Perbezaan antara semakan "Tok Gajah"

Jump to navigation Jump to search
47 bait ditambah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[Imej:Tok_gajah.jpg‎|thumb|Tok Gajah merupakan ayah kepada Mat Kilau]]
'''Imam Rasu bin Shahrum ''' atau juga dikenali sebagai '''Tok Gajah''', Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah [[Orang Besar Raja]] [[Pahang]] dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama [[Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali|Sultan Ahmad Muazzam Shah]], [[Sultan Pahang]] dalam segala hal yang berkaitan dengan [[Hulu Pahang]], iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari [[Pulau Tawar]]. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan [[Batu Redap]] sampai ke [[Kuala piulPiul]], kawasan dari [[Tanjung Sakti]] sampai ke [[Kangsa]], kawasan dari [[Pedah]] hingga ke [[Tanjung Lindung]] dan juga [[Lembahan Sungai Budu]] di [[Lipis]]. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
 
Beliau juga merupakan ketua pasukan [[Sultan]] dalam penentangan terhadap penjajah [[British]] bersama [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]] dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh [[Tok Ku Paloh]] tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada [[Mat Kilau]], pahlawan [[Melayu]] [[Pahang]].
Bersama-sama dengan [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]], [[Datuk Lela]] dan [[Mat Kilau]], Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan [[Pahang]] antara tahun [[1891]] hingga tahun [[1895]]. Bersama dengan [[Wan Lingga]], Tok Gajah telah diarahkan oleh [[Bendahara]] [[Wan Ahmad]] untuk menyerang [[Maharaja Perba]] dan [[Orang Kaya Setia Lela]]. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke [[Singapura]] bagi mendapatkan khidmat [[peguam]] sebagai penasihat Sultan Ahmad.
 
Pada tahun 1892, pihak InggerisBritish mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke [[Ulu Kelantan]] dan Kemudiankemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di [[Kampung Pasir Nering]], [[Kuala Berang]], [[Hulu Terengganu]], [[Terengganu|Terengganu Darul Iman]].
 
== Rujukan ==
1,299

suntingan

Menu pandu arah