Nora Danish

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nora Danish
Danish001.jpg
Nora semasa di Karpet Merah ABPBH 2013.
Kelahiran Nora binti Mohd Danish Hanif
(1982-03-07) 7 Mac 1982 (umur 36)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pengacara, model
Tahun aktif 2005–kini
Ketinggian 160 cm
Pasangan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (2006 - 2008; bercerai)
Nedim Nazri (berkahwin 2017)
Anak Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram
Mohamed Neqayl Nedim
Ibu bapa Mohd Danish Hanif
Salimah Talib

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013) dan Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada ibu bapanya, Mohd Danish Hanif dan Saimah Talib. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan. Beliau mendapat pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor di mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2005–2010[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, pada usia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian di televisyen sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.[2] Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr. Lisa dalam filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita lakonan kumpulan Senario.

Beliau mempunyai peranan sebagai serikandi Tun Fatimah dalam drama sejarah Pendekar 5 yang disiarkan di TV9 bermula 24 Oktober 2007.[3][4] Setahun kemudian, beliau membintangi siri drama Gadis Cuci musim pertama. Beliau berlakon bersama dramatis Ryzal Jaafar menerusi drama Slot Lagenda TV3 Sumpah Bunian yang bersiaran pada 30 September 2009, Nora memegang watak gadis bunian bernama Hawa.[5][6]

Pada 31 Mei 2010, Nora menjayakan peranan Cempaka dalam siri drama epik fantasi TV3. Arjuna terbitan KRU. Nora memegang watak Eava Ealiana, seorang pengarah di syarikat bapanya dan kepentingan cinta Omar Rudy lakonan Farid Kamil dalam filem drama romantik 2010, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.[7] Filem ini menandakan gandingan sulung Nora dan Farid, ditayangkan pada 21 Oktober 2010.[7]

Nora menjayakan peranan judul dalam siri TV Ana lu'lu arahan pertama Pierre Andre untuk siaran di Slot Lestary TV3. Drama ini mengisahkan seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya, ia turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Wawa Zainal dan Kamal Adli.[8]

2011–kini[sunting | sunting sumber]

Nora digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri drama Khurafat The Series, adaptasi daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria, Nora memegamg watak sebagai Mastura.[9] Nora berpasangan bersama Ady Putra dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[10] Juga pada 2012, Nora digandingkan bersama penyanyi dan pelakon Syed Hussein dalam drama waktu perdana Ariana Mikhail di TV9.[11]

Pada 2013, beliau berlakon dalam tiga filem serentak—Lagenda Budak Hostel, Mencari Cinta dan 2 Kalimah. Pada Jun 2014, selepas kali terakhir membintangi dua filem terdahulu (Cuti-Cuti Cinta dan Bencinta), Nora digandingkan sekali lagi bersama Farid Kamil dalam filem seram Pengantin Malam arahan Eyra Rahman. Beliau mendedahkan beberapa ulasan di akaun Instagram rasmi beliau mengenai filem ini.[12][13]

Nora digandingkan kembali bersama Ady Putra dalam filem romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[14][15] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[16][17]

Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Nora berlakon bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi Polis EVO, beliau memegang watak sebagai Anis.[18] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem.[19]

Nora tampil berkolaborasi bersama penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single "Ini Lagi Boom" terbitan KRU Music yang dikeluarkan pada 9 Januari 2017.[20][21][22][23]

Beliau membintangi bersama pelakon Indonesia, Fedi Nuril dan Laudya Chintya Bella dalam filem drama keagamaan Surga yang Tak Dirindukan 2 arahan Hanung Bramantyo yang mana beliau memegang watak sebagai Sheila.[24][25] Filem ini menandakan penampilan filem Indonesia pertama Nora.[26]

Nora digandingkan bersama Syamsul Yusof dalam filem drama biografi romantik Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak sebagai Sofea. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[27] Beliau menjayakan peranan utama dalam filem drama Malaysia-Indonesia, Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman dan Herdanius Larobu yang ditayangkan pada 25 Januari 2018. Filem ini turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fachry Albar dan Donita.

Pada 16 April 2018, Nora bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Scha Al-Yahya, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[28][29][30][31] Pada 19 April 2018, The Malay Mail melaporkan bahawa Nora akan kembali aktif berlakon selepas Hari Raya Aidilfitri.[32]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nora berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada Julai 2008. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.[33][34]

Pada Februari 2015, Nora membuat laporan polis berikutan penggunaan gambarnya oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia. Bagaimanapun, nama beliau tidak disebutkan dalam video yang dimuatnaik di YouTube.[35]

Pada 30 Mac 2017, beliau berkahwin dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Perkahwinan mereka berlangsung di Seputeh Glasshouse dan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 200 ahli keluarga dan rakan-rakan.[36][37]

Pada 21 Februari 2018, Nora dan suami, Nedim dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan.[38][39]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Pengarah Catatan
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Mala Aziz M. Osman
2006 Senario Pemburu Emas Yamashita Dr. Lisa Aziz M. Osman
2010 Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Seha Ahmad Idham
Cuti-Cuti Cinta Eeva Eliana Ahmad Idham
2011 Seru Yana Pierre Andre
Woo Ming Jin
2012 Aku Terima Nikahnya Arlisa Eyra Rahman
2013 Lagenda Budak Hostel Seroja Ismail Bob Hasim
Mencari Cinta Myra Shirin Hj. Khuzaimi
2 Kalimah Selena Eyra Rahman
Bencinta Fathia Eyra Rahman
2014 Pengantin Malam Maya Eyra Rahman
Anak Jantan Nara Faizul A. Rashid
2015 Gudang Kubur Zarra Eyra Rahman
Hantu Bungkus Ikat Tepi Mimie Hashim Rejab
Suami Aku Ustaz Alisa Ghaz Abu Bakar
Suamiku Jatuh Dari Langit Asyikin Eyra Rahman
Polis EVO Anis Ghaz Abu Bakar
Chowrasta Hanizah Abdul Razak Mohaideen
Isteri Untuk Dijual Anabella Eyra Rahman
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Sheila Hanung Bramantyo Filem Indonesia
2018 Makrifat Cinta Sofea Kamal G
Bukan Cinta Malaikat Dewi Aziz M. Osman Filem Indonesia
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 Anggy Umbara Filem Indonesia

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2005 - 2008 Puteri Puteri Fara Nordin TV3
2007 Pendekar 5 Tun Fatimah TV9
Gerak Khas (Episod: "Anak Liar") TV2
2008 Gadis Cuci (Musim 1) Nasha Astro Ria
2009 Sumpah Bunian Siti Hawa TV3
Tiga Serumah Astro Warna
2010 Tiga Serumah (Musim 2) Astro Warna
Arjuna Cempaka TV3
Putera Katak Tina TV3
2011 Ana lu'lu Ana Lu'lu TV3
Khurafat The Series Mastura Astro Ria
Tentang Dhia Nur Kamardhia (Dhia) TV3
Ariana Mikhail Ariana TV9
2013 Benci Vs Cinta Astro Ria
2015 Ajaibnya Cinta Halimatun TV3
Mak Cun!
2016 Rumi & Jawi Astro Prima
Mak Cun! 2 Halimatun TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2005 Poyo Norma direct to VCD
Celak Pak Andam Lisa direct to VCD
2012 Jujur Aku Dayus Lisa TV3
2014 Di Bawah Langitmu direct to VCD
Spain Uolls! Halimatun TV3
2016 Cikgu Timah Sekolah Bandar Timah Astro Citra
Mak Cun Pi New York! Halimatun TV3
2016 Karya 12: Lampu Merah Astro Citra
2017 Kuntom Kuntom Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Saluran TV Peranan
2015 Sensasi BollyOne HD (Astro) Pengacara

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Artis Catatan
2011 "Ajari Aku" Anuar Zain
"Sempurnakan Aku"

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan Ruj.
2017 "Ini Lagi Boom" Menampilkan W.A.R.I.S

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pakaian Paling Glamor[40] Menang
2009 Anugerah Parti Hip TV[41] Artis Hot Mama Dicalonkan
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Dicalonkan
Anugerah Shout! 2010 Anugerah Hot Chick Dicalonkan
2011 Anugerah PPMH Anugerah Selebriti Cekal Dicalonkan
Anugerah Janda Hot Menang
Anugerah Hot Mama Dicalonkan
Anugerah Skrin 2011 Anugerah Sinaran Pantene Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Wanita Popular Online Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Dicalonkan
Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
Anugerah Shout! 2012 Anugerah Hot Chick Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Artis Wanita Stailo Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Adi Putra)" Dicalonkan
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Dicalonkan
Artis Asia Paling Popular Dicalonkan
2013 Anugerah Bella Skrin Bella Dicalonkan
2017 Anugerah Instafamous 2017 #tilljannah with Nedim Menang
2018 Indonesian Box Office Movie Awards[42] Kategori Pendatang Baru Terbaik Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ellyna Ali (1 November 2007). "Nora Danish". Murai.com.my. Diarkibkan daripada original pada 28 September 2013. Dicapai 10 Februari 2012. 
  2. ^ Azhariah Kamin (4 Mac 2005). "Puteri is a hit comedy series". The Star Online. Dicapai 2015-11-07. 
  3. ^ Norfadzilah Baharudin (29 Oktober 2007). "Pendekar 5 bukan drama purba biasa". Utusan Malaysia. Dicapai 2015-11-07. 
  4. ^ Norfadzilah Baharudin (18 Oktober 2007). "Nora Danish daripada watak gedik kini pendekar". Utusan Malaysia. Dicapai 6 Mei 2015. 
  5. ^ Budiey (29 September 2009). "Drama Lagenda Puteri Bunian". Sensasi Selebriti. Dicapai 2015-11-07. 
  6. ^ "Kakak Tua: Bila Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik'". mSTAR Online. 6 Oktober 2009. Dicapai 2015-11-07. 
  7. ^ a b Norliza Mohd Zakaria (21 Oktober 2010). "Nora lama menanti Farid". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Oktober 2017. 
  8. ^ "Nora Danish: Memang Ada Sayang". Malaysian Digest. 2 Jun 2011. Dicapai 2015-11-07. 
  9. ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  10. ^ "'Aku Terima Nikahnya' RM1.3 Juta". Malaysian Digest. 16 Oktober 2012. Dicapai 2 Mac 2013. 
  11. ^ "Ariana Mikhail, Nora Danish new drama on TV9". Malaysiasaya. 7 Januari 2012. Dicapai 2 Mac 2013. 
  12. ^ Nina Farzuin Md Sharom (16 Jun 2014). "Pengantin Malam: Gandingan terbaharu Farid, Nora". Sinar Harian. Dicapai 6 Februari 2015. 
  13. ^ "(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam "Pengantin Malam"". Galaksi Media. 16 Jun 2014. Dicapai 6 Februari 2015. 
  14. ^ "Suami Aku Ustaz gabungkan semula Adi dan Nora". Kosmo!. 25 Mac 2013. Dicapai 12 April 2018. 
  15. ^ Nannie Isa (13 Mei 2015). "Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish & Adi Putra Dinantikan Semua". Kite Punye. Dicapai 12 April 2018. 
  16. ^ Rozaimi Zubadi (12 April 2018). "'Suami Aku Ustaz' Sarat Pengajaran, Menghiburkan". mStar Online. Dicapai 2 Mac 2018. 
  17. ^ Aqmar Mustaza (12 April 2018). "Suami Aku Ustaz menghiburkan". Sinar Harian. Dicapai 2 Mac 2018. 
  18. ^ "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". NST Online. Dicapai 2015-11-07. 
  19. ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Dicapai 24 Julai 2016. 
  20. ^ Kemalia Othman (15 Januari 2017). "Nora Danish Tiada Niat Serius Menyanyi". mStar Online. Dicapai 15 April 2018. 
  21. ^ "Rap dengan Waris, Nora Danish nyanyi puaskan hati sendiri (VIDEO)". The Malay Mail. 24 Februari 2017. Dicapai 15 April 2018. 
  22. ^ "Puas berlakon, Nora Danish jadi penyanyi, rakam single bersama W.A.R.I.S". Astro Awani. 10 Januari 2017. Dicapai 15 April 2018. 
  23. ^ Ifqdar Rahman (9 Januari 2017). "Nora Danish berduet dengan Waris". Utusan Malaysia. Dicapai 15 April 2018. 
  24. ^ "Surga Yang Tak Dirindukan 2 raih kutipan lebih RM2 juta". utusan.com.my. Dicapai 2017-02-28. 
  25. ^ "Surga Yang Tak Dirindukan 2 sarat mesej". kosmo.com.my. 
  26. ^ "Nora Danish rindu berlakon". Sinar Harian. 4 Januari 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 
  27. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai 6 Februari 2018. 
  28. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai 15 Mei 2018. 
  29. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks. 
  30. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai 15 Mei 2018. 
  31. ^ Dennis Chua (18 April 2018). "#Showbiz: Nora Danish forgives 'ugly fan' for 'ugly baby' remark". New Straits Times. Dicapai 16 Mei 2018. 
  32. ^ "Nora Danish return to acting after Aidilfitri". The Malay Mail. 19 April 2018. Dicapai 26 April 2018. 
  33. ^ "Nora: I tried to save marriage". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2008. Diarkibkan daripada original pada 25 Oktober 2012. Dicapai 10 Oktober 2010. 
  34. ^ Wahiduzzaman (1 Jun 2011). "Nora Danish Akui Berkawan Dengan Lelaki Muda". mStar Online. Dicapai 10 Oktober 2014. 
  35. ^ "PANAS! Gambar Nora Danish dalam video ISIS Malaysia 69". Sensasi Panas. 22 Februari 2015. Dicapai 24 Februari 2015. 
  36. ^ "Nora Danish ties knot to Nedim Nazri in intimate ceremony" [Nora Danish mengahwini Nedim Nazri dalam majlis romantik] (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 30 Mac 2017. Dicapai 30 Mac 2017. 
  37. ^ "Nora Danish and Nedim Nazri say 'I do' (VIDEO)" [Nora Danish dan Nedim Nazri mengucapkan ‘Saya terima’ (VIDEO)] (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail Online. 31 Mac 2017. Dicapai 31 Mac 2017. 
  38. ^ "Nora Danish selamat melahirkan anak lelaki". Astro Awani. 22 Februari 2018. Dicapai 23 Februari 2018. 
  39. ^ Kenneth Chaw (22 Februari 2018). "Actress Nora Danish welcomes another baby boy, Neqayl Nedim". Star2. Dicapai 23 Februari 2018. 
  40. ^ Nora Danish, Ijoy pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007 Sensasi Selebriti (31 Mac 2008). Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  41. ^ Senarai pencalonan Anugerah Parti Hip TV Sensasi Selebriti (24 Mac 2010). Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  42. ^ Ine Yulita Sari (16 Mac 2018). IBOMA 2018 Siap Digelar, Siapa Saja yang Masuk Nominasi? Liputan 6. Dicapai pada 20 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]