Mimas (bulan): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Clou kevin (bincang | sumb.)
Baris 106: Baris 106:


==Pautan luar==
==Pautan luar==
* [http://saturn.jpl.nasa.gov/science/moons/moonDetails.cfm?pageID=9 Cassini mission page - Mimas]
* [http://saturn.jpl.nasa.gov/science/moons/moonDetails.cfm?pageID=9 Laman Misi Cassini - Mimas]
* [http://ciclops.org/view_event.php?id=24 Journal of raw images from Cassini]
* [http://ciclops.org/view_event.php?id=24 Journal gambar-gambar asal daripada Cassini]
* [http://www.planetary.org/saturn/mimas.html The Planetary Society: Mimas]
* [http://www.planetary.org/saturn/mimas.html Persatuan Planet-Planet: Mimas]
* [http://www.nineplanets.org/mimas.html The Nine Planets - Mimas]
* [http://www.nineplanets.org/mimas.html Sembilan Planet-Planet - Mimas]
* [http://www.solarviews.com/eng/mimas.htm Views of the Solar System - Mimas]
* [http://www.solarviews.com/eng/mimas.htm Permandangan-Permandangan Sistem Suria - Mimas]


<div style="clear: both; margin-top: 2em; text-align: center;">''(Saturn's natural satellite navigator) | '''Mimas''' | [[Enceladus (moon)|Enceladus]] | ...''</div>
<div style="clear: both; margin-top: 2em; text-align: center;">''(Saturn's natural satellite navigator) | '''Mimas''' | [[Enceladus (moon)|Enceladus]] | ...''</div>

Semakan pada 17:19, 8 Disember 2006

Mimas
Mimas, seperti diambil gambarnya oleh Cassini pada tahun 2005 (NASA)
Penemuan
Dijumpai oleh William Herschel
Dijumpai pada September 17, 1789
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor 185,404 km
Keesentrikan 0.0202 [1]
Tempoh Orbit 0.9424218 d [2]
Kecondongan 1.51° (pada Garis Khatulistiwa Zuhal)
Is a satelit Zuhal
Ciri-ciri fizikal
Purata diameter 397.2 km (418.2×392.4×382.8 km)

(0.0311 Earths)

Permukaan luas ~1,990,000 km2
Volume ~32,900,000 km3
Jisim 3.84×1019 kg

(6.4×10-6 Earths)

Purata ketumpatan 1.17 g/cm3
Permukaan graviti ~0.065 m/s2
Halaju lepas ~0.16 km/s
Rotation period synchronous
Axial tilt zero
Albedo 0.77
Permukaan suhu
min mean max
? K ~64 K ? K
Atmosfera tiada

Mimas (mye'-məs, IPA /ˈmaɪməs/, Bahasa Yunani Μίμᾱς, kadangkala Μίμανς) adalah satu bulan Zuhal yang telah dijumpai dalam tahun 1789 oleh William Herschel. Ianya dinamakan sempena Mimas, anak kepada Gaia dalam mitologi Yunani, dan ia juga telah dirangka sebagai Zuhal I.

Nama

Nama "Mimas" dan nama-nama kesemua tujuh satelit Zuhal yang diketahui telah dicadangkan oleh anak lelaki Herschel John Herschel dalam terbitan 1847 beliau Results of Astronomical Observations made at the Cape of Good Hope ([3])

Menurut terbitan Liddell dan Scott Greek-English Lexicon, bentuk adjektif Mimas/Mimans adalah Mimantean (kata namanya ialah Mimantis, Greek Μῑμάντις). Secara praktikalnya, peminjaman perkataan Inggeris seperti Mimasian dan Mimian kerap dilihat, tetapi selalunya penulis-penulis menggunakan frasa 'of Mimas'.

Ciri-ciri fizikal

Ketumpatan rendah Mimas (1.17) menandakan yang kebanyakan daripadanya terdiri daripada ais batu dengan sedikit amaun batu. Disebabkan tindakan kuasa pasang surut ke atasnya, bulan ini tidak sfera sepenuhnya; paksi terpanjangnya adalah 10% lebih panjang berbanding dengan paksi terpendeknya. Bentuk agak bujur telur Mimas jelas kelihatan dalam gambar-gambar terkini daripada kapal Cassini.

Mimas, diambil oleh Cassini, jelas berbentuk bujur telur
Mimas, berlatarbelakangkan latitud-latitud utara Zuhal
Fail:Mimas1.jpg
Mimas adalah satu bulan berdiameter 247 batu.

Paparan Mimas yang jelas kelihatan ialah sebuah kawah hentaman yang tersangat besar sejauh 130 km untuk menyeberanginya, dinamakan Herschel sempena orang yang menjumpai bulan ini. Diameter Herschel ialah hampir satu pertiga diameter bulan itu sendiri; dindingnya adalah beranggaran 5 km tinggi, sebahagian daripada dasarnya berukuran 10 km dalamnya, dan puncak tengahnya menjulang 6 km daripada dasar kawah. Jikalau terdapat sebuah kawah yang berskala serupa di bumi ianya akan menjadi lebih daripada 4,000 km diameternya, lebih lebar dari Kanada. Hentaman yang membentuk kawah ini seharusnya hampir menghancurkan Mimas: rekahan boleh dilihat di sebelah Mimas yang bertentangan yang mungkin berpunca daripada gelombang kejutan kesan daripada hentaman yang bergerak melalui badan bulan ini.

Permukaannya adalah penuh dengan kawah-kawah hentaman yang kecil, tetapi tiada satu pun yang saiznya menghampiri Herschel. Sungguhpun Mimas dipenuhi dengan kawah-kawah, mereka tidak sekata. Kebanyakan daripada permukaaan dipenuhi dengan kawah-kawah yang berdiameter lebih besar daripada 40 km, tetapi di kawasan kutub selatan, kawah-kawah yang berukuran lebih daripada 20 km adalah sangat kurang bilangannya. Ini mencadangkan bahawa terdapat proses tertentu yang memindahkan kawah-kawah yang lebih besar dari kawasan ini.

Saintis-saintis secara rasminya mengenalpasti dua jenis ciri-ciri geologi di Mimas: kawah-kawah dan lurah-lurah. Sila lihat:Senarai ciri-ciri geologi di Mimas.

Mimas bertanggungjawab melenyapkan bahan-bahan dari Bahagian Cassini, jurang antara dua cincin Zuhal yang terlebar, Cincin A dan Cincin B.

Mimas dalam fiksyen dan filem

Mimas seolah-olah meyerupai Death Star, sebuah stesen angkasa lepas dalam filem Star Wars
  • Perbandingan telah dibuat antara rupa Mimas dan rupa Death Star daripada filem Star Wars (lihat gambar). Persamaan ini hanyalah satu ketidaksengajaan, kerana gambar Mimas belum diambil hinggalah tiga tahun selepas filem ini dikeluarkan; oleh kerana persamaan inilah menyebabkan Mimas kadangkala dipanggil "bulan Death Star".
  • Di dalam novel-novel Rob Grant dan Doug Naylor yang berdasarkan sitkom mereka Red Dwarf, Mimas adalah tapak sebuah stesen angkasa lepas yang besar dan sesak di mana Dave Lister mengambil cuti untuk melupakan teman wanitanya yang meninggalkan beliau Kristine Kochanski, membela kucing, melarikan diri sebagai seorang pelarian dan memulakan pengambaraaan beliau di atas Red Dwarf. Kedua-dua buku dan sitkom memberitahu tentang makanan tempatan di situ iaitu "Mimean Bladderfish".
  • Sebuah episod Star Trek: The Next Generation menonjolkan Mimas sebagai stesen pengosongan di mana empat kadet Starfleet, termasuk Wesley Crusher, bertoalk selepas kapal angkasa mereka berlanggar.
  • DaIam novel tahun 1958 Lucky Starr and the Rings of Saturn (Salah satu daripada siri-siri remaja opera angkasa lepas Lucky Starr karya Isaac Asimov yang terkenal, yang mana pada mulanya diterbitkan di bawah nama pena Paul French) hero, mengetahui yang Mimas adalah hampir kesemuanya ais, mengemudi kapal angkasanya ke arah pelanggaran dengan Mimas, mencairkan permukaan Mimas dengan senjatanya, dan akhir sekali menyorokkan kapal angkasanya di bawah air untuk melarikan diri daripada musuh beliau, orang-orang dari Sirius Sector.


Pautan luar

(Saturn's natural satellite navigator) | Mimas | Enceladus | ...

Templat:Saturn Full Footer