Antara sebabnya ialah letusan gunung berapi, kemarau, penyakit, pencerobohan oleh Orang Laut atau penghijrahan orang Dorian, gangguan ekonomi akibat pertukangan besi yang meningkat, dan perubahan teknologi dan strategi tentera yang menyebabkan kereta kuda tidak digunakan lagi. Gempa bumi juga telah dicadangkan sebagai penyebab, tetapi kajian baharu menunjukkan bahawa ia mungkin tidak begitu penting.[1] Selepas zaman ini, pertukangan besi berubah dan memulakan Zaman Besi di seluruh Eurasia dan Afrika pada alaf pertama SM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Millek, Jesse (2023). "Destruction and Its Impact on Ancient Societies at the End of the Bronze Age". Lockwood Press.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Cline, Eric H. (2014). 1177 B.C.: The Year Civilization Collapsed. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-14089-6.
  • Drews, Robert (1993). The End of the Bronze Age: Changes in Warfare and the Catastrophe ca. 1200 B.C. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-04811-6.
  • Millek, Jesse Michael (2019a). Exchange, Destruction, and a Transitioning Society. Interregional Exchange in the Southern Levant from the Late Bronze Age to the Iron I. Tübingen: Tübingen University Press. ISBN 978-3-947251-11-7.
  • Millek, Jesse Michael (2019b). "Destruction at the end of the Late Bronze Age in Syria: A reassessment". Studia Eblaitica. 5: 157–190. doi:10.13173/STEBLA/2019/1/157. ISBN 978-3-447-11300-7. S2CID 259490258 Check |s2cid= value (bantuan).
  • Millek, Jesse Michael (2021a). "Just what did they destroy? The Sea Peoples and the end of the Late Bronze Age". Dalam Kamlah, J.; Lichtenberger, A. (penyunting). The Mediterranean Sea and the Southern Levant: archaeological and historical perspectives from the Bronze Age to Medieval times. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag. m/s. 59–98. ISBN 978-3-447-11742-5.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bachhuber, Christoph R. and Gareth Roberts, 2009. Forces of Transformation : The End of the Bronze Age in the Mediterranean : Proceedings of an International Symposium Held at St. John's College University of Oxford 25–6th March 2006 Paperback ed. Oxford: Oxbow Books.
  • Dickinson, Oliver (2007). The Aegean from Bronze Age to Iron Age: Continuity and Change Between the Twelfth and Eighth Centuries BC. Routledge. ISBN 978-0415135900.
  • Fischer, Peter M. and Teresa Bürge, 2017. "Sea Peoples" Up-To-Date : New Research on Transformations in the Eastern Mediterranean in the 13th-11th Centuries Bce. Wien: Verlag der Österreichischen Akademie der Wissenschaften. http://www.jstor.org/stable/10.2307/j.ctt1v2xvsn.
  • Killebrew Ann E. and Gunnar Lehmann, 2013. The Philistines and Other "Sea Peoples" in Text and Archaeology. Atlanta: Society of Biblical Literature.
  • Millek, Jesse (2023). Destruction and its impact on ancient societies at the end of the Bronze Age. Columbus (Ga.): Lockwood Press. ISBN 9781948488839.
  • Oren, Eliezer D. 2000. The Sea Peoples and Their World : A Reassessment. Philadelphia: University Museum.
  • Ward, William A. and Martha Sharp Joukowsky, 1992. The Crisis Years : The 12th Century B.c. : From Beyond the Danube to the Tigris. Dubuque Iowa: Kendall/Hunt Pub.