Perbezaan antara semakan "Sempadan Malaysia–Thailand"

Jump to navigation Jump to search
Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand. Daripada barat ke timur, mereka adalah [[Perlis]], [[Kedah]], [[Perak]] dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah iaitu daripada barat ke timur, mereka adalah [[Wilayah Satun|Satun]], [[Wilayah Songkhla|Songkhla]], [[Wilayah Yala|Yala]] dan [[Wilayah Narathiwat|Narathiwat]].
==Sejarah Kerja Menatap dan Menggariskan Sempadan==
Sejajar dengan ketetapan Artikel 3, Perjanjian Bangkok, sebuah Suruhanjaya Bersama Sempadan yang terdiri daripada Pegawai British dan Siam telah dibentuk bagi menggarisi dan menetapkan sempadan baru antara Siam dengan Negeri-Negeri Melayu utara. Pihak Siam telah melantik Major-General Mom Novendr Raja sebagai President Suruhanjaya Sempadan Siam manakala pihak British melantik Kolonel H.M Jackson, Ketua Juru Ukur Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai President Suruhanjaya Sempadan mewakili British.<ref>surat Putera Devawongse kepada Beckett 7 Julai 1909, CO 273/353; Surat Beckett kepada Anderson, 21 Oktober 1909, HCO 1522/1909</ref> Anggota-anggota Suruhanjaya sempadan Siam yang lain terdiri daripada tiga pegawai iaitu Mom Chow Vibulya (dari Kementerian Luar Siam), Phya Bisai Sundarakarn (dari Kementerian Dalam Negeri) dan Kapten Luang Snam Ridhigrai (Angkatan Tentera Siam). Sementara itu, anggota-anggota Suruhanjaya Sempadan Bitish pula terdiri daripada V.A Lowinger, A. Cochrane dan R.C Gould dari Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dalam mesyuarat Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Sempadan yang diadakan di Pulau Pinang pada 10 Disember 1910, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan kerja menetapkan sempadan dari bahagian barat terlebih dahulu.<ref>lihat "report of the Delimitation an Demarcation of the Anglo-Siamese Boundry under the Treaty of March 1909 between Great Britain and Siam</ref> tumpuan utama kerja Suruhanjaya Sempadan adalah untuk menetapkan batas sempadan yang kemudian diikuti dengan kerja membuat tanda sempadan yang akan dilakukan oleh pegawai yang akan dilantik oleh Suruhanjaya. Pihak British pula akan menyelenggarakan kerja Trigometri manakala kerja tinjauan atau pemeriksaan topografi akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Mereka bersetuju menggunkan skala peta 1/100,000 atau 1/50,000 untuk bahagian tertentu dan 1/250,000 untuk umum.
Sempadan yang akan diukur oleh Suruhanaya ini adalah sejauh 500 KM dari Selat Melaka di sebelah Barat ke Teluk Siam di sebelah timur. Sepanjang kira-kira 400 km di bahagian barat dan tengah, sempadan itu melalui legeh atau puncak gunung dan bukit yang memisahkan punca aliran sungai. sepanjang 95 km lagi dibentuk oleh Sungai Golok. Sungai itu, tohor dan rendah gradiannya itu mengalir berliku-liku merentasi dataran pinggir laut yang beralun. Dataran Sungai Golok itu adalah tanah rendah yang rata dengan pantai berpasir dan permatang di sepanjang pantai. Ketinggian pada umumnya umumnya tidak melebihi 250 kaki tetapi ada beberapa bukit dalam kawasan ini. Keadaan ini memberi laluan yang mudah antara penduduk-penduduk di antara kedua-dua buah negara. Seluruh wilayah Golok itu adalah padat dengan penduduk.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah: Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref>
 
==Rentasan di sempadan tanah Thai==
Pengguna awanama

Menu pandu arah