Wilayah Satun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satun
สตูล
Wilayah
Ko Lipe beach.JPG
Mohor rasmi  Satun
Seal
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Satun
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Satun
Negara  Thailand
Ibu kota Satun
Kerajaan
 • Gabenor Nuachai Jiraapirak
Luas
 • Jumlah 2,479.0 km2 (957.1 sq mi)
Kedudukan kawasan Ke-63
Populasi (2011)
 • Jumlah 301,467
 • Kedudukan Ke-69
 • Kepadatan 120/km2 (310/sq mi)
 • Kedudukan kepadatan Ke-45
Zon masa Waktu di Thailand (UTC+7)
Kod ISO 3166 TH-91

Satun (Bahasa Thai: สตูล) merupakan salah satu wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) ialah Trang, Phattalung dan Songkhla. Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Satun terletak di Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman.

Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. Berdekatan dengan sempadan Malaysia ialah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana kebanyakan penduduknya ialah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Satun merupakan satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 67.8% ialah Muslim dan 31.9% ialah penganut Buddha. 9.9% rakyat Satun ialah orang Melayu.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Lambang wilayah Satun memaparkan dewa Pra Samut Thewaa yang sedang duduk di atas batu dan berlatarkan laut dan matahari yang sedang membenam. Dewa Pra Samut Thewaa ialah penjaga laut dan matahari melambangkan Laut Andaman, yang terletak di sebelah barat wilayah tersebut.

Simbol-simbol yang lain termasuk pokok Thai Rosewood (Dalbergia bariensis), dan bunga Snowy Orchid Tree (Bauhinia acuminata). Slogan wilayah ialah, "Aman, Bersih dan Alam Semulajadi".

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Satun dibahagikan kepada 7 daerah (amphoe). Daerah-daerah ini dibahagi lagi kepada 36 sub-daerah (tambon) dan 277 kampung (muban). Satun sendiri ialah satu-satunya bandar (thesaban mueang), terdapat 5 lagi bandar (thesaban tambon). Kawasan bukan perbandaran ditadbir oleh 35 organisasi pentadbiran Tambon (TAO).

Peta Nombor Nama Thai Melayu
Amphoe Satun.svg
1 Mueang Satun เมืองสตูล Mambang
2 Khuan Don ควนโดน Dusun
3 Khuan Kalong ควนกาหลง Padang Kecil
4 Tha Phae ท่าแพ Berakit
5 La-ngu ละงู Laut
6 Thung Wa ทุ่งหว้า Sungai Upe
7 Manang มะนัง

Pada asalnya, wilayah ini dibahagikan kepada 2 daerah – Mambang and Thung Wa – dan daerah kecil (King Amphoe) La-ngu. Disebabkan oleh penurunan pengeluaran lada di daerah Thung Wa, pada tahun 1930 kerajaan menjadikan Thung Wa daerah kecil dan mengisytiharkan La-ngu sebagai daerah. Pada tahun 1939 Mambang ditukar nama kepada Mueang Satun. Khuan Kalong telah dipisahkan daripada daerah Mueang pada tahun 1969, Tha Pae dipisahkan pada tahun 1976 dan Manang pada tahun 1996. Pada tahun 1973 Thung Wa mendapat kembali status daerah. Khuan Don telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan memisahkannya daripada daerah Mueang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]