Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Pahang.svg

Daerah
Pahang Darul Makmur
Lipis
ﻟﻴﭭﻴﺲ
Location of {{{common_name}}}
Pejabat daerah Kuala Lipis
Pegawai daerah Dato' Abu Jamal Bin Nordin
Kawasan
 - Jumlah 5,198 km²
Populasi
 - Anggaran 2006 87,200
 - Kepadatan 16.77/km²

Daerah Lipis terletak di barat laut negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang.

Kuala Lipis terletak dipertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.

Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri utamanya iaitu perlombongan bijih dan emas.

Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan. Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekita Bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina Kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir Kuala Lipis.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Batu Yon
  2. Mukim Budu
  3. Mukim Cheka
  4. Mukim Gua
  5. Mukim Hulu Jelai
  6. Mukim Kechau
  7. Mukim Kuala Lipis
  8. Mukim Penjom
  9. Mukim Tanjung Besar
  10. Mukim Telang

Bandar dan Pekan

  1. Bandar Kuala Lipis
  2. Bandar Benta
  3. Bandar Padang Tengku
  4. Pekan Padang Tengku
  5. Pekan Taman Jelai
  6. Pekan Penjom
  7. Pekan Mela
  8. Pekan Kerambit
  9. Pekan Rpsb Kg. Pagar
  10. Pekan Merapuh
  11. Pekan Kechau Tui

Pautan luar[sunting | sunting sumber]