Aizat Amdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muhammad Aizat bin Amdan)
Jump to navigation Jump to search
Aizat
Aizat Borneo Tour 2011.jpg
Aizat ketika Jerayawara Borneo tahun 2011
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Aizat bin Amdan
Juga dikenali sebagai
Aizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan
Kelahiran (1989-01-21) 21 Januari 1989 (umur 30)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Pencipta lagu
Instrumenvokal, gitar
Tahun aktif2007—kini
Kegiatan berkaitan
Go Gerila
Laman sesawang
www.aizatamdan.com

Muhammad Aizat bin Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1989 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, lima lelaki dan seorang perempuan kepada pasangan Amdan Mat Din (1957 – 9 Januari 2019), seorang pesara hakim dan Fina Norhizah Baharu Zaman. Ibu bapanya bercerai ketika Aizat masih kecil.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menulis lagu dan menyanyi sejak berusia 12 tahun ketika mula belajar bermain gitar bersama abangnya, Anas. Aizat beraksi di persembahan sekolah dan tampil di pertandingan peringkat sekolah. Beliau menulis lagu "Lagu Kita" ketika menuntut Tingkatan 3, yang kemudiannya dimuatkan dalam album pertama Aizat, Percubaan Pertama.[3]

Setelah tamat pengajian dari sekolah menengah, Aizat menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan diterima sebagai seorang daripada 12 orang peserta akhir. Beliau menyanyikan lagu "Perpisahan" nyanyian Anuar Zain dan persembahannya dianggap sebagai salah satu persembahan terbaik. Aizat mendapat tempat ke-7.[4]

Pada 7 Julai 2007, beliau dan keluarganya menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE). Dari situ, beliau melancarkan tiga buah album melalui label ini dan telah menganjurkan beberapa konsert di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo.[5]

Pada 14 September 2011, Aizat bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54.[6] Aizat membuat penampilan khas sebagai Ijoi dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly pada tahun 2012.

Beliau melancarkan EP pertamanya, Legasi pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam. Bagi menyiapkan album ini, beliau terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini kerana Malaysia tidak mempunyai kemudiahan mencetak kulit hitam. Legasi memuatkan sebanyak lima buah lagu dengan kolaborasi bersama Yuna Zarai, Zee Avi, Noh Salleh dan Azlan & The Typewriter.[7][8] Bagaimanapun, album ini hanya boleh didapati melalui bidaan dan tidak dijual di pasaran terbuka.[9]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Januari 2019 pukul 1.09 pagi, bapa beliau Datuk Amdan Mat Din yang ketika itu berumur 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas menderita serangan angin ahmar sejak Disember 2017.[10][11][12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2008 "Sahabat" Percubaan Pertama
"Hanya Kau Yang Mampu"
"Lagu Kita"
2009 "Fikirlah"
"Pergi / I Go" OST Talentime
"Kau Aku" OST Merah Putih
2010 "Susun Silangkata" Urusan Aizat Amdan
"Erti Hari Ini"
"Sungai Lui"
2011 "Di Mana Kan Ku Cari Ganti"
bersama Dayang Nurfaizah,Vince Chong,
Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura,
KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella
& Jaclyn Victor
Astro Tribute to P. Ramlee
"Perpisahan Ini"
duet bersama kumpulan 1st Edition
1st Edition
"Years From Now" Urusan Aizat Amdan
"Mana Oh Mana"
2012 "Jerrypah" Non-album single
"In My Heart"
"Hadiah"
sebagai Go Gerila!

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Istanbul Aku Datang! Ijoi Kemunculan khas
2013 Bola Kampung The Movie Mat Filem animasi

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
2009 (AIM16) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Lagu Kita Percubaan Pertama Menang
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan
Album Pop Terbaik Dicalonkan
2010 (AIM17) Lagu Pop Terbaik Pergi OST Talentime Dicalonkan
2011 (AIM18) Kulit Album Terbaik Urusan Aizat Amdan Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Years From Now Dicalonkan
Lagu Pop Terbaik Sungai Lui Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Susun Silang Kata Menang
Album Terbaik Dicalonkan
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu In Love With You (bersama Noh Salleh) Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Dwihati (bersama Yuna) Dicalonkan

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2008 (AJL 23) Lagu Kita Percubaan Pertama Aizat Aizat Balada Dicalonkan
2009 (AJL 24) Kau Aku Aizat Aizat Terbuka Dicalonkan
Aizat Aizat Persembahan Terbaik Menang
Pergi OST Talentime Pete Teo Amran Omar Terbuka Menang
Juara Lagu
2011 (AJL 26) Sungai Lui Urusan Aizat Amdan Aizat & Anas Aizat & Anas Terbuka Dicalonkan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan
2009 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu bagi Artis Baru Lelaki Hanya Kau Yang Mampu Percubaan Pertama Menang
Lagu Malaysia Paling Popular Menang
Artis Lelaki Terbaik Dicalonkan
Album Terbaik Dicalonkan
Artis Malaysia Paling Popular Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2008 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2009 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2010 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2011 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2015 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2018 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  1. Tempat ke-3 Lagu Terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 menerusi lagu "Lagu Kita"
  2. Anugerah Khas Juri sebagai penghibur terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azhariah Kamin (28 Julai 2008). "Smells like teen spirit". The Star. Diarkibkan daripada asal pada 16 Jun 2012. Dicapai 30 Disember 2011. 
  2. ^ Lee, Joe (23 April 2010). "Aizat's reality". The Malay Mail. Diarkibkan daripada asal pada 17 Mac 2011. Dicapai 3 Januari 2012. 
  3. ^ Azhariah Kamin (12 Januari 2010). "Aizat wows 'em". The Star. Diarkibkan daripada asal pada 16 Jun 2012. Dicapai 30 Disember 2011. 
  4. ^ Kamal, Hizreen (29 Januari 2011). "Full house for Aizat". New Straits Times. Diarkibkan daripada asal pada 26 April 2012. Dicapai 30 Disember 2011. 
  5. ^ Lee, Joe (23 April 2010). "Aizat's reality". The Malay Mail. Diarkibkan daripada asal pada 17 Mac 2011. Dicapai 3 Januari 2012. 
  6. ^ Syamsul Yusof & Aizat terpilih sebagai Tokoh Muda Negara 2011 Rotikaya (14 September 2011). Dicapai pada 14 September 2011.
  7. ^ "Aizat Amdan Bakal Lancar Album LEGASI Petang Ini". Sensasi Selebriti. 27 Mei 2014. Dicapai 29 Mei 2014. 
  8. ^ Faisal Asyraf (13 Jun 2014). "Aizat's music legacy". New Straits Times. Dicapai 14 Jun 2014. 
  9. ^ Kenneth Chaw (28 Mei 2014). "Aizat releases music on vinyl; album up for bid". The Star Online. Dicapai 31 Mei 2014. 
  10. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/01/517738/ayah-aizat-meninggal-dunia Dicapai pada 9 Januari 2019
  11. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/01/448629/showbiz-aizat-amdans-father-passes-away
  12. ^ "Bapa Aizat Amdan meninggal dunia". [mSTAR Online]]. 9 Januari 2019. Dicapai 11 Februari 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]