Fasha Sandha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 34: Baris 34:
Pada tahun 2004, Fasha telah ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu bermalam di rumah salah seorang rakannya. Fasha telah ditahan dan membantu pihak polis ketika di dalam siasatan. Kesan daripada kes tersebut, Fasha telah digugurkan dari produksi filem [[Dayang]].{{fakta}}
Pada tahun 2004, Fasha telah ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu bermalam di rumah salah seorang rakannya. Fasha telah ditahan dan membantu pihak polis ketika di dalam siasatan. Kesan daripada kes tersebut, Fasha telah digugurkan dari produksi filem [[Dayang]].{{fakta}}


Fasha juga pernah dikaitkan dengan keretakan rumahtangga ahli kumpulan KRU iatu [[Yusry Abd Halim]] dan [[Erra Fazira]]. Namun tidak pernah terbukti penglibatan Fasha dalam kontroversi perceraian Yusry dan Erra.{{fakta}}
Fasha juga pernah dikaitkan dengan keretakan rumahtangga ahli [[kumpulan KRU]] iaitu [[Yusry Abd Halim]] dan [[Erra Fazira]]. Namun tidak pernah terbukti penglibatan Fasha dalam kontroversi perceraian Yusry dan Erra.{{fakta}}


Penglibatan Fasha dalam salah satu adegan ranjang filem Indonesia juga menjadi perbualan hangat dan mendapat perhatian media.{{fakta}}
Penglibatan Fasha dalam salah satu adegan ranjang filem Indonesia juga menjadi perbualan hangat dan mendapat perhatian media.{{fakta}}

Semakan pada 21:42, 24 Mei 2010

Fasha Sandha
Fail:2fas.jpg
Fasha Sandha dalam Berita Harian (dalam ruangan Hip 2006)
Kelahiran
Nur Fasha Sandha binti Hassan

28 Mac 1984
Fail:Db fasha0287.jpg
Sebagai salah seorang artis yang dikatakan cantik juga, Fasha Sandha juga tidak terlepas daripada kontroversi.

Fasha Sandha (lahir 28 Mac 1984; nama penuh: Nur Fasha Sandha bt Hassan) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau boleh dikatakan seorang pelakon yang kerap membawa watak "wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat. Walaupun begitu, Fasha juga boleh membawa pelbagai watak dari perempuan murah hati sehingga perempuan yang dikatakan membawa sial seperti dalam lakonannya untuk drama Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Biografi

Kehidupan awal

Dilahirkan di Johor Bahru, Fasha dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia sewaktu keluarganya berpindah ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau mula dikenali pada tahun 2002 ketika beliau melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma. Antara syarikat korporat yang mendapatkan perkhidmatan Fasha termasuklah Maxis, Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia).

Terjun ke dunia lakonan

Langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakon bermula apabila beliau diperkenalkan untuk filem "Black Maria" sebagai watak pembantu. Filem itu diterbitkan dalam tahun 2003. Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah Fasha juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu. Drama yang benar-benar meninggalkan kesan di hati penonton melalui wataknya sebagai perempuan malang dalam drama Natasya.Dalam satu temuramah dengan pihak media, Fasha memberitahu bahawa watak Natasya yang dibawanya adalah watak yang paling sukar untuk dihayati olehnya.

Kontroversi

Sebagai salah seorang artis yang dikatakan cantik juga, Fasha Sandha tidak terlepas daripada kontroversi. Fasha Sandha dikatakan bermasam muka dan berperang dengan seorang lagi pelakon muda sepertinya, Nurfazura Syarifuddin atau dikenali sebagai Fazura. Walau bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan pulih semula.[perlu rujukan]

Pada tahun 2004, Fasha telah ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu bermalam di rumah salah seorang rakannya. Fasha telah ditahan dan membantu pihak polis ketika di dalam siasatan. Kesan daripada kes tersebut, Fasha telah digugurkan dari produksi filem Dayang.[perlu rujukan]

Fasha juga pernah dikaitkan dengan keretakan rumahtangga ahli kumpulan KRU iaitu Yusry Abd Halim dan Erra Fazira. Namun tidak pernah terbukti penglibatan Fasha dalam kontroversi perceraian Yusry dan Erra.[perlu rujukan]

Penglibatan Fasha dalam salah satu adegan ranjang filem Indonesia juga menjadi perbualan hangat dan mendapat perhatian media.[perlu rujukan]

Dia juga dikatakan punca penceraian antara Nora Danish dan suaminya. Tapi sekarang Fasha telah memilih orang lain dan bukan suami Nora. Tetapi identiti lelaki tersebut masih disimpan rapi olehnya.[perlu rujukan]

Filemografi

Filem

TV

  • Kasih... Relaku pujuk
  • Songket Cinta Bertenun Duka
  • Natasha
  • Natasha 2
  • Dengan Nama Cinta
  • Rumah Itu Duniaku
  • Mentari Jingga
  • Usia
  • Seiras
  • Impak Maksima
  • Sutera Maya
  • Kehangatan Lantana

Iklan

Anugerah

  • Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH05)
  • Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH06)
  • Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH07)

Pautan luar