High School Musical 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 199: Baris 199:


[[Category:Disney Channel]]
[[Category:Disney Channel]]
[[Category:Filem Amerika]]
[[Category:Filem Amerika Syarikat]]


[[ar:هاي سكول ميزكل 2]]
[[ar:هاي سكول ميزكل 2]]

Semakan pada 04:58, 3 Oktober 2007

High School Musical 2
HSM2poster.jpg
Official poster for High School Musical 2
PengarahKenny Ortega
PenulisPeter Barsocchini
Dihasilkan olehGary Marsh
Bill Borden
DibintangiZac Efron
Vanessa Hudgens
Ashley Tisdale
Lucas Grabeel
Corbin Bleu
Monique Coleman
Diedarkan olehDisney Channel
Negara Amerika Syarikat
BahasaEnglish
BajetAbout $7 million [1]

High School Musical 2 ialah sebuah filem televisyen Disney Channel yang mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 17 Ogos 2007 melalui saluran Disney Channel dan Family Channel sebagai susulan kepada filem televisyen High School Musical. Tayangan perdananya meraih sejumlah 17.2 juta penonton di Amerika - hampir 10 juta lebih berbanding filem asalnya - menjadikannya siaran televisyen kabel asas yang paling tinggi ratingnya di A.S.[2]

High School Musical 2 juga ditayangkan di Malaysia melalui saluran Disney Channel Asia dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Pembikinan

Pada awal tahun 2007, Ashley Tisdale, Corbin Bleu, dan Vanessa Hudgens dilaporkan bertahan untuk mendapatkan kontrak yang lebih lumayan.[3]

Sebelum bemulanya latihan, pihak pembikin High School Musical menjalankan undian[4] untuk mengetahui kehendak penonton untuk High School Musical 2. Antara permintaannya termasuk:

  • Papan putih di bilik darjah Cik Darbus tertulis "Matikan telefon bombit anda."
  • Salah satu kemeja-T Chad bertulis "I Majored in Vacation."
  • Troy menyajikan sandwic mentega kacang dan jem untuk Gabriella sempena temujanji perkelahan mereka.
  • Kart golf Sharpay diidi produk kecantikan.
  • Miley Cyrus dari filem Disney Hannah Montana membuat penampilan istimewa dalm filem sebagai salah seorang penari berdekatan kolam sebelum penghujung adegan tarian "All for One".

Pada 6 Mac, barisan pelakon mula merakan babak-babak terawal filem di Salt Lake City, Utah di East High School. Pada 10 Mac mereka beralih ke Snow Canyon Country Park, St. George, Utah untuk merakam saki-baki filem. Pemfileman berakhir pada 16 April 2007.[perlu rujukan]

Di Malaysia

Di Malaysia, High School Musical 2 ditayangkan buat julung kalinya pada 9 September 2007 dengan siaran dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) melalui saluran Disney Channel Asia[5]. Versi alih suara Bahasa Malaysia menamppilkan suara-suara bekas peserta Akademi Fantasia, iaitu:

  1. Nana (AF1) — Sharpay
  2. Kaer (AF2) — Ryan
  3. Marsha (AF3) — Taylor
  4. Mila AF5 — Gabriella
  5. Dafi AF5 — Troy
  6. Aizat AF5 — Chad

Ini cuma kali kedua Disney Channel menayangkan filem televisyen dengan alih suara Bahasa Malaysia, selepas filem High School Musical pertama pada 31 Ogos.

Senarai lagu

  1. "What Time Is It?" - High School Musical Cast
  2. "Fabulous" - Ryan & Sharpay
  3. "Work This Out" - Cast - High School Musical
  4. "You Are the Music In Me" - Gabriella & Troy
  5. "I Don't Dance" - Chad & Ryan
  6. "You Are the Music In Me (Sharpay Version)" - Sharpay
  7. "Gotta Go My Own Way" - Gabriella & Troy
  8. "Bet On It" - Troy
  9. "Everyday" - High School Musical Cast
  10. "All for One" - Cast - High School Musical
  11. "Humuhumunukunukuapua'a" - Sharpay

Sambutan

Tayangan terulung filem ini pada 17 Ogos 2007 memecah rekod dengan meraih 17.2 juta penonton[2], menjadikannya siaran televisyen kabel asas yang terlaris dalam sejarah (pemegang rekod sebelum ini ialah Monday Night Football oleh ESPN pada 23 Oktober 2006 yang meraih 16 juta penonton), filem yang dibikin untuk televisyen kabel tyang paling ramai penonton dalam sejarah (memintas Crossfire Trail oleh TNT pada 21 Januari 2001 yang meraih 15.5 juta penonton), dan bilangan penonton teramai di kalangan semua jenis rancangan dalam mana-mana kaedah penyiaran pada musim panas 2007, serta juga malam Jumaat setelah lima tahun. Perangkaan untuk tayangkan kedua menyusut kepada 8.4 juta orang penonton, dan tayangan ketiganya 7.4 juta, maka jumlah perangkaan sepanjang hujung minggu tayangan perdana ialah 33.04 juta orang penonton[6].

Di United Kingdom, filem ini menjadi rancangan yang paling ramai penontonnya di Disney Channel UK's, iaitu 1.2 juta orang pada tayangan pertamanya[7].

Berikutan hujun minggu tayangan perdana filem ini, High School Musical 2 naik 442% dalam MovieMeter IMDB yang mengukur populariti filem-filem.[8]

Filem ini juga banyak disambut baik oleh pengulas filem, dan meraih markah 72/100 di Metacritic.[9] Robert Bianco dari USA Today memberi tiga daripada empat bintang untuk filem ini, dengan mengulas bahasa High School Musical 2 "manis, cerdik, padat dengan bakat dan tenaga, dibanjiri kemurnian hati".[10]

Meskipun menggemari filem ini, namun para pengulas mendapati bahawa penjadualan masa tayangan perdana filem ini nampak pelik, iaitu diadakan sewaktu musim sekolah baru bermula di Amerika, sedangkan plot filem melihatkan watak-wataknya merancang cuti musim panas. [1]

Tarikh keluaran

Negara Saluran Tarikh
Amerika Syarikat Disney Channel 17 Ogos 2007
Kanada Family Channel 17 Ogos 2007
Rantau Asia
kecuali Jepun dan Taiwan
Disney Channel Asia 9 September 2007
Jepun Fuji Television 17 September 2007
United Kingdom Disney Channel UK 21 September 2007
Australia Disney Channel Australia 22 September 2007
New Zealand Disney Channel New Zealand 22 September 2007
Jerman Disney Channel Germany] 22 September 2007
Chile Disney Channel 22 September 2007
Argentina Disney Channel 22 September 2007
Mexico Disney Channel 23 September 2007
Republik Dominica Disney Channel 23 September 2007
Taiwan Disney Channel Taiwan 24 September 2007
Perancis Disney Channel France 25 September 2007
Itali Disney Channel Italy 29 September 2007
Portugal Disney Channel Portugal 29 September 2007
Sepanyol Disney Channel Spain 29 September 2007
Belanda Net 5 29 September 2007
Poland Disney Channel Poland 5 Oktober, 2007
Denmark Disney Channel Scandinavia 5 Oktober, 2007
Norway Disney Channel Scandinavia 5 Oktober, 2007
Sweden Disney Channel Scandinavia 5 Oktober, 2007
Afrika Selatan Disney Channel South Africa 5 Oktober, 2007
Timur Tengah Disney Channel Middle East 5 Oktober, 2007
Brazil Disney Channel Brazil 7 Oktober, 2007
Switzerland Disney Channel Switzerland 7 Oktober, 2007

Anugerah

High School Musical 2 memenangi kategori Filem TV Pilihan dan juga satu anugerah istimewa untuk pemecahan rekod bilangan penonton tayangan perdana di Teen Choice Awards 2007[11]

Rujukan

  1. ^ High School Musical Budget, August 15, 2007
  2. ^ a b "Variety.com - 'High School Musical 2' huge hit". Dicapai pada 2007-08-18.
  3. ^ tmz.com 2007-02-09
  4. ^ Disney Channel - Original Movies - High School Musical
  5. ^ http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2007/8/31/tvnradio/18719891&sec=tvnradio
  6. ^ http://www.usatoday.com/life/television/news/nielsens-charts.htm
  7. ^ http://www.digitalspy.co.uk/broadcasting/a76241/high-school-musical-proves-uk-ratings-hit.html
  8. ^ http://www.imdb.com/title/tt0810900/
  9. ^ "High School Musical 2 (Disney) - Reviews from Metacritic". Dicapai pada 2007-08-19.
  10. ^ Robert Bianco, "'High School Musical' sequel holds onto note of innocence", 16 Ogos 2007.
  11. ^ Dana Ford, " "High School Musical 2" rules Teen Choice awards, 26 Ogos 2007.

Pautan luar

Didahului oleh
Johnny Kapahala: Back on Board
Disney Channel Original Movies Diikuti oleh:
Twitches Too